Dah petang kan? boleh lah post gambar makanan (,")
menu khamis cuma masak yang ni...
Di akhir akhir ramadhan ni, dah buntu rasa nak masak apa (,”)
ayang rendang tak direndang & kuah kacang
kueh ketayap & nasi impit
Bila sya masak nasi impit buat rendang yang saja tak keringkan sebab nak berkuah waktu sahur
dan kuah kacang petang jumaat lepas
dan kuah kacang petang jumaat lepas
si ayong kata
Ibu ni macam dah raya pulak
Hahahahaaa....... sebenarnya menu penyelamat lah kiranya tu
Sebab dah tak tahu nak masak apa.
Petang semalam punya menu lagi simple
kue apa tah namanya(,") & kerabu tomato
Ingat nak masak nasi dagang, tp macam rumit pulak
Jadinya
Kue apa yang sya buat tu, namanya tak silap puteri dakap kot?
bahan tepung beras kacau dengan santan agak agak masak ,
inti kelapa di salut tepung pulut, lepas tu satukan dlm daun pisang dan kukus
sya tak tahu nama tp google resepi jumpa dan cuba buat
Nampak je tak cantik, tp rasa sama macam MIL buat.
Hari ni dah google resepi sotong
Ada banyak resepi tengoklah apa yang jadi nanti
Yang penting apa yang sya masak habis, dan tak berbuang
memang masak sikit sikit, sebab sahur masak lain,
tp kalau berkuah tu senanglah sikit boleh bawak kesahur cuma tambah tambah menu saja.
memang masak sikit sikit, sebab sahur masak lain,
tp kalau berkuah tu senanglah sikit boleh bawak kesahur cuma tambah tambah menu saja.
Dan yang paling paling penting................
Keluarga tak sakit perut dengan makanan yang di hidang.
kangkung goreng & kari ikan kayu
19 jeJari meNulis:
Assalamualaikum Sayang Ibu
nyam nyam
hubby dan anak happy...Alhamdulillah
Wassalam
MMM...mmm banyak makanan,boleh habis ke ni...sedap2 ni...
nampak sedap2 masakan akak tu...
saya tang menu sahur je masak2 simple2...untuk makan anak2 sepanjang hari tu...makanya jenis bersup2 berkuah tak pedas la jawabnya...
memang sangat-sangat membantu..
Yang versi Jawa tu, ckLah nak fotostat...hehe..
Kalau dari deskripsi tu, orang utara panggil kuih tepung bungkus. Tapi kena rasa dulu la kalau nak tau betoi ka tidak kuihnya tu, hehehe
Rajinnya masak, pelbagai menu sikit-sikit camtuh. Kalu Kak Azie, yang berkuah mesti banyak skit, utk dibawa ke sahur sekali.
Apapun, Kari belum lagi bulan posa ni.
kuih hijau tue namanya ketayap ke?? sy sgt suka kuih tue..lembut..
k'eja dah rasa rendang & kuah kacang dulu.
huhu..
atuk
----
w.salam
hehehe...yg penting makanan bersih dan tak sakit perut
dan yang paling paling penting habis di makan
Zul
---
bukan masak sekali harung, tp itu menu minggu lepas punya.
sz
--
kadang tak cukup nasi walaupun akak masak ikut cup yang sama, mungkin sebab sedap kot
*malu*
masak pun bila teringgatkan anak anak dan enpakwe nak makan, kalau ikut selera akak goreng mee hoon ke,nasi goreng ke dah ok dah.
min
---
kan? bila buntu tu, cari je lepas tu memang masak depan dapur ada resepi ;p
ckLah
-----
boleh je.. ;p
Dinas aldi
----------
sya tengok balik memang itulah nama resepinya
enpakwe kata menjadi, cuma tak cantik dan kemas macam MIL buat
kak azie
--------
fikirkan anak anak dan enpakwe nak makan, rajinkan jugalah diri ni
lagi satu kalau berkuah memang sya suka bawak ke sahur sekali, tp masak memang sikit sikit supaya tak membazir.
kak azie
--------
fikirkan anak anak dan enpakwe nak makan, rajinkan jugalah diri ni
lagi satu kalau berkuah memang sya suka bawak ke sahur sekali, tp masak memang sikit sikit supaya tak membazir.
SN
---
ada jugak yg panggil kue gulung, memang sedap lebih lebih lagi kalau inti kepala dia sedap.
reen
-----
dah merasa dah, tak tunggu raya ;)
raya makan lagi kan? tak sabar nak makan menu menu raya satu syawal nanti.
Post a Comment