Thursday, June 23, 2011 By: kasihibu

MARI MASAK MASAK PULAK


                                           sebahagian  koleksi yg pernah sya masak


Sya nak kongsi resepi masak lomak lado api versi orang negeri 9  punya
Sebab kan kebanyakan kawan kawan bila sya masak lemak cili api
Apa apa menu pun, diorang kata sedap sangat , rasanya lain

Diorang yang kata ye bukan sya (,”)
diorang minta resepi tak pun beli bahan dan suruh sya masak

Kalau cuti oklah boleh je melayan

Yang nak di cerita disini adalah pasal bahan bahan untuk masak lomak cili api
Bahan bahan asas yang wajib ada untuk apa apa jenis masak lomak cili api adalah

SANTAN KELAPA
KUNYIT HIDUP
CILI API
ASAM KEPING
GARAM KASAR
SERAI
BAWANG PUTIH/ KECIK

sebenarnya tak semua bahan tu di masukan di dalam masak lomak cili api tu
bergantung kepada bahan utama

kalau ikan biasanya mak memang campurkan dengan bawang
sebab katanya nak kurang bau hanyir ikan , itu pun tengok jenis ikan.

Serai pun gitu, tak semua masak lomak cili api tu letak serai
biasanya kalau masak daging atau ayam memang letak dan
mak sya kata letak banyak dalam 6-7 batang serai yg di ketuk
memang wangi je

kenapa guna garam kasar? garam kasar rasa dia lain sikit,
memang ada beza dgn garam halus.
------------------------------------------------------------------

antara menu masak lomak cili api orang negori 9 adalah

ayam campur kentang
daging campur kentang
daging salai campur bacang / pucuk ubi / pisang muda / belimbing buluh

ikan tenggiri campur daun geluggur / daun kucai / lada besar /rebung
ikan keli / sembilang salai campur bacang/ bunga kantan / pucuk kaduk / pucuk ubi/rebung
udang campur sawi / kentang / rebung
ketam campur belimbing buluh / nenas

banyak lah lagi , memang tak larat nak senaraikan

pergghh...bilo senarai senaraikan menu ni kecur pulak mulut
arrggg...tak boleh jadi ni
balik kampung baru sodap makan macam ni, sebab ada kawan makan

kalau di rumah ni
sya lebih pada sup / sambal
masak lomak2 ni jarang jarang lah.

E3 ni sebenarnya nak menjawab pertanyaan dari Adry
sya suka sangat masuk blog tu kalau ada en3 baru sbb banyak tumbuh2
dan info alam yg boleh kita pelajari

Bahan2

daging salai
santan
kunyit
cili api
serai
garam secukup rasa
buah bacang muda di mayang jangan halus sangat nanti hancur
---------------------------------------------------------------
memula masuk santan + kunyit+ cili api +serai yg dah di ketuk
kacau santan dalam api yang perlahan supaya tidak pecah minyak

masuk daging  dan masuk bacang yg telah di mayang
bila santan dah masak,  terbit macam minyak2 sikit tu kira dah masak lah gulai kita tu

angkat dan bolehlah di hidangkan.

Lagi satu masak lomak cili api orang n9 tak tumis pun bahan2 tu,
sbb ada jugak yg sya tengok  ada versi tumis2 untuk masak lomak ni.

Ok lah itu lah saja untuk di kongsi kongsi

nota: kadang sya nak masak pun telefon jugak tanya resepi pada omak  (,")

18 jeJari meNulis:

Ibu n Abah said...

oooooooooooo...
sya...
mujurlah akak ada bekalan ikan semilang tadi beli kat pasar tani...
esok tongahari akak nak buek masak lomak cili api podeh2....
berasap mulut....

Acik Erna said...

SYA..Akak teringat masa dok selangor..memang suka sangat jiran2 makan masak lomak cili api akak tu.

al-lavendari said...

rasa sayu pulak bila baca komen awak kat blog puisi.

ni pakngah datang .. tapi tak reti nak cerita masak memasak ni. tak pandai. walaupun tak pandai masak, tapi pakngah boleh bezakan masakan yang sedap dgn yg tak sedap.

paling suka gulai ketam + noneh ! tapi tak boleh makan selalu .. poning kepala. sebab ketam mahal giler sekrang ni!

Adry@Daun said...

As salam Sya,
Dh ada pn resepi tu. Biarpn takdak gmbr masakn tp tgk bhn2 dn cara buat pn blh kecur air liur ni..hehe.. Masak lomak cili api antara feberet saya. Trma ksh ye kongsi resepi tradisional tu kat sini.

IMANSHAH said...

saya suka ketam tu

sayangsayangibu said...

akak
----
hehehehe..dah masak hantar di jarom ni ye? tak pun heloo2 sya datang rumah(,")

sayangsayangibu said...

acik erna
---------
kan? sbb diorang kata orang negori masak lain caranya.

sayangsayangibu said...

pakngah
-------
uiksss? nape sayau pulak
sejak menjak ni macam tajam sikit skill nak menulis sajak yg tak berapa nak sajak
ialah sya ni tak pandai menulis2 sajak nih

terima kasih lah pakngah datang ke sini
orang lelaki memang memilih bab makan nih kan? sbb abang kandung sya yg k-2 masa sya baru belajar masak dia selalu komplen
sampai sya menangis tak nak masak(,")

ketam memang mahal tp belum cicah rm 20 hengget lagi sekilo
nak makan ketam masa cuti bolehlah ,boleh lelamo di meja makan kata enpakwe.

sayangsayangibu said...

adry
----
dah masak jangan lupa buat en3 ye(,") cubalah mesti terangkat punya dengan wangi bau daging salai tu memang tak rugilah.

sayangsayangibu said...

adry
----
dah masak jangan lupa buat en3 ye(,") cubalah mesti terangkat punya dengan wangi bau daging salai tu memang tak rugilah.

sayangsayangibu said...

imanshah
--------
ketam besar2 lagi sedap isi manis giler dan gebu

ibuintan said...

sya..lagi satu yg buek sodap tu, santan ea pokat

sayangsayangibu said...

ibu intan
---------
kan? dek santan tu yg sodap tu.

Marina Monroe said...

Masak lomak N9 lah yg terbaik, tak kiralah ikan ker, ayam ker, daging ker, udang ker, ketam ker.. memang power gitu..auntie pernah duduk PD, Seremban maka selalu beli lauk siap di pasar, masa muda2 dululah, tapi sekarang Alhamdulillah dah expert..he he he

sayangsayangibu said...

aunty
-----
terbaeekkkk...bak kata peeja kan?

Sz said...

masak lomak cili api nogori mmg sedapppp la kak!

saya suka makan masakan mak mertua kawan saya tu...mmmg nmpk simple cara maskanya tapi sedapppp...air tangan tu ...heee

bila ke melaka layan asam pedas mak mertua pula...

sayangsayangibu said...

SZ
--
setiap negeri ada kelebihan makanannya

tamanraudhah said...

Beri Laluan
Nilai 1g Morhabshi sama dengan 1g EMAS. Benarkah?