Sunday, June 19, 2011 By: kasihibu

MALAM TADI SYOKKKK.......

Pagi semalam

pepagi moninglah, gigih buat mee kari
bahan semua dah ada, sampai terhiris jugak pisau dekat jari telunjuk kanan

masak paling senang kan, tumis tumis dan
campak2  je dalam periuk

dah siap kuah kari untuk menu tu

siapkan bawang goreng, telur rebus, sawi taoge tauhu dan limau kasturi

(perggggg...tulis ni terkecur pulak mulut)


sarapan mee kari, makan tengahari mee kari dan minum petang mee kari

makanya dari pagi sampai ke petang kami sekeluarga makan mee kari

pasal apa pulak jadi gitu?

haaaaa..............sebab sekarang ni musim kenduri kahwen dah tak ikut cuti cuti sekolah kan
sejak duduk di K.Langat ni sya rasa macam dah biasa tiap cuti sabtu ahad pun ada saja kenduri.

kira hujung minggu memang penuh ada kenduri
setakat ni kad jemputan yg terbaru sya terima kenduri kahwen 3hb julai ni.

Lepas isyak malam tadi kami pergi undangan ke majlis AJP PPK di Sijangkang jaya

menu adalah super syokkk...
macam macam ado.....

ada nasi lauk gulai nenas ikan masin, daging masak apa tah hitam hitam tp ada jugak rasa2 kari, acar buah, dan juga tomyam

ada roti canai
ada soto
ada tapai pulut putih dan hitam
ada kueh apa tah balut dgn daun pisang dlm ada pulut inti macam pedas manis
menu jawa biasa ada kueh ni bungkus macam kue kuaci


Memang kenyang sesangat rasanya.
Cerita hari ni adalah, inilah untungnya kalau kita berada di dalam daerah Kuala Langat
tak sempat datang undangan hari langsung, malam berinai pun dah ok, yang penting kita tetap penuhi undangan

enpakwe kata macam nilah cara bercampur dengan masyarakat hendaknya dia bertugas di daerah
dalam bahasa mudah di fahami satu daerah tu, adalah kawasan jagaan PPK

Bak kata ayah sya pulak, kalau macam ni gayanya bila kami ada kenduri kawen anak anak nanti memang undangan beribu-ribu lah, sbb kami memang selalu penuhi undangan dari penduduk disini.


nota: hari ni ada lagi jemputan , tp sya dah masak  untuk menu makan malam.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------
SELAMAT HARI BAPA
buat chinta hati enpakwe dan
 kesayangan sya selama lamanya
ayah......
En  A.kadir bin Kalam
sumber pic dari FB

13 jeJari meNulis:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Sedapnya mee kari..terkecur auntie..he he he

Maiyah said...

assalam..

wahhh.. kenyang tu

slmt hr bpa pd En A.kadir bin Kalam, smoga akan kekal ksh syg brsma klrga

kasihibu said...

aunty
-----
sebab jumaat tu sya dah terbayang2 mee kari tu yang gigih buat mee kari pagi2 tu, sampai 2 bungkus untuk habiskan sampai ke petang.

kasihibu said...

maiyah
-----
w.salam...memang kekenyangan malam tu, ambik nasi satu dan yg lain2 tu satu jenis, roti canai je 3 keping makan anak beranak

terima kasih ucapan hari bapa tu.

Acik Erna said...

sya..sedap tu sya..mee kari.
selain dari makan kenduri..makan mee kari kan..

al-lavendari said...

bila cadangnya nak buat kenduri kawin anak awak tu ?

azieazah said...

Alaaa... Kak Azie baru plan nak buat mee kari, SYA dah buat dulu. Cisss buat terlior plak. hehehe

Selamat Hari Bapa buat yang dirai dan meraikan. Moga terus sejahtera dan bahagia.


“Bogel Menuju TUHAN” by Zahiril Adzim...

Che Mid said...

Salam, Jumaat malam sabtu lepas, che mid pun masak mi kari imejensi.. tak berapa best sebab tak guna santan ori.. selamat berkenduri dan selamat menyambut hari bapa..

kasihibu said...

Acik erna
--------
sebab teringinlah buat juga pagi sabtu tu, malam g kenduri pulak.

kasihibu said...

pak ngah
--------
hehehehehe.....bila sampai jodohnya
itu yg ayah cakaplah, sbb bila dia datang hari mingu kami memang ada je jemputan kenduri, sampai ayah cakap gitu.

kasihibu said...

k'azie
------
memang best, nikmat kawan sya ajar letak serai sekali perggg... wangi!!!

kasihibu said...

k'azie
------
memang best, nikmat kawan sya ajar letak serai sekali perggg... wangi!!!

kasihibu said...

che mid
-------
menu yg sama kan?sesekali makan macam tu pun dah kenyang.