Monday, May 30, 2011 By: kasihibu

MOOD SUDAH HILANG KE LAUT.....

Anak anak...

Ibu rasa bukan anak anak je yang sekarang ni rasa tak sabar nak pergi bercuti...

Ibu pun sama
Ibu ni dah tak ada hati dan perasaan nak pergi kerja
Bak kata orang pak cik mood dah hilang ke laut...




Ibu dah buat tempahan hotel di Port Dikson tu, dari bulan lepas lagi

Ibu kesian anak anak, cuti sekolah tak ke mana bulan Mac dulu

sampai kita ambik feeling2 cuti di hutan pasang kemah dekat parking kereta depan rumah

Ibu undur kereta kancil tu ke belakang, kita pasang kemah

Kita makan, kita tidur baring dalam tu 3 hari kita buat aktiviti tu

Bila malam pulak anak anak kata nak tidur luar di dalam khemah
tp ayah tak benarkan, takut keselamatan anak anak

Akhirnya ibu angkat khemah tu letak dekat dapur,
pasang toto maka adik beradik 4 orang tu tidur sampai ke pagi dalam khemah

Hahahahahhaaaa... sangat lucu bila ibu kenangkan
Dan sangat sedih jugak...


Tak apalah anak anak...kita sempat bercuti di Port Dickson saja

Itu pun sbb ayah ada kursus di sana

Ibu pun menumpang sekakilah

Pasti anak anak di jamin seronok

Percaya lah................

nota :- sesiapa rakan blogger yang berada di sana 7-9 hb jun ni, moga dapatlah kita berjumpa ye(,")



21 jeJari meNulis:

Yunus Badawi said...

Salam Eja.

PD pun ok jugak. Bagi anak2 kita ni yg penting mesti ada swimming pool hehehe

Yunus Badawi said...

Pasang khemah kat rumah? Jadilah dari tak kemana2.

Idea kreatif juga tu.

Yunus Badawi said...

Cuti ini mungkin kami tak kemana2 sebab Atikah ada periksa minggu depan dan minggu berikutnya. Hazwan pula belum habis praktikal dan Afifah baru masuk matrik.

Kesian Haizam dan Haikal terpaksa kat rumah aje cuti 2 minggu. Mainlah dgn Adam ngeeee

pena rozie said...

suka...suka pergi bercuti

Kakzakie said...

Berkemah dan tidur di dapur pun happy anak-anak sya. Mereka bermain sebenarnya....

bobhandburry said...

Salam kunjungan... blog yang menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

Yan said...

Seronok kan.. Yang penting kita berbahagia...

akak nak ke kuala kangsar cuti ni..

maiyah said...

assalam..

kalo sy pun cuti kat pd je sbb dekat, maklum le x bleh ddk lama2

Acik Erna said...

sya..PD pun ok..janji dapat bawa anak2 bercuti dan mandi manda..

sayangsayangibu said...

YB
--
w.salam..sangat betul yang penting ada kolam diorang nak berendam tu.

sayangsayangibu said...

YB 2
----
sebab kesian kan, diorang mcm tak ada aktiviti seronok jd sya pasang kehamah dekat depan tu, omak pun boleh join jugak : )

sayangsayangibu said...

YB 3
----
Memang tk seronok nak bercuti kalau tak cukup ahli keluarga kan?

bawaklah anak anak tu ke wet word s.alam

sayangsayangibu said...

pena rozie
----------
jom.....(,")

sayangsayangibu said...

pena rozie
----------
jom.....(,")

sayangsayangibu said...

kakzakie
--------
semua dlm khemah, makan main2 tido...
seronok dengan gelagat diorang.

sayangsayangibu said...

bobhandburry
------------
w.salam terima kasih berkunjung
Insya'allah akan ke blog sana juga.

sayangsayangibu said...

Yan
----
yg penting mereka seronok, kesian jugak cuti sekolah tak kemana mana
semoga percutian k'yan dan keluarga pun menyeronokkan juga

sayangsayangibu said...

maiyah
------
w.salam
dekat ke jauh yg penting kita sekeluarga kan?

sayangsayangibu said...

maiyah
------
w.salam
dekat ke jauh yg penting kita sekeluarga kan?

sayangsayangibu said...

maiyah
------
w.salam
dekat ke jauh yg penting kita sekeluarga kan?

sayangsayangibu said...

k'Erna
------
kak..... jommmm...jom lah..........