Tuesday, May 10, 2011 By: kasihibu

KOPI O KAWWWWW....... PUNYA.

Salahkan kopi pulak..............
Nak jadikan cerita  buka puasa petang semalam sya minum kopi O kawwww... punya

Sudahnya masa orang tido...awak tak tidor
terkebil kebil mata macam putera katak, terkulat kulat sampai sakittttt hati
sebab tengok enpakwe tido leno, enariq tido leno dan si KC pun tido leno...

Sya kacau enariq tido, peluk peluk dia, apa lagi mengamuklah si bujang tu
lepas tu enpakwe kata u jangan kacau dia
nanti dia bangun susah, lagi tak boleh tido
errppp..apakah enpakwe  mengkias kias bahasa


Sangat jenuh nak lelapkan mata
akhirnya  bangun
ambik 3 pasang baju dan seluar kerja enpakwe
sya pun menggosoklah  untuk minggu depan punya..... (,")
Sambil gosok baju makan bubur pulut hitam yg dah sejuk dlm petiais campur susu lah pulak...
perrggghhhh.... sodap!!!!!!!


Tetiba pintu bilik terbuka, ingatkan enpakwe yg keluar bilik tp
rupanya si KC yang bangun cari sya.
Dia baring depan sya dan sambung tido
tp tak lamo tu dia termengigau agaknya

tetiba je dia kata "bye bye ibu..sambil lambai tangan"
sya pun balas lah jugak bye..bye adik..... (,")
syok layan orang sedang mengigau nih ...

Selesai gosok baju jam 2.30 ++ pagi tu, badan dah rasa panas dah peluh peluh
Apa lagi..
masuk bilik air dan terus mandi siap basuh rambut sekali
sejuk nyaman je....

Selesai mandi konon konon nanti senanglah nak leno

tp..........

memang penangan kopi betul, tak jugak boleh terleno
Masa baring baring cari mood tido tu
dalam kepala otak ni duk fikir kalaulah sya boleh
angkat enpakwe alihkan dia tido tempat lain

memang wajiblah sya akan mengemas bilik tu alih alih katil, almari dalam bilik ni
E3 yang panjang ni nak bagitahu

pengajaranya adalah janganlah minum kopi
waktu malam yo..

seksaaa...........rugi tak boleh tido

11 jeJari meNulis:

~ yus ~ said...

saya selalu terfikir kenapa ramai yg alergic minum kopi waktu malam ya? Semua selalu ada masalah sama mcm akak, tak boleh tidur. Tapi saya ok je, minumlah berapa cawan kopi pun, senang je tido...huhu

sayangsayangibu said...

yus
---
enpakwe akk pun gitu, tak ada masalah pun nak tido kalau minum kopi
memang segar bugar je mata
sampai naik geram sbb tak boleh tido
tengok orang tido jadi sakit hati sendiri ;p

Kakzakie said...

Hubby kakak pulak kalau nak tidur mesti suruh kakak buat kopi-o dulu baru boleh selesa. Dah kebiasaan agaknya....

Shahayu said...

sian kopi... salah kopi ye.... memang mata tak bleh lelap la tu....x pa malam ni tido puas2 jangan minum kopi lak...heehehe.

Yasminhamid said...

saya tak kisah.. minum kopi atau tak..time tido mesti tido.. lena lagi tu..

sayangsayangibu said...

kakzakie
--------
macam macam kesan kopi ni ye?
tp kopi o memang best ;p

sayangsayangibu said...

min
---
kalaulah mata akk pun gitu
tak adalah seksa bila nak tido
kopi dan nescafe memang kena jauhkan waktu malam, kalau tidak huhuhu....

sayangsayangibu said...

shahayu
--------
biasalah bila puasa, sedang dahaga
air yg terbayang depan mata tulah yang nak diminum dulu ;p

Zaitun said...

Tak kira panas ke tidak kak Zai tak boleh minum kopi,kalau minum juga seharianlah pening kepala.

pB said...

naper tak kacau enpakwe tu jer???

ahmad humairi said...

Kalau xmo minum kopi,
kunyah kopiko pun boleh...pastun leh lena tido. Cubalah!