Malam semalam selepas baca yassin
ayong cakap dengan ibu
ibu..ayong nak sembahyang sunat tahjud
macamana cara sembahyang tu bu
Macam biasalah ayong, sembahyang sunat mesti 2 rakaat
--------------------------------------------------------------
jam 0500 hrs ayong dah bangun
ayong kata nak sembahyang sunat, ayong tak pernah buat lagi
Ibu kata ok...
---------------------------------------------------------------
balik sekolah tadi ayong kata dengan ibu
ibu, td ayong lepas sembahyang sunat ayong doa
ayong dan kak ngah tak buat ibu marah
ayong dan kak ngah berjaya dalam peperiksaan
ayong dan kak ngah nak ibu dan ayah hidup bahagia
ayong dan kak ngah tak bergaduh dengan atrah dan ariq
-----------------------------------------------------------------
Ayong...sebak hati ibu ...
moga sampai ke akhir hayat ayong akan sentiasa menyenangkan hati ibu dan ayah ye....
sayang dan kasih selalu dari ibu buat ayong......
8 jeJari meNulis:
syukur... sejuk perut sya yg mengandungkannya
moga ayong jadi anak yg solehah dan mendengar kata
alhamdulillah sya..dapat anak yang sentiasa menyenangkan hati ubu dan tidak lupa mendoakan ibubapa.
ya Allah.. sejuknya hati ibu...
ibuintan
--------
alhamdulillah..
tp biasalah kak budak budak perangai nakal dia tetap ada.
k'erna
------
ada masa buat perangai jugak ka, bergaduh dgn adik adik, sekarang ni kalau dia geram dia boleh pukul pulak adik
itu yg buat sya geram sesangat.
min
---
haraplah2 semoga sampai bila2..
sejuk mama yong mengandungkan yong.... semoga jadi anak yg solehah aminn...
Bertuahnya dapat anak sebaik ayong semoga perilakunya berpanjangan.
Post a Comment