Thursday, April 21, 2011 By: kasihibu

P.U.A.S.A..............

Jam 0400 hrs jam berbunyi
Argg…nantilah lagi 5 minit kata hati ni

Jam 0415 hrs sya pun bangunlah bermalas malasan...

Pergi dapur tengok dlm singki
Ikan ada, sotong ada ayam pun ada ( memang dah keluarkan sebelum masuk tidur )
Fikir2 nak masak apa nih
Yang nak makan enpakwe je sorang
Dah lah isnin tu masak nasi goreng je untuk dia sahur
Nak masak apa ye…

Masuk air dalam periuk , campak kayu manis, pelaga, cengkih  untuk kasi didih
Sementara tu potong ayam 3  ketul kecik kecik
Potong bawang, halia
Tumbuk serai  3-4 batang
Campak dalam periuk
Siap 1 menu

Lepas tu  buat  buat sambal kicap
Dan goreng sayur campur

Cukuplah untuk sahur ni.


Untuk berbuka ni nak masak apa ye?

Sotong ada
Mangga muda ada sebiji

Ingat nak buat kerabu sotong sikit, ikan goreng tepung
Sayur campur, sup tadi ada lagi sebagai kuah
Dan sebelum pergi kerja ada rendam mauripan sebab cadang nak buat kueh cakoi ciciah kuah kacang
Rasanya cukuplah untuk berbuka kot

enpakwe pun bukan makan banyak sangat pun...... (,")

20 jeJari meNulis:

~ yus ~ said...

Saya pun puasa hari ni. Sahur tadi lauk asam pedas lebih malam tadi je...:)

Buka ni belum tahu nak makan apa..huhu

Daddy Ziyyad said...

saya kagum dan respect pada kaum wanita..pada ibu saya..pada isteri saya..sebab boleh bangun jam 4-5 pagi untuk memasak..

kalau saya...hehehehe...tak larat!

Zura said...

amboi..rajin nye.
zura bile la nk ganti puasa yg banyakkkkkk sgt tu..dah la mkn je kejenye..cmne ni, adehhhh...

Yasminhamid said...

puasa sunat ker??? saya baru dok merancang nak menggantikan puasa...

shahjiehan said...

thun berapa? heheh
tya cm ade duit je lalala

kak Erna said...

sya.rajinya masak untuk bersahur..
akak sahur makan roti je..

kakpah said...

salam. masak main campak-campak ni yang best. tak payah susah2 bukak buku tengok resepi.

Mak Su said...

kalu sy, mesti kena sediakan kari.. hu hu hu

Zaitun said...

Masakan simple tapi tetap sedap sebab dimasak dengan keikhlasan.

ahmad humairi said...

Selamat berpuasa...dan berbuka.

sayangsayangibu said...

yus
---
selamat berpuasa ye..
sya tak puasa tp enpakwe yg nak puasa sunat

sayangsayangibu said...

Doc
----
wanita kan superwomen? ;p

sayangsayangibu said...

zura
----
enpakwe akk tu, dia wajib makan nasi/mee atau benda yg agak berat
sbb daya tahan dia kalau tak sahur sangat kurang.
perut org melayu ;p

sayangsayangibu said...

min
---
ia..enpakwe akk puasa sunat, dia kata sbb nak periksa KPSL bulan Mei nih

sayangsayangibu said...

shahjiehan
----------
silap parking ye ;p
tahun 2004 tanaya apa salahnya ;p

sayangsayangibu said...

kak erna
--------
memang setiap kali puasa wajib bersahur
sbb enpakwe sya kena makan berat2 dia tak suai makan mcm tu
lemah badan katanya

sayangsayangibu said...

kak pah
-------
w.salam
boleh je kalau beresepi, yg tak pernah di masak dan baru cuba masak

sayangsayangibu said...

maksu
-----
enpakwe kurang nak bersantan2 nih
w/pun dia kedah mai ;p

sayangsayangibu said...

kak zai
-------
insya'allah
dah tanggungjawab kan?
bak kata enpakwe
dapat pahala, dapat kenikmatan hidup sebagai seorang is3 & ibu.

sayangsayangibu said...

AH
--
terima kasih
enpakwe dia nak periksa KPSL bulan mei ni
jdnya sbb kertas last sangat berharap akan lulus katanya.