Wednesday, April 6, 2011 By: kasihibu

NAIF DAN DAIFNYA...............

Betapa sungguh naifnya sya masa kecip2 dulu.....
Ada ke patut batu tanda sempatan tanah di belakang rumah arwah atuk sya ingatkan batu nisan

terkejut sungguh masa tu sedang leka main ikan ikan kecik di dalam tali air di bendang, lepas tu tetiba ternampak batu tanda,
dalam hati
eh.... ada kubur belakang rumah atuk ni

sejak tu memang takut nak ke tali air main main dengan ikan

tp  sampai ke sudah tak pernah bertanya pasal batu tu.
dah besar baru tahu batu tanda sempadan tanah.

Lagi satu, masa kecip2 duduk dengan arwah uwan dan atuk, ada sekali tu arwah uwan suruh ke kedai beli ubat batuk cap kelapa laut

bila sampai ke kedai boleh pulak terlupa cap kelapa laut sya main sebut je
ubat batuk cap anjing laut  ; )


Yang last ni lagi naif......
mak suh ke kedai beli minyak masak
dulu dulu pakai timbang kati kati kan..?

sampai kedai sya terlupa lagi

main sebut je dgn tokey tu
nak minyak masak segelen

hahahahahhaaa...... kena gelak dengan tokey tu
dia kata aiyaaa..... satu gelen makan tak habislah..., lu mau buat mandi ka?

bila ingat balik kesengalan2 tu.......
errpp...betapa naif daifnya masa kekecip dulu.. (,")

Tapi itu dululah.......masa kecip kecip..
sekarang  ni tidak lah lagi .................



terima kasih pada red rambutan memfolow blog nih..tengok gambar rambutan
perrhggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh... merah
sodap eh kalau dapat makan rambutan sekarang nih.....

8 jeJari meNulis:

aanie said...

hehe..kelakar la...mtk minyak masak segelen...tp tgk batu tu pun nmpk mcm batu nisan la....heee...

Kakzakie said...

Sya... kakak dulu pun sama juga tau kalau nampak batu persempadanan tanah sangka batu nesan. Kami memang takut sangat.

Nostalgia membeli minyak tu akak tergelak. Nasib org kedai tu faham. Kelakar sungguh....

ahmad humairi said...

Boleh jadi idea raja lawak ni...hehe

Hanis Azla said...

kenangan lama yg sampai bila2 pun tak boleh lupa..seronokkan bila sekali sekala mengimbaunya.. dalam kesengalan ada memori terindah utk di kenang..

sayangsayangibu said...

aanie
-----
itulah masa bebudak, fikir nak main je, nak cepat je
pasal batu tanda tu, memang tak ingat lain dah selain batu nesan

sayangsayangibu said...

kakzakie
--------
heheheh..kan tengok batu tu pun dah takut

pasal minyak masak tu memang tak sya lupakanlah.

sayangsayangibu said...

cikgu AH
--------
(,") lawak sengal ;p

sayangsayangibu said...

hanis azla
----------
boleh buat tersenyu betapa naifnya ;p