sumber pakcik google
Sya dah bayar saman...
Anda sudah?
Kalau belum silalah bayar ye, sempena ada potongan 50% ni.jadinya saman tu dapatlah rm 300.00
Sya bayar saman hari rabu lepas 8hb, kebetulan hari tu tak kerja sebab
bawak enariq pemeriksaan di klinik, lepas buat pemeriksaan tu pergi servis kereta pulak
Tetiba teringgat nak jelaskan saman yang enpakwe dapat tu.
Sambil sambil tu sya periksa gak no kereta sya mana tahu kot2 terada
Tp biasalah pemandu berhemahkan…
Mana nak ada saman ( macam riak sikit ;p )
Sebenarnya
sya ada 1 saman tp dah jelas semuanya pasal yang en3 yang ni.
Nak cerita jugak masa nak bayar saman tu, adalah dalam jam 11 pagi , ingatkan tak ada orang
Sekali masuk je di pejabat trafik K.Langat tu, ada 2 barisan beratur panjang
Jenuh nak menunggu giliran
Dengan karenah si KC dan enariq lagi
Dalam beratur lama tu memacam perangai enariq dan KC buat masa tu
dah setengah jam beratur tetiba si KC cakap,
ibu kakak nak kencing
ibu kakak nak kencing
Ibu: Alahai kakak, ibu dah beratur panjang ni, dah penat dah ni
Kakak nak kencing bu
Oklah…ok lah….
Lepas tu sya minta jasa baik lelaki yang beratur belakang tu,
nanti saya masuk beratur semula boleh tak?
Lelaki budiman tu pun kata ok..
Fuhhh lega hati sya...
Enariq pulak, habis semua daun daun pokok lidah buaya dia koyak koyakkan
Alahai anak bujang ni sangat lasak tak larat, rasa nak nagis sesangat penatttttttttttt…..
Itu belum lagi aksi dia melonjak lonjak bila kita dukung dia
Nak tahu yang paling nakal lasak dia buat
Ada satu amoi tu, dia pakai seluar pendek yang biasa amoi2 pakai tu,
bukan sekerat lutut tp sekerat b****t ( opsss sorry)
Amoi tu beratur 3 dari depan sya,
yang si enariq ni boleh pergi usik kaki si amoi nih berkali kali pulak tu
yang si enariq ni boleh pergi usik kaki si amoi nih berkali kali pulak tu
Alahai enariq nasib baik lelaki kecik lagi
Kalau lelaki besar
Sah sah lah kena S.A.M.A.N….
Itulah kisahnya ye…….
masa sya nak bayar saman tu
ada sorang lelaki tu dia punya saman lepas diskaun adalah 1.5 K
Alahaii……….
Kesimpulanya patuhi peraturan di jalan raya
dan berhati hatilah di jalan raya ye….
dan berhati hatilah di jalan raya ye….
12 jeJari meNulis:
salam sya..he he..boleh tahan anak ujang sya..sya..bukan nakal tu tau..lasak..dia buka tau apa lagi..tai memang penat la..melayanya..
Assalamualaikum Sayang Ibu
berapa juta ler kerajaan dapat hasil drp saman....
jangan teruskan aktiviti sebegitu lagi yer enariq... he he
Wassalam
ada 1 saman belum bayar..huhu
XIIINAM ckLah suci...
:D
Seksa bayar saman. Rasa sayang duit.
Adakah lelaki yang bayar RM1.5K tu kawan saya? Sebab sorang kawan saya, saman dia saja RM10K.... fuhhhh!
kak erna
--------
terima kasih sya dah edit dari nakal ke lasak
memang rasa nak menangis dengan karenah di
a, penat sesangat.....
tp ibu eh tak gak slim didera dek enariq tu ;p
atuk
----
w.salam
mungkin cukup utk pembayaran gaji gomen kot?hehehe..
enariq tu agaknya hairan apasal kaki amoi ni putih je hahahaha ;p
nino
----
silalah bayar sebelum terlambat sementara ada diskaun ni
xiiinam
------
alhamdulillah taak payah bebazir bayar saman kan cikgu?
azieazah
--------
bukanya kawan tp salah sorang dari pembayar saman tu.
memang kan masa nak bayar tu rasa mcm bazir je tp dah salah kenalah saman kan?
azieazah
--------
10k...alahai boleh bayar dpymt keto sejibik
alamakkkkkkkkk.....
.
.
sertamerta menge-check di 'DAPAT'
adaaaaaaa.......
lari bajet den macamni...
Post a Comment