Tajuk : - Perjalanan terakhir seorang bapa
Pengarang: Zulkarnain Zakaria
Putaran masa tidak pernah berhenti, dan fitrah kejadian alam ciptaan Tuhan ini tidak pernah mungkir.
Dari benih menjadi tunas, dari tunas menjadi pokok , pucuknya mengejar langit, lalu mengeluarkan bunga dan buah.
Tetapi sampai ketikanya, tiba tiba daun jatuh berguguran, dahan mulai kering, anai anai memanjat hingga ke ranting dan pokok yang suatu ketika dahulu gagah, akhirnya mati dan rebah kebumi PenciptaNya
Ramai yang telah meninggalkan kami, hinggakan kalau saya pulang ke kampong atau menghubungi ibu melalui telefon saya sering dikhabarkan dengan berita kematian si polan dan si polan.Hampir kesemuanya lelaki.
Dikampung kami yang penduduk asalnya sudah berusia lewat 70-an ke atas, daripada 10 buah rumah, saya anggarkan lapan daripadanya ( yang lelaki ) sudah meninggal dunia.
Tinggalah ibu ibu tunggal menjaga rumah yang kini lenggang, termasuk ibu saya.
Ibu ibu tunggal ini sudah tua juga.Mereka sudah tidak mampu menoreh getah lagi.
Jika ada acara di balai raya, kenduri kahwin atau di masjid ada kalanya ibu ibu tunggal yang berusia 70-an ini terpaksa berjalan kaki.
Ibu ibu tunggal ini sudah uzur.Sedangkan mereka inilah suatu ketika dahulu sama sama mengangkut air dari pili, beramai ramai mengambil upah menanam anak benih getah, berjalan kaki ke kebun getah dua tiga kilometer dari rumah, dan kemudian bersusah payah pula menyediakan makan minum untuk anak anak yang ramai.Sampai masanya mereka juga akan pergi.
Begitulah aturan alam yang di susun oleh Ilahi.Kita juga akan melalui semua ini suatu masa nanti.
Jika anda seorang lelaki , fahamilah artikel pendek ini, bahawa hanyat kita belum tentu panjang lagi.Kita mungkin akan pergi terlebih dahulu daripada isteri kita, kerana memang begitulah fitrah hidup yang di susun oleh Robbul Kholiq – secara umumnya kaum lelaki akan pergi dahulu selepas menumpahkan keringat, tenaga serta kekuatan untuk menanggung kehidupan keluarga.
Wanita / ibu pula akan meneruskan hidup yang mereka mulakan dahulu, dan kemudian menutupnya kerana mereka telah di bekalkan oleh Tuhan dengan suatu keajaiban iaitu kesabaran, ketenagan , ketabahan serta kasih sayang yang tidak berbanding.
Seorang lelaki , ia lahir dari seorang wanita, memerlukan wanita untuk hidup dan kemudian meninggalkan wanita itu kerana ‘masanya begitu cepat sampai’. Seorang wanita, mereka melahirkan lelaki, menumpahkan seluruh hidupnya untuk lelaki dan kemudian bersendirian meneruskan hidup ini selepas lelaki itu pergi bila ‘tiba masanya’.
Kepada anak anak yang membaca artikel ini, tataplah wajah ibu dan ayah anda sekarang, kerana mungkin masa itu tidak berapa lama lagi……
artikel ni sya tak taip sepenuhnya, ada beberapa m/s tak tertaip rasanya
cukuplah kita dapat berkongsi walaupun sebahagian ni, itupun sudah sangat bermakna.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN.....
artikel ni sya tak taip sepenuhnya, ada beberapa m/s tak tertaip rasanya
cukuplah kita dapat berkongsi walaupun sebahagian ni, itupun sudah sangat bermakna.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN.....
15 jeJari meNulis:
baca je artikel ni....mula rindukan abah n mama kat kampung...huhuhuhuhu.....
ada sambungan ke???
Salam, Auntie dah habis baca..
he he he
Sian kan kaum hawa yg uzur dan tua tinggal sensorang bila kematian suami..
wanie
-----
memang kan? bila k'eja baca tadi..terus menjurai airmata
tp yg best sekarang dikampung dengan mereka...sampai jumaat nih
jgn jeles... ;p
sahromnasrudin
--------------
tak ada sambungan, tp sya taip lompat lompat tak tertaip artikel tu, nak scan m.a.l.a.s.....
Aunty
-----
w.salam..
begitulah putaranya, tp hidup perlu di teruskan
Assalamualaikum Sayang Ibu
ibu saya selalu tinggal seorang di kg.
dia lebih seronok tinggal di kg katanya
Wassalam
sedih. :(
salam
teringat aku kat ayah yang dah takde
sya..terima kasih..walaupun tak sepenuh..tapi boleh difahami..
dikampung akak pun begitu..yang tinggal..hanya ibu ibu tunggal yang dah tua..
salam aidiladha dr me yg jauh dimata.. chewahh
mak akak dah melalui semua tu...ditinggalkan suami..ditingalkan mak ayah...ditinggal dua anak perempuan...dan ditinggalkan cucu lelaki.
atuk
-----
w.salam memang gitulah alasanya kan?sayang kampung halaman dan yg penting nostalgia di rumah tu
yerlah selalunya begitu..wanita apabila kehilangan lelaki...
Dah lama yatim piatu.....
Post a Comment