Pernah tak kekadang tetiba je kita terasa sayu
Sepi
Sedih
Sendirian
Sedangkan kita bukan sensorang masa tu
Tetiba sya nak kongsi pengalaman ni tahun 2007
Tak silap masa tu sya sedang mengandung si kakak chantik 7 bulan
Sya kena pergi kusus BINA INSAN
Siapa yg pernah pergi kusus tu mesti pernah masuk LIANG LAHAD kalau tak silap selama 15-20 minit
Sebenarnya sya tidak di galakan untuk masuk tp
Tak tahulah semangat dan keinginan yang buat sya masuk ke dalam liang lahat tu
Kami di beri taklimat dan di beri penerangan sebelum tu
Memula sya masuk , dada ni berdebar debar
Masa tu sya bayangkan kalau kita bebetul nyawa tiada di jasad
Sya terfikir sekarang kalau kita tak mahu masuk, kita boleh mengelak lagi
Nanti bila kita sudah tak bernyawa………….
Apa yang sya alami semasa permukaan liang di tutup dengan sekeping kayu?
Mula mula sya terdengar bunyi tanah jatuh, tanah yg ditebing liang, jatuh diatas kanvas yg mengalas
Sya takut…
macam macam lagi yang dirasa
Sya usap perut sya borak dengan baby, sayang….temankan ibu ya
Ibu ingin merasa bagaimana bila berada di liang lahad
Sya berdoa, semoga anak yg dikandung menjadi anak yg berguna, solehah dan segala yang baik
Sya pejam mata
terdengar bunyi cengkerik, bunyi tanah jatuh,
Sya teringat arwah uwan atok saudara mara terdekat, sya teringgat arwah kawan kawan
Sya rasa sungguh sunyi sepi
Entahlah tak tahu nak gambarkan teliti pengalaman tu
Yang pasti setelah keluar dari liang lahad tu, barulah sya teringat
Kenyataan dan kebanyakan
Kita sedih dan sering sedekahkan Al Fatihah dan Yassin hanya diawal2 pemergian orang tersayang di alam sana
Selepas tu kita seperti tiada masa atau terlupa
Semoga kita semua tidak terleka
Tidak terlupa
Sedekahkan secebis doa,
Sepotong ayat suciNya
Kepada saudara mara seagama…..
Semoga roh mereka di cucucuri RahmatNya
Amin…..
Al Fatihah………….
Di dalam As Shahih diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :
Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara :
1. Sedekah jariyah
2. Ilmu yang bermanfaat,
3. Anak shalih yang mendoakan kepadanya.
2. Ilmu yang bermanfaat,
3. Anak shalih yang mendoakan kepadanya.
6 jeJari meNulis:
Salam Sya...
macam sama pulak 'rasa' kita pagi ini... Semoga anak2 kita menjadi anak yang soleh dan solehah - yang akan mendoakan kita sewaktu kita di sana nanti. InsyaAllah.
terkedu...
kita sedekahkan alFatihah untuk semua
takut bila fikirkan mati..
apalah amalnak dbawa..
Timbul keinsafan kan
sya..kuat semangat sya ye..boleh masuk kedalam tu..walau pun sedang menagandung..
insyaallah sya..akak sentias ingat untuk berdoa dan membaca ayat suci buat ayah dan bonda yang telah pergi..
Untuk yang masih hidup pun...ckLah selalu bacakan al fatihah...
...termasuk untuk diri sendiri.
Post a Comment