Monday, August 30, 2010 By: kasihibu

JUMAAT YANG PENAT

Hari jumaat  anak anak dara berdua tu cuti sekolah, jadinya sya ambik kesempatan pergi bershooping baju raya di S.Alam fuuhhhhh....ramainya orang........
Maka kami selepas  subuh gagahkanlah diri   tidur syok dapat tidur kojab
hilangkan ngantuk.. dan  meyambung mimpi... ;p

Sambil tunggu nak siang tidolah dululah , nak bawak kereta rehat mesti cukup,
mata tak boleh penat alasan..........
Lepas tu mandi mandikan anak anak kecik eerrrpppp..........
sebona eh ayong mandikan Kakak chantik, kak ngah mandikan enariq ;p
omak eh arahkan yo anak anak  ambik adik satu sorang
tp ibu yang siapkan pakai baju pempers bagai...

Di sebabkan enpakwe ke HQ  di Damansara makanya dalam  jam 9.30 hantar si KC dan enariq rumah mama, malas nak bawak sikecip berdua tu, tak jadi menyooping pulak nantikan?

Memula sya menyooping  baju baju gaun si KC, baju enariq dan anak dara berdua tu di plaza alam centre, pastu pergi cari baju kurung di kiosk2 tu, pastu tak puashati berkenan  , pergi ke PKNS tu pulak dapat baju  tp nak geram jumpa yang berkenan tak ado saiz pulak......alahai bosar eh badan....
sekarang dah kena pakai baju saiz M , susah pulak nak cari tema kuning tahun nih.
Patah semula di kios plaza alam centre, bebudak tu dah merunggut penat dah.. sya terjumpa baju untuk sya sendiri warna kuning anak anak tak ado...

pilihan terakhir kami pergi ke subang jaya, maidin mall, jumpalah baju kurung untuk anak dara berdua tu di kios bawah tu, 2 pasang dapatlah rm 80 hengget tunai. nak tahu anak dara berdua tu pakai saiz apa?
SS DEWASA  fuh......anak nampak gayo eh tinggi dari omak nih.....

masa di plaza alam centre tu sya belikan untuk enpakwe baju dan seluar sepasang rm???
nak tahu enpakwe kato apo?
walaupun ado ucapan terima kasih tp disusuli dengan perkataan MEMBAZIR...

Memanglah baju enpakwe dah banyak tak terpakai, tp errpppp setahun sekali kan?
betul tak.........
Percayo tak dah habis 1k untuk baju baju anak (anak ramai  4 orang x 3 pasang sorang dan campur 2 pasang sorang baju kebangsaan ), 2 pasang baju mak dan sepasang baju enpakwe..
Nak buat camno kan? harga baju memang macam tu, lainlah kalau sya pandai jahit
semua sya jahit baju luar dalam seluar luar dalam sya jahit
errppp ado sesiapa nak menompah? : )

Kesimpulannya tema tahun nih adolah segalo jenis warna kuning ado,
sbb tak ada kuning yg serupa pun jadilah tu, namo eh tak menempah macam tulah..

dan...yang ponting kepenatan telah  melando jadi eh
faham faham yo lah ye.....

18 jeJari meNulis:

cheqna said...

amboi..beshnya shopping...

kakcik said...

hmmm... kakcik juga belum menyoping lagi.. anak2 bujang tu beli kemeja T je.. baju melayu semua dah siap sepasang sorang.. utk mak, pakai baju kitar semula shj la.. :)

Ibu n Abah said...

Sya....
suami akak pun akan cakap 'membazir' bila akak buatkan baju melayunya...
bazir pun, bila buat... pakai gak....
sajalah tu.....

en_me said...

penat kanns.. ehehe

Rozali said...

Salam Kemerdekaan Sayang Ibu


raya sakan nampak
he he

Wassalam

fiddeOmar said...

salam singgah...
terjojol bijik mata ni tgk kos shopping baju je seribu lebih.. alahai....nasib baik bujang lagi heheh

sayangsayangibu said...

ceqna
-----
memang best, rasa tak nak balik...heheheheh melampaukan?



kakcik
------
anak sya kecik2 lagi kakcik, diorang dah sibuk tanya pasal baju raya, kue raya..
jadinya kena usahakan jugaklah beli untuk diorang.

sayangsayangibu said...

ceqna
-----
memang best, rasa tak nak balik...heheheheh melampaukan?



kakcik
------
anak sya kecik2 lagi kakcik, diorang dah sibuk tanya pasal baju raya, kue raya..
jadinya kena usahakan jugaklah beli untuk diorang.

sayangsayangibu said...

akak
----
hehehe...begitulah kan?
tp pakai juga, memula tu seronoklah ada ucapan terima kasih, tp ayat last tu
rasa sangat tak best...

oh..akak pandai menjahit
sya tak pandai langsung.



en_me
-----
penat sampai nak baring ;p

sayangsayangibu said...

atuk
----
salam kemardekaan juga

sakan sbb baju anak anak memang mahal kan?baju enpakwe pun mahal, baju sya aje tak mahal



fiddeomar
---------
salam disambut
memang gitulah dik, bila dah ramai nih, anak je 4 + enpakwe
itu belum beli untuk mil dan mak ayah sendiri
setahun sekali memang gitulah..

penjejak maya said...

salam,

nasib baik umah pun tak kena cat warna kuning juga hehe..

Yasminhamid said...

saya pun ada sikit lagi nak beli... baju alif semua dah settled.. baju adam jer belum....

DrSinga said...

ekau 4!!
den..limo!!!
.
.
warna diraja gitu tahun ni....
:)

zahidah said...

kak eja....
heheheh...gelak sy baca entry akak....

lama sy tk jenjalan blog kwn-kwn....penat..tk der masa pun yer juga...

dah settle la ek baju raya....

Yunus Badawi said...

Lepas tu mandi mandikan anak anak kecik eerrrpppp..........
sebona eh ayong mandikan Kakak chantik, kak ngah mandikan enariq ;p

Kalau enpakwe tak kerja hari Jumaat tu mahu dia mandikan awak. Tapi lepas tu tak jadi shopping lah hahaha

Larikksss

Yunus Badawi said...

oh warna tema tahun ni kuning ek?

Seb tak sama dgn kami. Kami maroon hehehe

Yunus Badawi said...

Dah selesai shopping mesti lega. Ini baju emak Adam dan kakak2nya dah ok. Yg lelaki belum lagi huhuhu

Ingat nak ke PKNS Shah Alam jugak nak cari baju Melayu budak2 ni.

Yunus Badawi said...

Cukuplah 4 komen.

dah nak pukul 1 pagi ni ngeee