Friday, September 3, 2010 By: kasihibu

IKA BAU REMPAH........

Hari pertama puasa sya buat air tembikai


hari ke dua, buat air jus karot


hari ke tiga buat air sirap limau


hari ke empat air sarsi

hari ke lima air masak


hari ke enam seterusnya  tah lupalah................


hari yang ke 21 sirap bandung cincau

hari yang ke 22 air sarsi cincau
 
dan hari yang ke 23 semalam -

ibu rasa hari ni kita buat cendol nak?
anak dara: nak...nak....sedapnya bu...
Ika:  ibu pandai ke buat cendol
ibu:  alah...sonang ye..nanti kita beli bahan bahan.

------------------------------------------------------------------------
cendol - ado

cincau- ado

santan tak ado
tukar guna susu F&N

jagung krim tin - ado

kacang parang panggang merah tin - ado

gula kabung - ado

 ---------------------------------------------------------------------
dengan konfiden sya tuang cendol, hiris cincau, jagung krim  dan kacang parang panggang merah tin cap ayam

tp nak tahu apa anak dara si Ika tu cakap,

ika: bu kenapa ika bau macam rempah je tin ni?

ibu: betul lah tu, kita kena guna kacang tu...

Ika: bu ika baca ada sos tomato ni...

ibu: ia ke? meh ibu baca ialah...ada tulis sos tomato, tp agaknya memang macam ni kot?


last sekali campurkan susu dalam tin dan masak gula kabung dan campur dalam adunan tadi

seronok dan tak sabarlah anak beranak ni mak yang lobih nak makan cendol yang ibu buat

buat cendol tak agak agak , macam seploh orang minum tu....


masuk waktu berbuka, haruslah tak sabar nak minumkan?

hati ni was was jugak, memang rasa tersilap masukan kacang tu, tp mungkin disebabkan peratusan kacang tu dengan bahan bahan lain kurang jadinya rasa cendol tu masih oklah,
walaupun tak sehebat cendol pilah.

errppp en3 yang ni sekadar nak bertanya

soklanya adalah sebenarnya kacang yang sya guna tu adik beradik ke dengan kacang yang sepatutnya digunakan?



sumber pakcik google
contoh kacang yang sya guna , tp keju tu tulis sos tomato


ni contoh rupabentuk kacang yang sya guna




sumber pakcik google



14 jeJari meNulis:

Kakcik Seroja said...

Hohoho.. Sya dah salah guna kacang tu... :)

gadisBunga™ said...

hahaha! kite pun dah kompius. mr gugel, tolong!

al-lavendari said...

kah kah kah .. saya memang tak pandai buat cendol.

tapi lain macam jer haluan yang awak bawa ni. macam salah jalan jer !

boleh buat u turn tak ?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

laaaa...
salah rasanya k'eja.


kat gambar tu besanya kita wat utk bekfes ngan roti atau makan ngan western food..


hehe..tapi rasanya camne ek?

atuk said...

Salam 24 Ramadhan, Sayang Ibu

sodap sodap
tak paya beli kannnn

Wassalam

kasihibu said...

kakcik
------
itulah, keliru sebenarnya nak kena guna kacang yg mana satu
macam adik beradik saja kacang tu kan?




GB
---
itulah pasal...mari kita lihat dan tanya pakcik google



pakngah
-------
nak buek camno?tak pandai, tp nak buat jugak
pelik sikit tp habis jugak
pakngah nak rasa tak?
sila ikut resepi yg sya buat tu ;p



reen
----
cerita dengan kawan kawan diorang pun gelak,
siap kata kak yang tu untuk makan dgn roti dan telur hancur ;p


Atuk
----
w.salam
nak kata sedap tu.

errmmm...
bolehlah ;p
tp sekadar boleh diminum saja, nasib baik kacang tu tak menukar sangat rasa cendol semalam.

Adry@Daun said...

Salam Sya,
Tak kisah la gna kacang pesen mana pn jnji blh telan dn sedap rasanya. Masa mkn cendol tu bau rempah ke tak? Kalo ada bau kiranya tu resepi baru yg Sya buat. Cendol rempah namanya..he3..

Slmt bpuasa dn slmt myambut hari lebaran yg bakal menjelang.

Acik Erna said...

sya..sah2 dah salah guna..tak pe..lenkali buat lagi...
kacang tu..kalau buat lauk makan nasi..sedap..
campurkan dalam telur mata kerbau pun sedap..

penjejak maya said...

salam,

tahniah anda dah berjaya mencipta resepi baru hehe..

Yasminhamid said...

kacangnya dah sama.. cuma yg dalam tin tu.. biasanya orang buat utk masakan berlauk atau buat cicah roti...

azieazah said...

Salam SYA.. salam kenal.

Kacang merah utk cendol sepatutnya tiada sos.

Kak Azie buat cendol tak pernah guna Red Bean, sekadar cendol sahaja. Guna gula kabung tu yang best tuh..

perhhhh!

rynas said...

hehhe..try n error namanya tu. ada lagi satu kacang yg org buat ABC tu. dalam tin color merah..saya pernah guna kacang tuh. tapi tak ingat brand apa

Dr Singa said...

hahahahaha.!!!!
letak sosej pun ok gak cendol tu!!!!
baked bean dah ada dah!!
.
kena beli kacang buah pinggang merah kat kedai..
rebus sendiri ..

Dr Singa said...

lupa...
siap berkalsium lagi tu!!!!