Friday, August 13, 2010 By: kasihibu

TERKENANG JUO.......

1 Ramadhan 1427Hijrah tahun 2006

Pada hari pertama di ramadhan hijrah tu sya mula pergi kerja dengan memakai tudung

Sebelum tu di tempat kerja cuma sya sorang yang tak pakai tudung lagi
Kalau sebelum tu, rasa macam berat hati nak pakai tudung  sebab..................?
Biarlah sya sendiri yang tahu alasan alasan tersebut.

Tp rasanya sekarang ni belum pun lengkap cara pemakaian tudung seperti dalam tuntutan agama.
Semoga diri dan peribadi ini akan berubah menjadi yang baik selangkah demi selangkah juga...
mudah mudahan....

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Bulan puasa
Aktiviti seorang ibu adalah, bangun seawal pagi, untuk menyediakan sahur keluarga
rutin setiap ibu macam tulah, selagi tak terbabas waktu bangun tidur tu, dapatlah menyediakan juadah untuk keluarga
tp kalau dah terbabas tu, rasa sesangat bersalah..kesian pada enpakwe dan anak anak dara berdua tu, hendaknya waktu sekolah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Buat masa ni, sya lebih suka dapat menyuapkan anak dara berdua tu makan, sbb kalau nak tunggu diorang suap makan sendiri, memang kita yang panas hati, faham fahamlah kan..
Bila di suap tu laju semacam je diorang makan,
kalau waktu berbuka biasanya kami dah berwuduk dulu, lepas tu masuk waktu makan kurma dan minum air kalau ada kueh2 makan lah buat isi perut.

Lepas tu sembahyang maghrib dan barulah makan nasi.
Kalau waktu macam ni bukan anak dara berdua tu saja yang di suap
si KC dan enariq pun berebut nak disuap.
Ibu makan apa yang ada di pinggan dengan anak anak..maknaya antara kenyang dan tidak lah..
nak makan sendiri rasa macam malas pulak.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ramadhan  juga mengingatkan  suasana berpuasa sendirian masa bujang bujang dulu, masa tu sya di Dungun Terengganu seronok sungguh berada di sana, bulan puasa meriah, mana tak macam macam jenis makanan yang tidak pernah dijumpa di rasa..semua ada
tp yang paling seronok ialah, sebelum waktu imsak habis lagi 15 minit, di masjid dah dilaungkan waktu imsak, lagi 15 minit sebelum tu dah di laungkan bangun...bangun...waktu imsak telah sampai.....beberapa kali. sangat seronok...
Azan pertama adalah 1 jam sebelum azan subuh sebenar.
Pernah juga terlepas waktu berbuka puasa..hahahaha.. sangat lawak, ialah balik rumah dah penat tidurlah konon2 nak hilangkan penat, sesedar dah azan isyak...
tak ke terlepas waktu berbuka tu........ ; )

Ok lah kot..panjang sangat pulak bebelan di bulan ramadhan nih..
selamat berpuasa kawan kawan............... ;p

26 jeJari meNulis:

Mak Su said...

terkenang nostalgia silam :)

salam berhari minggu di bulan puasa :)

kakcik said...

Salam Sya..

nasib baik terjaga waktu Isyak. Buatnya terjaga waktu Subuh esok pagi.. lagi haru.. :)

sayangsayangibu said...

maksu
-----
macam macam kenangankan maksu?
salam berhari minggu juga... ;p

sayangsayangibu said...

kakcik
------
Bukan haru lagi..biru menahan lapar..hahahahahaha...

kak Erna said...

salam sya..akak teringat ada kawan yang terlajak juga..masa tu kerja diklia..nak masuk shif malam..bali petang dia tertidur..sedar2 dah sepuloh malam..dan nak pergi kerja..kesian dia kelaparan..maam tu lah agaknya yang sya rasakan..
bagus sya..rajin suapkan anak2 masa bersahur..

sayangsayangibu said...

kak erna
--------
w.salam..
memang sedih pun ada kak, boleh terlelap sampai tak sedar.

menyuap diorang tu, sbb klau tak bersuap alamat tak makanlah kak..naknya yang 2nd tu, payah betul nak makan nasi..kalau suap laju pulak tu.

al-lavendari said...

orang tua-tua dulu ada cakap;

"menyuapkan anak, hilang pedih hati;

menidurkan anak, hilang pedih mata.

sesuai tak ?

Ibu n Abah said...

Sya..
kesimpulannya dari cerita sya...
bekeluarga itu adalah lebih seronok daripada sewaktu berpuasa sendirian...
:-)

Ibu n Abah said...

Sya..
sebelum komen ini.. akak ada jugak tulis komen tadi.. bila check semula.. dah ghaib...
Bulan puasa ni kan.. otak dah kurang bertindak.. apalah sebabnya hilang...??
kesimpulannya dari cerita sya..
berpuasa selepas mendirikan rumahtangga dan beranak pinak adalah yang ter'best' daripada zaman membujang... Kan????

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kenangan dulu2 memang sentiasa dalam ingatan..

anak2 mesti tak terbuka mata masa nak makan sahur tu kan..

s.a.m said...

kuang kuang...samo la kito kak...penah jgk terlepas waktu berbuke masa kat skudai...tdo tak hengat, sedar2 dah kul 10 kot,tu pun housemate ketuk pintu bilik, ckp ada org nk jumpe...seb baik org nk jumpe tu bawak mknn...trus blur..ngappp ;)

ibuintan said...

sya itulah tugas rutin seorang wanita dan ibu kan... semua mesti dulukan keluarga...

Rozali said...

Assalamualaikum Sayang Ibu

selalunya dengar terlupa bersahur
ini terlena berbuka
he he

Wassalam

ckLah@xiiinam said...

Ibu yang penuh kasih sayang. Alamdulillah...

alfa juliet said...

yg penting kita sentiasa muhasabah diri n nak berubah...

Yasminhamid said...

itu semua memori abadi kita kan...

DrSinga said...

tak sukanya bangun dan masak untuk sahur!!!!
manakala orang lain tengah sedappp tidur...
selamat berbuka Eja!

sayangsayangibu said...

pakngah
-------
memang sangat sesuai, kalau tak suap susah nak makan, baik kita suapkan puashati.

akak
-----
itulah kelebihanya, ada sukaduka,riangria..segalo ado..


rin
---
kenangan memang tak dapat dilupakan
pasal anak anak, bukan mata je tak terbuka, nak bangun pun payah..menangis2..sayangkan waktu tidur tu..

mommy fea
---------
lapar gilakan..bertambah lapar ;p
sedih jangan cakaplah.



ibuintan
--------
betul tu, semua fikirkan keluarga dulu, anak anak suami
suami anak anak
diri sendiri tetap no 2 kot?


Atuk
---
w.salam
itulah, terleno sampai terlepas waktu berbuka.




ckLah@xiiinam
-------------
air tangan ibu, sbb tu diorang suka disuap, kalau tak suap diorang yg minta disuapkan.


alfa juliet
-----------`
dan cuba untuk beubahkan?



Yasminhamid
-----------
kenangan abadi.....

Amy Syaquena said...

salam ibu...

selalu dengar x bangun sahur sebab x sedar nie terbabas tido waktu berbuka...cam ner tue

kakpah said...

salam ramadhan. banyak kenangan ramadhan yang tersimpan di dalam kotak memori...

cheqna said...

kenangan..
sungguh indah bila dikenang kembali =)

en_me said...

kat ampang ni pown x kira bulan puasa ke tak azan solat tahajud sejam sblom subuh.. kalo 1st time memang terkezot uoolss.. uhuhu

Yunus Badawi said...

Alhamdulillah mendapat kekuatan utk pakai tudung akhirnya pada 2006 tu. Ada lagi kawan2 saya yg solat tak tinggal tapi belum mampu nak tutup aurat.

Yunus Badawi said...

Saya tabiklah para isteri yg sanggup bangun di awal pagi utk masak sahur. Lepas tu siapkan hidangan atas meja. Anak2 dan suami tinggal cuci tangan dan makan.

Jgn rasa bersalah kalau lambat bangun. Suami pun kena bertanggungjawab. Setidak2nya kalau tak tolong masak, tolong kejutkan pun jadilah hehehe

Yunus Badawi said...

Rasanya bukan anak2 aje yg ingin Eja suapkan makanan. Enpakwe tu teringin jugak kot. Nasib baik dah siap2 wudhu hahaha

Yunus Badawi said...

Lama ke duduk kat Dungun tu? Biras saya pun pernah duduk kat sana.