Thursday, August 19, 2010 By: kasihibu

KISAH SYA DAN ENPAKWE ( siri 1)

Kalau tahun 2000 tarikh ini adalah hari Sabtu
Nak tahu apa yang istimewanya pada tarikh ini?

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-10 
buat sya dan enpakwe

Mungkin sebab enpakwe bukanlah pilihan utama
Opsss…… salah tu, kami berdua memang ada pilihan lain yang sebenarnya, tp memang suratan jodoh kami adalah antara satu sama lain juga
Walaupun jenuh mengelak, memutus dan membuat tidak tahu kehadiran memasing dalam hati memasing

Macam tragis sesangat cerita perchentaan sya dan enpakwe kan?

Tp itulah kenyataannya.
Bayangkan sya akad nikah hari Sabtu selepas Maghrib, tapi sya  balik ke kampung pada hari jumaat maknanya pada 18hb malam dengan menaiki bas dan sampai di kampung pada 19hb pagi tu. Jenuh keluarga telefon tanya kenapa tak balik ke kampung lagi..tak nak kawen ke?.

Dan enpakwe pun cuma balik pada hari yang sama seperti sya, kami tak rancang pun, malahan tak pernah berhubung pada minggu minggu terakhir untuk majlis akad nikah tu, tak teruja pun nak balik kawin……..enpakwe pun terlepas expres senandung malam dari Langkawi ke Kuala Lumpur.

Semua orang ada pengalaman macam tu kan? Hati berbalik balik betul ke aku nak kawin nih? Betul ke aku dengan dia..isshhhh…

Sampaikan kakak sya yang sulung tu kata, jangan buat pasal.

Perkenalan sya dengan enpakwe pada tahun 1996, enpakwe adalah pengurus pelatih lepasan ITM Segamat dan sya paling menyampah dengan dia,enpakwe suka curi curi pandang sya tak malu… ;p
tak suka sesangat sebab bagi sya dia sangat cerewet, terlalu teliti dan berkira walau satu sen duit bila masa tutup akaun.

Banyak lagilah sebab sebab sya menyampah dengan enpakwe

Dan yang paling utama  enpakwe adalah muda  tahun dari sya, jadi tak adalah terasa macam nak berchenta dan berkahwin  dengan dia pun.

Lagi satu kami terpisah dalam setahun lelebih jugak lah, lepas tu macamana tah boleh sya tertelefon enpakwe..mungkin  sbb sunyi kot... ;p
Sbb masa tu sya sedang frust kot dengan seseorang di Terengganu masa tu, dan enpakwe pulak rupanya sedang bertugas di IPP Langkawi , MIL yang bagi no telefon enpakwe pada sya masa tu.



 sumber pakcik google..
Dah lah kot…
Kalau nak di ceritakan panjang berjela jela….
Apa pun memang sudah suratan dan tertulis jodoh kami berdua
Enpakwe adalah kechentaan sya dan sya adalah kechentaan enpakwe

Semoga hubungan kami sebagai suami isteri akan kekal hingga ke akhir hayat
Terima kasih banyak banyak sesangat kepada enpakwe kerana sudi melayan karenah dan ragam sya yang tah apa apa nih….

Yang kadang garang macam ibubuaya
Yang  kadang macam angin ribut taufan
Yang kadang macam hujan batu
Yang kadang  macam ombak di pantai

Bagusnya enpakwe, sentiasa sabar dan tidak pernah sekali pun naik kakitangan pada sya  disebabkan dengan karenah sya ni

Terima kasih enpakwe
Syukur pada Mu ya Allah…………

Terima kasih pada MIL,FIL SIL
Dan terima kasih pada ayah dan mak serta adik beradik sya sudi menerima enpakwe sebagai sebahagian daripada ahli keluarga .

Kisah 10 tahun ikatan perkahwinan  kami ni…….
Sedangkan lidah lagi tergigit………….kan?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

My Photos - Wall Photos

Photo 42 of 43   Back to Album · My Photos


21 jeJari meNulis:

Ibu n Abah said...

Sya..
selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 10.. semuga dipanjangkan jodoh, dimurahkan rezeki dan diberkati.... Amin Ya Rabbal Alamin..

Kakcik Seroja said...

Selamat hari ulang tahun perkahwinan ke 10, Sya.

Semoga berpanjangan jodoh kalian ke akhir hayat dan sentiasa hidup dalam kasih sayang bersama anak2 tercinta. :)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam k'eja

alahai. awat tak sambung..
dah xcited baca ni..


tu namanya jodoh kan..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

eh lagi satu...

sama pulak tahunnya tapi bulan sepluh.

Yunus Badawi said...

Salam Eja.

Happy anniversary.

Hebat juga liku2 perkahwinan awak ni. Tapi yg penting kalian skrg bahagia. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat.

atuk said...

Salam Ramadhan Sayang Ibu

Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-10

moga Allah permudahkan segala urusan sayang ibu sekeluaraga untuk dunia dan Akhirat

Wassalam

en_me said...

ghiteww kannns..

tahniah jugerr wat akak sya n enpakwenyer ittewww

Acik Erna said...

salam sya..selamat ulang tahun perkahwinan..semoga terus berpanjangan dan bahagia disamping anak2 tersayang..

Mak Su said...

apa pun jua, tahniah banyak2 :)

moga gembira slalu kekal ke akhir hayat

cheqna said...

salam kak

yang menjadi suami kita tu adalah yang terbaik kan???
sweet je bila baca =)

Yasminhamid said...

selamat ulangtahun perkahwinan.. semoga jodoh yang di aturkan oleh Allah ini akan kekal hingga ke akhir hayat...amin..

azhariahzuber said...

wow 10 tahun..nice number lah....tahniah

sahromnasrudin said...

tahniah kak..bukan senang nak kenal sehingga 1 dekad kan..syabas dan semoga berbahagia

Adry@Daun said...

Salam Sya,
Mcm bc novel la pulak bc kisah Sya dgn asben ni. Sya tak minat nak tulis novel ke? Hehe..

OmbakBaik said...

tahniah kepada akak yang menjadi ibu dan isteri yg disayangi :D

penjejak maya said...

salam,

itulah namanya jodoh dan moga kalian berbahagia hingga hujung nyawa..

kasihibu said...

akak
----
terima kasih..moga moga begitulah



kakcik
------
Terima kasih



rina
----
ada smbungan tu..nanti nantilah ye... ;p


rina 2
-----
hehehe..bulan ogos cuti sekolah kan?



YB
--
hehehehe..tang mano hebatnya tu?biasa biasa saja, orang muda kan? mcm YB dulu..mesti ada pilihan lain jugak kot? ;p

kasihibu said...

Atuk
----
Salam ramadhan juga
terima kasih moga dipermudahkan olehNya jua..



en_me
-----
sesama lah...gitu juga dgn en_me



kak Erna
--------
terima kasih kak...



Mak Su
-------
terima kasih mak su.
harapnya begitulah amin...

kasihibu said...

cheqna
--------
w.salam
ialah jodoh tu dah di atur baik dan segala yg di atur olehNya ada hikmah tersembunyi


Yasminhamid
-----------
Terima kasih min..
Insyaallah dengan izinNya..



alfa juliet
------------
itulah, diam tak diam 10 tahun 4 anak berderet2... ;p



sahromnasrudin
--------------
macam macam dugaan sedangkan lidah lagi tergigitkan?



Adry@Daun
---------
macam novel
aduhai..ada banyak lagi kisah tu, tak larat nak menaip
kalau di ingatingatkan memang kelakar pulak.



OmbakBaik
---------
terima kasih ;p



penjejak maya
-------------
w.salam..
moganya begitulah hendaknya... ;p

al-lavendari said...

tahniah atas ulangtahun perkahwinan mu. maaf pakngah terlambat nak ucap. biar lambat asal sampai kan. seronok juga baca kisah awak ni. sejibik macam cerita hindustan.

semoga jodoh berkekalan sehingga nyawa bercerai dari badan.

kasihibu said...

alahai pakngah
cerito hindustanlah pulak.... ;p