terima kasih banyak...........banyakkkkkkkk...... pada adik beradik, ipar duai, ibu ayah dan ibu mertua yang banyak membantu menyumbang dan melancarkan majlis masuk rumah petang semalam.
Tak lupa juga sumbangan buah buahan segar dari
Selepas subuh sya bersama ayong operasi mengambil perkakasan dapur di rumah teluk, sbb barangan dapur sya tak kemaskan pun, cuma berulang ambil perkakasan yang di perlukan.
Jam 8.30 pergi membeli barangan basah di pasaraya tesco bukit tinggi dan pasar tani di sijangkang.
Jam 1000 mula operasi bersihkan ayam, sayur, dan segala awah untuk mengoreng mee hoon, sambil tu sya rebuskan kacang hijau untuk di buat bubur bercampur dengan potongan dadu keledek dan mata ikan (sagu) untuk pencuci mulut, rezeki pencuci mulut
Sil bawak kek lapis masam manis, along dan mama kakak chantik & enariq bawak puding jagung
Masa sibuk sibuk di dapur baru teringgat ada 1daging rusa hutan yang sya dapat dari kawan
terima kasih In bagi daging rusa.
Mil masak kicap daging tu, sangat sedap.
Sya masak gulai ayam cili api campur kentang dan pecal.
Selesai makan tengahari mak teh, mula menggoreng mee hoon di tunjuk ajar oleh along
mak teh akan berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya orang sg besar Insya'Allah pada 2hb Oct ni.
Majlis bermula selepas asar dan berakhir dalam jam 9++ malam. Memang penat tapi sangat puashati.
Oh ya ada sesuatu yang menghiburkan tentang gelagat anak anak
semasa menolong tok (MIL) mencuci ayam
Kakak chantik tanya pada kak ngah
Kak ngah kenapa tanggalkan baju ayam? patutnya kulit ayam tp KC panggil baju ayam.
Tok...tok... mana tangan ayam? ada kaki saje..
hehehehehe.....puas kitaorang ketawa dengan gelagat si KC
Sangat sangat menghiburkan
Gambar adalah tiada, sebab cas beteri kamera lupa nak bawak tertinggal di rumah telok.
Sesungguhnya memori sumbangan dan kerjasama semua adalah terlipat dalam kenangan...
Terima kasih keluarga ku ...terima kasih sangat sangat...... ; )
8 jeJari meNulis:
sya..alhamdulillah..dah selesai semuanya ye..dan dah dok rumah baru,,kalau bulan puasa baru nak pindah..teruk juga kan...
masa2 keramaian macam ni lah.kita perlukan sokongan adik beradik dan sedara mara..bila bekerja sama tu..terasa bertambah erat hubungan kekeluargaan..
Sya...
Alhamdulillah... dah menghuni rumah baru sempena nak raya ni....
(ajaklah kita orang dtg raya nanti...)
Sebut tentang pecal.... wah.. dan dan menjejeh airliur kakcik. :)
slamat menyambut Ramadhan dan beraya di rumah baru
Bila gotong royong bersama keluarga paling bezs. Macam2 cerita keluar.
Macam mana rasa daging rusa tu ek?
isinya ada macam daging lembu ?
Dah buka n3 ni dari siang tadi tapi tak sempat komen.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Lain kali boleh buat yg lebih besar pulak hehehe
alhamdulillah dah selesai
Selamat berRamadhan di rumah baru.
Post a Comment