Sya ,enpakwe dan enariq terus ke HTAR, enariq ada temujanji dengan pakar di Klinik Pediatrik.
Berada di sana hanya beberapa jam
sangat sangat sayu..kenapa?
sumber pakcik google
Ohhh...disana ramai anak anak istimewa yang ada temujanji dengan pakar .
Ada kanak kanak autism, ada yang tidak cukup sempurna, ada yang hyper macam macam ragam dan karenah.
Keletah dan karenah mereka sama seperti anak anak yang normal mereka bermain, mereka berlari, mereka menangis,mereka pemalu, mereka merajuk mereka bergurau senda...
yang membezakan hanyalah bentuk fizikal mereka.
Dan sya juga melihat kasihsayang ,kelembutan dan kesabaran ibubapa dan penjaga yang terpilih ini melayan karenah dan keletah anak anak istimewa ini.
Tak tahu nak digambarkan bagaimana perasaan sya sebenarnya disana tapi sangat bercampur baur, macam macam rasa ada. Bila kita berada di sekeliling mereka insan yang istimewa ini barulah kita tahu betapa bertuahnya kita.
Namun sifat berdikari dari anak anak istimewa tersebut menjadikan mereka sangat hebat .
Anak anak istimewa adalah antara ahli syurga, jadi menjaga dan mendidik ahli syurga adalah ibadah yang besar pahalanya. Alangkah bertuahnyakan mereka mereka yang terpilih itu.
muka happy dapat gigit paha ibu
Tinggi~ 83
Berat~ 10.5
Ukur lilit~ 43
Berbalik pada enariq, anak lelaki nan seorang chinta hati sya dan keluarga,
Kesimpulan dari perjumpaan tadi kes enariq telah dirujuk kepada pakar pembedahan
dan akan bertemujanji lagi pada 6hb Julai ni mungkin kena oprate tang
ntahlah tak tahu lagi keputusan daripada kes enariq.
Apa yang terbaik, itu yang kami akan buat untuk enariq ni..... ; )
12 jeJari meNulis:
Assalamualaikum SAyangsayang Ibu
moga Allah mempermudakan enariq dlm kehidupanya
Wassalam
Atuk
----
Insya'Allah mudah mudahan begitulah.
sya..
semuga enariq kembali pulih spt biasa... amin..
salam...dugaan ini pelbagai caranya...hanya Allah Yang Maha Mengetahui :-)
aKAK
----
Doc kata normal, dulu risau jugak
sbb tu refer ke hospital
Shahrom
-------
Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Mendapat dan menjaga anak2 istimewa satu ujian dari Allah. Tak semua org boleh lakukan dgn jaya.
Semoga enariq membesar dgn sihat.
YB
---
Sya baru balik dari sana
YB melawat disin ghupanya..
moga begitulah hendaknya
membesar sebagai johan..
enariq suka main bola sepak..
Salam..
kakcik juga turut medoakan agar apa jua masalah yang kalian hadapi akan segera berakhir. Insya Allah. :)
Allah hanya akan menguji insannya yang layak. Semoga dipermudahkan urusan ke atas enariq. Insyaallah..
moga dipermudahkan, salm ziarah di hari Jumaat :)
Terserlah naluri keibuannya.....
kakcikseroja
--------------
w.salam, terima kasih bertandang,Insya'Allah semoga berakhir dengan abik, doc kata normal cuma sya risau aje anak bujang nan sorang.
Yasminhamid
------------
Permulaan dalam hidup, ujian yang mungkil kecil sbb ada orang lain lagi yang lebih besar ujianya.
Mak Su
------
Amin...doa dihari Jumaat
TQ maksu :)
ckLah
-----
Semua ibu ibu mesti rasa tersentuh bila dikeliling oleh insan insan yg istimewa ni
Post a Comment