Monday, May 31, 2010 By: kasihibu

Menyambut orang baru

Minggu lepas adalah minggu menanti ahli keluarga baru bagi along dan bang long serta Aidil dan adik Ijoy dan kami semua.
Sebelum ni along pernah keguguran sebanyak 3 kali, tp bukan keguguran awal awal bulan.Keguguran yang dah cukup sifat kira 4bulan keatas.

Takdir bagi keluarga along, dan sungguh besar ganjaran untuk along dan bang long ada 3 orang anak anak lelakinya menunggu di pintu syurga....

Umur along sudah 41 tahun, dia pun tak menyangka akan dikurniakan lagi rezeki di usia sekarang
Alhamdulillah..semuanya selamat, mungkin baby Muhammad mendengar kata mak lang...
Bb....keluar ikut pintu jangan ikut tingkap, lahir esok ye,kami semua sayang pada baby.... (",)

Nota tu sya tulis di kad jambangan bunga maksu bagi pada along hari Jumaat petang tu.
Ini gambar gambar masa di hospital, anak anak semua sya tinggalkan di rumah along di Pantai dalam, mak teh yang tolong jaga dioarang.
H1N1 kan..takutlah nak bawak ke sepital..

Muhammad lahir pada Sabtu malam tu jam lebih kurang 9++ kot..tak dapat detail lagi,
tengahari tu along dah masuk ubat untuk buka laluan, jam 7.30 masuk LB.

Alhamdulillah...semua selamat
Semalam along dah keluar ward, tp baby Muhammad masih di tahan sebab juandice
Harap harap baby Muhammad akan cepat sembuh..kuatkan semangat
Jadinya plan nak melawat baby semalam dah terbatal, sebab tidak dibenarkan dekat dengan baby kecuali ibu n ayahnya saja.
Baby di khabarkan berada di bawah lampu apa tah yang warna biru tu
Nama baby tu belum ada lagi, sbb tu sya tulis Muhammad aje, sebab dah pastinya tak akan tinggal nama pertama tu.




 Jambangan bunga dan buah buahan
yang ada nota supaya baby lahir hari sabtu . ;p


tak berani nak ambik gambar bebanyak.........gambar baby ada dalam mms, tp tak ada cable nak bawak keluar
nanti nanti kita jamu mata dengan baby baru ye.... ;o

4 jeJari meNulis:

Izza - Jiejah said...

TAHNIAH dpt anak buah baru ,,,sedapppppnya bau bebi hehehe

Dr Singa said...

meh mms kat kita .. :)
dulu-dulu orang selalu 'pendekkan' Muhammad jadik Mohd..
hilang maknanya...
.
tahniah jugak buat Along!

Ibu n Abah said...

Sya..
selamat menyambut kelahiran ahli baru dalam keluarga sya... Tahniah...

kasihibu said...

mommy
terima kasih...
bilo lagi nak bau baby baru? baby adam dah masyam budak budak...hehehehe ;p

Doc:
no tifun tak ado nak mms camne?
nak tengok gak miscal kita 0172185627
hehehe ;p

Akak..
t.kasih....
nampak gaya buat masa ni setiap tahun ayah dan mak sya terima cucu
tahun depan giliran siapalah pulak... ;p