Monday, May 24, 2010 By: kasihibu

ADAMAYA siri akhir . .... ;p

Kisah yang nak disambung ni ialah, si sinchan  opssss  anak dara si ayong

Kesian sangat Ayong, dia dah jatuh dalam bilik air, tak tahu jatuhnya macamana
tapi kepala sebelah kiri ada benjol benjol

Ayong masuk bilik air dengan si kakak chantik, nak mandi dah petangkan
Sampai berlari si kakak chantik bagitahu sya ayong jatuh dalam bilik air

Sangat suspen sebab tak dengar bunyi nagis nangis
Sya berlari ke bilik air tengok ayong terbaring, ingatkan pengsan,
tp rupanya dia tahan sakit sambil pegang kepala...huhuhu..sangat risau dan kesian : (

Malam tu ayong mengadu sakit kepala dan pening, sya ambik ubat sapu dekat kepala ayong dan gosok gosok benjol tu
Masa tidur pun dia merenggek kata sakit kepala, sya pun bangunlah usap usap kepala dia, picit picit letak minyak
Pagi tu masa sarapan dia mengadu sakit kepala lagi dan susah nak mengunyah makanan sangat sakit masa menggigit makanan dan menelan

Sya pun tak senang hati takut apa apa kan, tp asas kalau terantuk kepala ni jadi serius kalau muntah muntah atau pengsan atau anak mata  terlari  terkalih errpppp DOCIBU AUUMMMM.... betul kan simton2 nih jd tahap serius?

Sya pun telefon acip nurse cakap pasal nih..sangat sangat risau, sampai malam tu sya tido lepas gosok ayong, mimpi ayong meninggal dunia... sobb..sobb...sangat sedih ni....: ( : (


Acip ( panggilan manja untuk ) makcik bagitahu
Acip: Alang teruk ke ayong jatuh
Sya: Entahlah tp dia kata kepala dia pening dari malam tadi pastu nak mengunyah sakit
Acip: Nanti bawak terus di ke sepital ke klinik ke tau, nanti bagitahu acip macamana dan doktor kata apa
Sya: Ok...jangan risau w/pun sebenarnya sya lagi risau.

Jadinya sampai di TPG dalam jam 3.30 kami pun terus g keklinik untuk buat pemeriksaan lanjut.
Dok: Jam berapa anak u jatuh?
Sya: Dalam jam 6.30 kot, tak pastilah dok
Dok: Ok, gini u kena pantau dia dalam masa 24hrs dari masa dia jatuh, kalau ada muntah2, atau pengsan atau apa saja tindakbalas, u bawak jumpa doktor.


Lepas dapat ubat ubatan tu, barulah kami balik ke rumah


Alhamdulillah...sampai hari ni tak ada kesan kesan yang menunjukkan seriusnya ayong terjatuh tu

Ayong lepas ni tolonglah berhati hati ye..risau ibu..
ibu sayang sangat ayong tau...
Semoga hari ni ayong dapat menjawab peperiksaan dengan baik
Ayongkan target yang terbaik...sayang ayong...xoxo

9 jeJari meNulis:

Pok Li said...

Memang menakutkan kalau jatuh dibilik air. Tambahan pulak kalau dah berusia. Macam-macam cerita kita dengar. Kerana itu jika saya masuk bilik air saya lebih suka pakai terompah dari selipar yang licin tu.

Yasminhamid said...

kesian dia... kesan hentakan tu buat dia rasa sakit lagi kot...syukur tak ada apa2.

Yunus Badawi said...

Eja selalu menonton Shin Chan ya? Anak2 saya pun suka juga.

Yunus Badawi said...

Kesiannya dia. Semoga dia cepat sembuh. Nasib tak muntah atau pitam. Doktor beritahu saya masa Adam jatuh tahun lepas, kalau muntah atau pengsan/pitam itu tandanya serius bahagian dalam.

Ibu n Abah said...

sya..
kalau anak jatuh terhentak kepala begitu memanglah kita sebagai ibu akan merasa takut dan risau sekali. Cubalah tanya pada doktor kenapa sampai nak mengunyah pun sakit.... Muga2 tidaklah sampai muntah2.. kena pantau untuk hilangkan kerisauan...

Acik Erna said...

salam sayang ibu..nasib ayong tak apa2kan..alhamdulillah..

atuk said...

Assalamualaikum Sayang ibu

Alhamdulillah
selamat si Ayong

Wassalam

rynas said...

isskk..bahaya tau kalau jatuh bilik air tambah2 kita ni perempuan. mg dia cepat sembuh yer..tapi pergi klinik jg yer check

kasihibu said...

Pok Li
sangat sangat menakutkan, pakai terompah kletak..keletuk..
teringgat terompah arwah atok...Al-Fatihah buat arwah.

Yasmin
Itulah syukur tak ada apa apa yg serius

YB
Itulah memang dipantau sangat lepas tu takut ada tanda tanda serius pasal jatuh dan melibatkan kepala

YB Lagi
Sinchan tu nakal umur kanak kanak, tp watak lelaki dewasa.. ;o

Akak
Ye..sangat sangat dipantau
dan doc kata tiada kesan sampingan, kalau ikutkan hati mahu saja bawak scan terus.

Kak Erna
Alhamdulillah...

Rynas
Bahaya kalau yang jatuh tu adalah kepala ,kesan hentakan tu kita tak nampak..tp Alhamdulillah tak ada apa apa sampai hari ini, dia pun dah tak mengadu sakit kepala lagi.