Monday, May 24, 2010 By: kasihibu

ADAMAYA siri 1... ; )

 
Opss.....drama bersiri pulak... ;p

Ceritanya gini....
Hari sabtu pagi kami sekeluarga balik ke Perasing Jaya Kuantan/ Kemaman ,
Sbb melawat abah kena strok  sebelah kiri, sebelum tu abah kena sengat tebuan tanah dalam 
10 ekor jugak , bak kata doktor tu, kalau ikutkan biasa dah jadi kes maut , tp Alhamdulillah...

Kami gerak dalam jam 10++ pagi tak silap, sampai di Jaya Gading jam 3.00 petang singgah makan dulu sebab tersangat lapar kami anak beranak
Sepanjang perjalanan adalah hujan saja, jadi nak berenti makan pun malas nak keluar kereta.

Bila hujan mata pun mengantuk
Jadi dah sah sah orang tu siapa lagi kalau tak sya, tidur dan tidur
Dan macam biasa bila termengantuk sesangat tu, cakap pun tak tentu butir, macam merapu sekepundeng sajo… kesian enpakwe…

Lepas makan kami pun sambung perjalanan, dan macam biasa enpakwe bila dah makan dan kenyang mata dia pun ngantuk lah macam ular sawo
Sya kata biar sya yang bawak kereta , tp dia kata masih ok lagi
Sudahnya sya layan borak borak sajalah.

Berbalik pada kisah abah, sangat sedih masa dia cakap  pasal masa di wad tak ada orang  yang melawat, anak anak terutamanya…: ( : (

Tak tahu kenapa abah sangat sensitive, mungkin sebab factor usia dah meningkatkan..
Sedih  sesangat..
Tp kami ni dapat tahu pun masa abah dah keluar wad, baru kami dimaklumkan

Itu pun abah tak bagi enpakwe datang melawat, sebab  abah kata bulan ni kami dah travel ke utara 2 x, dan dia faham keadaan kami.

Tapi bila seorang anak dah tahu keadaan orang tuanya hati mana yang nak senang diam kan?
Jadi kami pun pergilah dayakan juga kesana untuk puaskan hati , ialah orang tua ni...........
memang dia kata dah sihat, tak ada apa apa pun, jangan risaulah..segala untuk sedapkan hati anak,
Tp sebenarnya mereka memang mengharap kehadiran anak2 cucu melawat dan bertanya khabar.

Keadaan abah? masih boleh berjalan lagi tapi lemahlah , dan kadang abah kata tak terasa bila memegang benda benda, dan tidak kuat untuk mengangkat barang barang berat, tp yang merisaukan abah masih membawa kenderaan tak kisahlah motor ke kereta, takut jugak kalau jadi apa apa kan.. minta dijauhkan.. 

Sebabkan hari ni anak anak ada exam, jadinya pagi semalam lepas sarapan pagi jam 8++ dan  makan tengahari dalam jam 10++ awal tui.. barulah kami gerak balik.

Dalam jam 1130 kami gerak balik ke TPG dan sampai jam 4.00  petang.
Enpakwe singgah di drive trhu endonald di USJ masa tu jam beberapa minit nak kul 3.00 untuk beli set lunch double2 tu 4 set rabak enRM45++



Cerita 2 akan menyusul petang sikit kot..
Itu pun kalau sompek  hahahaha....bahasa Malaysia eh adolah........ S.E.M.P.A.T ;p




6 jeJari meNulis:

Kauthar said...

saya doakan abah akak cepat sembuh ye..

Rozali said...

Assalamualaikum Sayang Ibu

moga copek sembuh ayah tu
supaya dapat beribadat dgn sempurna

Wassalam

DrSinga said...

ok kan abah..???
kena selalu buat fisio..
hope everything turns out olrite!!
:)

sayangsayangibu said...

Kauthar
Terima kasih..harap harap macam tu lah...

W.salam atok
terima kasih, kami pun mengharap agar abah copek sembuh, sekarang ni abah masih boleh sembahyang berdiri lagi, tp kadang dia kata macam tak terasa pegang barang barang.

Doc
buat masa ni abah masih boleh berjalan, tp lemahlah kan, dan kadang dia tak terasa barang2 yg dia pegang.
harap harap begitulah..

alfa juliet said...

org tua memang cepat sensitif...dia ckp kat mulut lain, tapi hati dia ckp lain...

sayangsayangibu said...

Alfa
memangkan..macam tulah bila kita dah berumur gitu nanti...
itulah namanya putaran...