Sunday, April 18, 2010 By: kasihibu

Bagaiman cara kita?

 
 SUASANA pilu apabila isteri Allahyarham Abdillah Murad Md. Shari (Acik Spin), 
H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof sambil memangku anak bongsunya,
Putri Nursumaiyyah, 10 bulan menatap wajah suaminya buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Seremban, 18 April . - Utusan/MD.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 
Sangat sedih melihat babak ini, boleh ke aku gunakan "babak" tu
rasanya boleh kot?

Ini adalah sebahagian daripada perjalanan hidup kita, bak kata enpakwe, di akhirat nanti akan ditayang sebabak demi sebabak watak yang telah kita lakukan semasa hidup di dunia ini.

Bagaimanakah cara kita, dimana, dan apakah suasananya kita apabila telah tiba detik saat nyawa di tarik daripada badan?
apakah bahagian kita....semuanya bermain di benak fikiran.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hari ni, selepas sarapan pagi aku telah menelan 2 butir ubat selsema, sebabkan menelan ubat tu jadinya mata adalah sangat mengantuk dan kepala adalah sangat wenggg...

Kesian enpakwe dan anak anak dara tolong menjaga si enariq yang tak pernah nak duduk diam, asyik meneroka setiap inci ruang di rumah tu. 

Memang penangan ubat tu, sangatlah mengantuk .Hari ni ada jemputan kenduri khawin anak ahli PPK di Batu 10 nih, tp aku adalah tidak larat untuk bergerak kemana mana, jadinya hanya enpakwe saja yang pergi menghadiri majlis tu, aku dah mintak ayong temankan ayah ke majlis tu, tp dia tak mahu pulak.

Mungkin jugak penangan pelalian H1N1 yang rela aku ambil 
terpaksa gagahkan diri dan semangat untuk mendapatkan pelalian tu sangat sengal di bahu dan terpaksa menanggung kesengalan tu selama beberapa hari dan badan adalah sakit sakit serta selsema dan pening kepala

Ceritanya kisah ini adalah, disebabkan oleh tidur yang melampau lampau, 
aku telah bermimpi
sangat sedih mimpi tu
rasa macam sangat betul saja,
nak tahu apa yang aku mimpikan?
 v 
v
v
v
v
v
 v 


enpakwe dan aku tidak sehaluan dan telah membawa diri masing masing
ohh.....tidaakkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!

walaupun hanya mimpi tapi sangat berkesan dihati aku ni.

notas:enpakwe, sya sayang dan cinta enpakwe, walaupun lidah kita sering tergigit tp, itu adalah asam garam dalam kehidupan berumahtangga...
aku tidak sanggup kehilangan mu enpakwe :(  :(  :(  :(







7 jeJari meNulis:

rynas said...

huhuhu..sedihnya. bagaimanalah isteri arwah menghadapinya. harap dia tabah...tak tahulah dugaan kita ni mcm mana pulak. harap2 dijauhkanlah drp semua dugaan yg kita sendiri tidak tabah untuk melaluinya Amin.

Dr Singa said...

rasa 'kebal' kan lepas kena injet??!!!
hehehe...
'meh..meh..bersin depan aku pun aku tak kisah!!!' hehehe...

CRAZYBEAUTIFUL88 said...

Al-fatihah

kasihibu said...

rynas
betul tu, sangat sedih,sebak tp itulah
putaran hidup manusia dan setiap yang hidup
tidak menanti walau sesaat untuk nyawa dilepaskan daripada badan
Al fatihah untuk mereka yang telah tiada.

kasihibu said...

Doc
aaccchhhuuummmmmmmmmmmm.........
snifff..sniff

sya nak mc?seminggu boleh?
tak dapat seminggu 2 hari pun tak pe ;p

tunbegia said...

Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return, alfatiha

salamm,

kasihibu said...

salam tunbegia
setiap urusan dariNya tidak lalai walaupun sesaat detiknya

salam perkenalan dari sya..