Friday, January 1, 2010 By: kasihibu

Teringgat kembali...

Sambung en3 baru kerana aku teringgat sesuatu yang memang aku ingin kongsi

lepas aku selesai tulis en3 pertama td, aku masuk link si budak kecik, terjumpa link hamba Allah yang bertuah ni

Buat aku teringgat kepada seorang muaalaf cina yang aku pernah  bantu kalau tak silap tahun 2005, masa tu aku sedang bertugas tiba tiba ada seorang lelaki cina datang dan memberi salam, rupa rupanya beliau telah kecurian.
Beliau hendak balik ke P.Pinang, datang ke Shah Alam untuk  majlis agama, semasa beliau hendak balik baru tersedar masalah kecurian tu, pastu aku ada beri beberapa Rm sebagai tambang dan perbelanjaan beliau untuk menampung perbelanjaan dan cadangkan juga supaya beliau ke pihak Baitulmal atau ke Masjid S.Alam berurusan dengan pihak tertentu memohon bantuan.

Setelah beberapa hari aku terima panggilan telefon dari  beliau,maklumkan bahawa beliau telah selamat sampai ke kampung di P.Pinang, dan minta no akaun mengganti duit yg tidak seberapa yg aku berikan padanya .Aku kata itu adalah sedekah saja, dan itu adalah rezeki yang Allah beri untuk dia.

Apa yang aku nak tulis sekarang adalah, tiba tiba saja selepas aku masuk ke link hamba yang bertuah tu, aku teringgat pada mualaf tersebut

Bagaimana beliau sekarang ye?
semoga beliau mendapat segala yang terbaik daripadaNya yang Esa

0 jeJari meNulis: