Aku dan enpakwe adalah berhajat untuk menghantar ayah dan bonda menunaikan haji ke Mekkah, sebelum kami suami isteri menjadi tetamu Allah di sana pada umur seawal 40-an dan itu adalah hajat enpakwe suarakan pada aku seawal perkahwinan kami dulu.
Doakan ye semoga hajat kami dan pastinya hajat utama ayahbonda untuk menjejaki kaki ke sana terlaksana........
Kalau ikutkan aku dan enpakwe mendaftar nama ayahbonda semasa masa mula sekali buka akaun tabunghaji Nur Atika anak dara aku yang 2nd tu pada usia dia sebulan,mmmmm dalam pantang lagi tu.....Maknanya sekarang penantian untuk giliran tu dah berusia 8 tahun dah
harap harap adalah rezeki ayahbonda untuk kesana.
Semoga tahun ini mereka akan mendapat rezeki untuk kesana.
Amin....
0 jeJari meNulis:
Post a Comment