Sunday, July 21, 2013 By: kasihibu

SEMOGA DIPERMUDAHKAN WAHAI ANAK.....

Jam 3.00 petang ++ enpakwe gerak balik dari sini hantar anak anak dara balik ke asrama 

Lama sungguh anak anak tak balik di Jarom nih
dari awal persekolahan hingga ke bulan July ni,lama sungguhkan?

sebab apa kalau minggu diaorang balik kalau kami tak balik di sbn di rumah tok, kami balik di rumah tmn desa putri bahau,tak pun balik rumah hj atok dan hjh uwa

jumaat lps enpkwe yang jemput mereka sbb ada perjumpaan dgn guru kelas t.tangan rekod kad mereka
Si ayong semesta ni dia punya prestasi
memang tak tahulah nak kata apa
memang sya risau sedih bukan nak salahkan ayong pun ,sebab sya yang rasa bersalah tidak dapat membantu,tak dapat berada di sisi dia setiap hari sebagai pendorong penguat semangat semasa dia ulangkaji

berbalik pada prestasi ayong dia cuma dapat 1A dan 4B, yang lain B cuma matematik ayong dapat A

Ayong akan periksa percubaan bermula esok hari...
Sebelum balik tadi,masa salam peluk cium hanya ingatan dan kata kata semangat yang dapat sya bekalkan

Ayong sayang.....
semoga esok ayong akan dapat hadapi dengan tenang
semoga ayong berjaya menjawap ujian penilaian tu
Ibu dan ayah cuma mampu mendoakan agar ayong berjaya semuanya demi masa depan ayong

Sya tak marah atau mendesak pun cuma sya berpesan agar ayong dapat meningkatkan prestasi ayong

Sya faham ayong pun sedikit tertekan sejak dia melihat senarai nama pelajar yang di jangka mendapat 5 A masa perjumpaan dengan guru guru awal tahun ni dulu dan nama ayong adalah antara pelajar yang tersenarai juga.

Maafkan ayah dan ibu kerana tidak dapat sentiasa berada disisi anak anak....
inilah perasaan yang perit untuk ditanggung sepanjang masa membesar dan memelihara ayong dan k.ngah : (
Apapun kami tetap sayang dan mengingati serta merindui kalian

Sya dan enpkwe dah bercadang akan bercuti 10 Sept ni semasa UPSR dan akan berada di sekolah setiap pagi UPSR tu untuk berjumpa memberi dorongan dan semangat pada ayong dan rakan rakan seasrama dia
Semoga anak anak ini akan berjaya Insya'ALLAH.....


Sent from Samsung Mobile

6 jeJari meNulis:

Marina Monroe @Nanie said...

Memang gitulah perasaan ibu terhadap anak2.

Mohon pada Allah perkuatkan semangat Ayong dan moga Ayong dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

kasihibu said...

Mama
-------
terima kasih..inysa'allah
Mama bertandang berpagian betul ni,lambatnya tidur kalau mak sya awal lagi dia dah lena.
Selamat berpuasa......(",)

azieazah said...

Ada ketika kita akan rasa lemah sekejap. Tapi itu bukan alasan untuk merasa putus asa. Cemerlang tu ada graf turun naiknya.

Jangan rasa bersalah atau tertekan. Prestasi akan boleh naik dgn kegigihan yang konsisten.

All the best to AYONG!

pena rozie said...

Semoga berjaya.....

Ibu n Abah said...

Sya..
Semuga ayong lebih seronok sewaktu sya menunggu dia waktu UPSR...

Khai♥Rin : anies said...

kalu naik je selalu prestasinya, takut2 kita jd sombong or bongkak...
x pe ayong...cuba lg..all the best!