Monday, December 3, 2012 By: kasih ibu jua

KITA CERITA SATU PERSATU YE... SIRI-3 (,")


Selepas subuh hehehe..
sesudah subuhlah konon padahal gerak dari Jenjarom adalah jam 9.00 pagi gitu (,")
 sabtu tu sya mulakan perjalanan ke Utara 

untuk bercuti cutian sempena cuti sekolah dan juga sebagai 
 hadian dan sokongan penghargaan kepada anak anak 

Sebelum tu kami singgah bersarapan pagi di kantin HTAR Klang
Ha...kau...tak pasal pasal bersarapan di kantin hospital Klang pagi tu (,")
Ini semua pasal kes malas nak bertempiaran dengan karenah anak anak kecik
 kalau bersarapan dekat tempat yang di tepi tepi jalan takut tak terkawal 

cantik kan? menakjubkan kuasa Allah sebelah hujan gelap ,
 sebelah lagi terang benderang 

Sampai di Utara dalam jam lebih kurang 3 petang++ macam tu,
 mula mula singgah dulu ke rumah kenduri kahwin rakan sekerja   
gambar tu dalam galaxy enpakwe, sbb telefon sya dah habis bateri kaedahnya

Lepas tu kami bergerak ke Pulau Pinang untuk bawak anak anak 
berjalan jalan  dan naik ferri kononnya
tapi di sebabkan hujan sepanjang perjalanan  tak jadilah  hasrat sya untuk menaiki ferry
sebab ombak di laut sangat menakutkan...huhuhu... tak sanggup 
nak dapat pening kepala free dan bimbang keselamatan jugak  

sessi menjamu selera(,")

menghala balik ke SP tu kami singgah  makan di Sg Dua
 mula mula cadang  nak makan mee udang
lepas tu tak jadi kami singgah di restoren apa entah lah sya tak perasan
tapi di antara stesyen petronas Esso tak silap
memang berbaloi baloi makan di situ
sedap dan nampak macam mewah tapi sebenarnya tidak lah mahal sangat
 dan berbaloi baloi

Dalam perjalanan kami bersaing dengan exora angry bird nih..
seronok anak anak dan tentulah kecoh jadinya heheheheh..(,")
sampaikan pemilik dan penumpang kereta tu senyum dan melambai2 pd budak budak nih


si kecik berdua leka mandi 
di anak sungai depan rumah toknek diorang (,")

Sampai di rumah tok di Sg Petani lebih kurang jam 9.00 malam ++ macam tu
anak anak   masing masing  dah penat penat dan dah terlena dengan jayamya
Makanya lepas drop segala barang berborak borak dengan saudara mara yang ada 
Barulah sya tidur lolap lolap sebab kepenatan sepanjang hari di atas jalanraya kaedahnya.

Bangun pagi selepas sarapan semua ,
mulalah aktiviti si kecik berdua ni berendam di anak sungai depan rumah toknek diorang
jenuh suruh naik sebab lama betul diorang main mandi manda di sungai tu, 
diorang naik sebab apa tau, tu ada pokok keladi tu kan?

abang ariq main main daun keladi tu
 lepas tu diorang berdua dah gatal gatal badan
hahahaha.....rasakan ye anak anak 
nak sangat jadi lasak di kampung rasakan semua tu (,")

Ok..lah nanti kita sambung semula yep..(,")

7 jeJari meNulis:

atuk said...

Assalamualaikum

si Ariq bila besar nanti ...malu dia tenguk gambar ni...he he

Dr Singa said...

kawan wassap saya!!

mana seluau!!??

ibuintan said...

bestnye Sya... depan umah ada sungai, mesti best berendam dalam sungai tu

kasihibu said...

atuk
------
w.salam..sya dah pakaikan dia seluar pendek tp dia buang kata abang tak nak pakai seluar
sya tengok diorang pulak teringgat masa kekecik dulu

kasihibu said...

doc
----
hahaha....dah buang x muo x best nak berendam(,")

kasihibu said...

ibuintan
----------
ada anak sungai ada perigi jugak...sya suka mandi telaga sejuk!!!

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Best nye berjalan-jalan akak. Seronok anak-anak main air.