Sambung cerita yang ini
Dari Bertam kami terus balik ke arah selatan, tapi sampai di teluk intan dalam jam 1 pagi lelebih,
konon nak tidur di teluk intan tapi boleh pulak sesat barat,
penat dah dok pusing pusing boleh tak jumpa rumah adik ipar enpakwe,
diorang pun tak angkat telefon dah penat sangat beraya di siang hari
sampai tak dengar bunyi telefon,
lepas tu memula kami nak tidur di hotel saja,
tapi sya kata tak apa sya boleh lagi memandu
Bincang bincang dengan enpakwe jadi nya kami terus nak balik ke Jarom saja
Sementara nak sampai di Jarom, entah berapa kali sya berhenti di tepi jalan sebab mengantuk sesangat, sya bawak kereta 20kmj macam kura kura dah gayanya(,")
hehehehe..bila di ingatkan balik memang kerja gila betul, kereta auto bawak selaju itu (,")
Disebabkan berpagi pagian dan tak banyak kereta lain dalam perjalanan kan macam tu lah gayanya.
Akhirnya selepas berhenti solat subuh di masjid jalan kapar , barulah enpakwe menyambung perjalanan untuk balik ke Jarom
Sampai di kedai sya beli makanan banyak banyak untuk anak anak alas perut sementara kami nak tidur seselesa mungkin sebelum meneruskan perjalanan untuk balik ke kampung sya pulak.
Sementara lalu kawasan seremban tu sya pun teringin nak ke rumah acik erna di TTJ, dah lama kami nak singgah dan berjumpa asyiklah tak sempat
selembut wajahnya acik erna ni tau(,")
Tapi hari tu sya dapatlah menyinggah dan bertemu dengan kak erna sekeluarga.Terima kasih sangat menerima kunjungan sya dan keluarga dan melayan kebisingan suara abang ariq mengamuk
Seterusnya barulah meneruskan perjalanan untuk ke kampug halaman yang terchinta
Sampai di kampung dalam jam 11++ malam masa tu ,
ada beberapa orang saja adik beradik yang belum tidur,
sya menyingkap tudung saji mencari makan menu yang tak ada di utara
nak tahu apa ? nasi impit kuah kacang dan sayur lodeh
tapi................
hampa lah juga sebab tak ado dah habis!!! dan sampai sekarang sya belum berkesempatan untuk makan menu yang sya cari tu
Gayanya dah nak habis syawal pun masih tak ketemuan, kena masak sendirilah gamaknya
Esoknya sessi mengacau penganan / dodol
haji ayah dan hajjah emak kata
perancangan mereka raya korban nanti nak mengacau wajik lah pulak
Hrmm...boleh lah saja, asal ada kerahan tenaga dari orang lelaki gagah perkasa
di dalam keluarga kita yep..(,")
part ni yang best dan di tunggu tunggu (,")
ada sessi mengacau penganan lah pulak (,")
akhir kata
buat semua rakan rakan di alam maya ini
salam syawal yang terindah
daripada anak anak anak dan anak kami berdua
maaf zahir dan batin
eh!!!! raya lagi kan? (,")
22 jeJari meNulis:
sessi mengacau penganan tu yg best tu...hehe
dapat dah jumpa acik erna ya kak, yus tak berkesempatan lagi....
selamat hari raya kak , jom dtg rumah hihihi
PM yg tiap2 bulan balik Seremban nih tak singgah2 lagi rumah Acik Erna...huhu
sedapnya dodol fresh...!!! akak jumpa acik kat umah dia? sungguh la saya rasa jeles. hihihi~
La siannya tak dapat makan lodeh..
Kat utara nasik impit memang makan dengan kuah kacang saja.. tp kat utara kuah kacang biasanya ada daging.
Orang utara tak buat lodeh sebab tak dak tempe kot...
assalam sya..akhirnya bertemu jugak kita kan...
gituler citernya bila rezeki tak tertulis disitu...
jika dah tertulis.. hujan ribut pun dapat jua merasa....
kan????
ada dodol lg?
Yus
----
Memang best masa mula2 tu semua berebut rebut nak kacau,tp bila dah liat gitu nasiblah kerahan tenaga jejaka gagah perkasa
Mommy
---------
Selamat hari raya dik...aduhai dik agenda akk penuh sampai hujung minggu ni..x boleh nak janji;-)
PM
----
Akak dah berapa kali nak pergi x sampai2 nasiblah sampai jugak raya lepas
GB
----
Ia dik...akak suka g cair2 tu....pergh...di tunggu tunggu
Makchaq
----------
Betui...sya tak dapat lg makan gitu ..nasib tak bawak budak hahaha.....
Tp betul kot masa sya duk langkawi dulu jenuh nak cari tempe
Acik erna
-----------
W.salam...tp x dapat nak beramahmesra sangat duk pujuk si bujang nan sorang tu tp abang akak memang peramah orangnya
Akak
-------
Itulah pasal...agaknya akak masak lg best kan hehehe.....;-)
Khairin
---------
X adalah dik...yg akak tinggalkan di rumah mil kejab masa je habis sebab home made kan?
Terima kasih datang umah.. :)
minggu ni dah last raya.. best citer pasal raya.. meriah + happening sangat sangat.. kan..
dalam bulan syawal lagi oklertu.. lama tak tengok orang kacau dodol tau.. dulu arwah jiran akak memang tiap2 tahun kacau dodol..lani akak main upah orang jer kalau nak merasa dodol...
bacapun tadi dah rasa keletihannyer..
Kasihibu..
penganan cair yg tak tahan tengok tu.. dah lamo tak ngaso hehe..
sampai juga rumah Erna ya... saya je yg tak lepas... nanti nak minta dia masak sekali lagi lah hehe...
Jauh sungguh pejalaan.. Alhamdulillah sampai walaupun naik 20km/j aje.. Best mengacau tu..:-)
Seronoknya ada sesi mengacau dodol. Meriah!
Dulu saya tak tau pun apa itu penganan, tapi sejak berkeluarga dgn orang N9, baru lah tau. Sedap!
part kacau dodol mesti best kan..
Post a Comment