Friday, June 8, 2012 By: kasihibu

DAH MULA ADA RASA SEDIH............

Sebelum  pergi kerja tadi sya dah mula menyusun semua barang barang
 yang dah di masuk di dalam beg anak anak dara, 
yang ada ni ber- beg2, ada yang bersangkut sangkut ,
 baju baju sekolah yang dah di iron lah tu

semua sya dah susun di tepi pintu masuk sebab balik kerja petang ni terus masuk ke dalam bonet
sedih tu dah mula terasa, selepas ni sya mula sunyi dan sah sahlah terpandang pandang si anak anak dara dekat rumah ni

Masa taip entry ni pun mata dah mula berkaca : (

sayonara ibu....... 

Ini aktiviti yang sya dan anak anak dara buat semalam,
kisahnya semua ambik bahagian buat kek kek untuk meraikan tok hari ni.
Sya buat kek biasa,lapis dengan blueberri


yang satu ni untuk di beri pada mama yang jaga anak anak kecik sya
sebab hari tu mam ada bagi lauk nak isi bekaslah kiranya ni (,") 

last sekali  buat kek coklat, mula mula nk kukus je, tapi anak anak dara kata sedap lagi bakar,
 makanya  membakarlah sampai jam 10.00 malam untuk 3 buah kek


masa untuk menabur coklat warna warna ni,
 sambil diorang tabur di kek, tabur jugak di dalam mulut
hasil kek warna warni tu, sya akan tunjuk lepas makeover di kedai kek kawasan rumah sya ni
tengahari nanti nak hantar kek tu untuk di solek solek dgn krim ke apa saja
sedikan duitlah saja
sebab sya tak pandai nak letak krim dan hias hias kek ni
Kira boleh lah tu kan?
masa untuk membersihkan bekas adunan kek( ,")




19 jeJari meNulis:

en_me said...

sedih kan nak tinggalkan kampong tuu.. uhhuuu

Kakzakie Purvit said...

Kakak sekarang dah tak sedih bila anak-anak balik asrama Sya. Macam dah ok cuma sunyi bila malam sebab adik pun malam pergi tuisyen..

Anak-anak dara meamng suka buat kek sya. Tunggulah setahun-dua lagi mereka akan buat sendiri macam anak kakak..

gadisBunga™ said...

agak2 semua kedai ke boleh buat makeover kek? menarik la pulak kak...

dear anies said...

alaaa jgn la sedih2...nnt kn jumpa lg ;-)

Kakcik Seroja said...

Begitulah putaran hidup. Semakin anak2 meningkat dewasa, semakin kita rasa sunyi yang nyata.

Kakcik tak pandai buat kek, tapi semalam anak bujang kakcik buat sebiji kek pelangi yang lembut. :)

kasihibu said...

HM
--
sedih sunyi sbb diorang nak balik asrama dah ahad ni, memang sepilah rumah ni :(

kasihibu said...

kakzakie
--------
terasa sunyi sbb kalau berborak bergaduh dgn anak anak dara ni je kak

diorang memang suka menolong di dapur naknya buat perkara yg diorang suka

kasihibu said...

GB
--
kedai kek di taman sejahtera ni, yg bestnya bumiputera terjamin...(,")

kasihibu said...

KhaiRin anies
-------------
terasa sunyi dik..
bila malam lagi terasa kesunyianya

kasihibu said...

kakcik
------
bertuah anak bujang kakcik rajin.

Dr K said...

Itulah agaknya apa yg mak ayah saya rasa masa saya duduk asrama dulu...

mamaijat said...

.....yang kat umah ni pun dah mula ...pantang salah sikit merajuk aje..
...yelah lagi 2 ari nak masuk 'kandang'sementara semula...huk huk huk..

Dinas Aldi said...

Takpa, depa dok asrama untuk kebaikan depa jugak, semua ada jadual tersusun dengan lebih elok lagi.

Seronok la tengok kek tu, gulp! Telan ayaq lioq saya ni, hehe..

kasihibu said...

Dady ziyyad
--------------
Mestilah gitu juga gaya dan perasaan nya

kasihibu said...

Mamaijat
------------
Sama saje gayanya anak2 ni kan?itu yg buat kesian tu

kasihibu said...

Dinas
-------
Haraplah yg terbaik untk mereka berdua

kalau dekat boleh juga mengagih kek tu;-)

Unknown said...

takmo sedih2 lagi yer...huhu

kasihibu said...

Papa mifz
-----------
Hehehe..berpisah berjauhan dgn anak2 lain sedih dan rindunya

Yasminhamid said...

hati ibu...walaupun sekejap sedih dan sayu tetap ada..