Tetiba si KC boleh buat permintaan yang ni
Permintaan yang tak pernah di duga
dan sya sampai sekarang terfikir
macamana permintaan yang macam tu boleh keluar dari mulut comel si KC
sebab masa sya nak taip ni pun sya sebak semula
permintaan yang KC keluarkan tiba tiba
hanya beberapa minit lagi masuk waktu Zohor
Ibu...kalau kakak meninggal, ibu kebumikan kakak dekat sebelah ibu ye..........
sya terkejut sangat terus kata issshh...apa yang kakak cakap ni
enpakwe pandang sya, sya pandang enpakwe
tapi bila akal sya dah tenang, sya kata dengan KC
Insya'Allah...kalau di izinkan Allah ye...
Lepas tu sya dah risau nak balik memandu, takut terjadi perkara yang tak di duga
Alhamdulillah...sebelum Asar sya selamat sampai di sini
dan enpakwe pun dah selamat sampai hantar anak anak balik asrama
dan enpakwe dah selamat sampai di Bahau.
Hanya Allah yang tahu apa yang tersurat dan tersirat kan?
24 jeJari meNulis:
sya... akak pun terkedu!
semuanya ditanganNya
....berdiri bulu roma mamaijat...
semuga semuanya dalam lindungan Illahi...Insyaallah...amin.
ibuintan
--------
sya tak terkata tadi, dah puas ingat pasal apa ,rasa mcm tak ada cerita pasal apa apa pun dgn dia sebelum tu.
mamaijat
--------
KC memang petah bercakap, tapi permintaan dia tu yg macm tu, merisaukan jugak
tanpa disangka
umialya/k.tini
-------------
macam cepumas gitu
sya..budak2 sekarang ni soalan dan permintaanya meang tak terduga
acik erna
---------
itulah sya pun tak pasti dia faham ke tidak permintaan istimewa dia tu
As-salam kasihibu
Tentulah permintaan begitu boleh mengkagetkan kita, malah kita anggap aneh. Tapi tentulah ketara, tersirat di dalamnya rasa kasih mendalam si anak kepada ibunya. Semoga kasihibu sekeluarga sentiasa sihat sejahtera & bahagia selalu!
kalau saya pun terkedu jugak dgn soalan macam ni...
Sya...
setakat ni belum pernah anak akak buat permintaan begitu..
mungkin KC ni dah matang dan dah mula memikirkan hal ini...
jangan dirisaukan... kecerdikan anak2 kita ni bukan boleh kita jangka...
tiba2 nak keluar soalan cepumas.. memang kita akan terkejut juga...
akak doakan semuga segalanya berada di dalam lindungan ALLAH sw.
pak cik Temuk
-------------
membaca komen pakcik membuatkan sya sedih juga, dan tiba tiba teringgatkan emak di kampung
Terima kasih di atas doa, Insya'Allah semoga keluarga kami dipelihara olehNya yang Esa amin..
MP
---
memang tak terjangka dek akal kan?
anak kecil 5 tahun akan bercakap macam tu
Akak
----
sepanjang perjalanan balik tu, dia main lagu ayah dan ibu pada h.phone sya lagu arwah sudirman tu
lepas tu dia tanya sya, ibu kakak sedihlah dengar lagu ni
harap lepas ni tak ada lagi permintaan/soalan cepumas dari anak anak kecik sya yg memang banyak bercakap dan banyak bertanya
terima kasih semoga kita semua di bawah lindungan Nya Yang Esa
Eh..kenapa dia cakap macam tu..risau jugak dibuatnya kan..Saya doakan yang baik2 saja untuk KC & keluarga KasihIbu, semoga dilindungi Allah SWT selalu.
dinas
-----
tak tahulah tiba tiba dia cakap macm tu, mana tak ibu dan ayah terkedu
terima kasih, semoga kita semua di dalam lindunganNya yang Esa.
err..
kalau diajukan soalan macam tu pun memang tak terjawab dah.,.
huhu
Alhamdulillah, itu bukan permintaannya yang terakhir!
KC tu bijak sebenarnya sya... tapi kita sebagai ibu memanglah terkedu..
kalau saya pun, aku terkedu...
Salam kenal kasihibu...budak2 ni bercakap kekadang ikut apa yg terlintas di fikiran je. Kadang2 dia taktau pun perkara tu merunsingkan kita. Kalau akak pun tentu sedih.
dia ada tgk drama kut
yaALLAH... is jugak terkedu.. permintaan si kecil yang suci itu.. huhu
moga2 segalanya dibawah lindungan Allah hendaknya... si kecil yang berjiwa besar tu
ish...kenapa dia ckp mcm tu...sumpah saya membaca ni pun terkedu...
Post a Comment