Monday, December 19, 2011 By: kasihibu

MARI KITA MELAWAT KAWASAN

Sya  jemput enpakwe dan rakan sekerja di LCCT terus  gerak balik ke Rompin
Sebab 2 rakan sekerja dia ada menumpang sama, 
kalau tidak harus balik ke Banting je.
Malam tu hujan sepanjang perjalanan, sampai di kampung jam lebih kurang 1++ pagi.

Pagi hari dalam hujan hujan tu sya berpayung merayau ke belakang rumah 
semata mata nak makan buah rambutan kuning yang baru belajar masak
sebahagian sedang menguning...


cuba teka buah apa ni?

sya  ternampak buah ni dekat rumah jiran sebelah , nampak sangat sedap kan?
Kalau sesiapa yang rajin bolehlah membuat kopi kaw kaw sendiri.

 cuba teka daun apa ni?


dekat belakang rumah mak ada tanam pokok assam gelugur,
sedang banyak pucuk muda tu
sedap buat masak gulai ikan tenggiri campur pucuk gelugur,
atau pun ikan sardin campur pucuk gelugur tu
memang sedap!!!

 sebahagian sedang meranum

 Dibahagian tepi rumah pokok rambutan merah sedang masak memerah,
 sya ada kenangan dengan pokok rambutan ni
masa kecik kecik sampai tingkatan 5, sya panjat pokok rambutan ni
seronok makan buah rambutan di atas pokok
indahnya notalgia tu...
memang sesangat indah.....

cuba sekarang suruh sya panjat tobat.....takut patah pulak dahan pokok tu (,")

sebahagian sedang menguning


Dibelakang rumah ada beberapa pokok langsat dan duku langsat
sedang berbuah lebat dan sedang belajar masak
banyak juga rezeki alam yang ada di sekeliling rumah sya ye?

selama ni kalau musim buah memang jarang ambik tahu
ia lah kalau sekadar balik ke kampung nak makan buah,
 rasanya sya beli saja lagi senang ,bukan sombong tapi rasa macam ,
kos balik kampung dan kos makan buah semata mata macam tak berbaloi


melihat pencuran air hujan




sebabkan masa merayau rayau keliling rumah tu sedang hujan lebat kan...
jadinya pancuran air tu menyebabkan hati sya meronta ronta
 hendak mandi di pancuran air dari atap rumah(,")

Namun di tahankan jugak sebab nanti
anak anak anak dan anak sya mesti nak ikut mandi sama kan?

teringgat masa kekecik dulu, kalau musim hujan ni
kami adik beradik berebut rebut nak mandi di pancuran air hujan tu
seronoknya.....sangat sangat seronok
Lepas tu cabut ubi, mak buat rebus ubi ke, bingka ubi ke..
oh...indahnya sewaktu kecil yek?




nota: disebabkan sya berada di kampunglah pada hari minggu tu, 
menyebabkan sya tidak dapat menghadirkan diri di perjumpaan blogger rumah Dato LF.



22 jeJari meNulis:

atuk said...

Assalamualaikum Sayangibu

kalau datang semalam kat rumah LF
boleh berjumpa...

Wassalam

Ibu n Abah said...

Sya..
Samalah u macam akak jugak..
Akak petik buah kuini atas pokok jugak...
Makan rambutan atas pokok..
Mandi hujan memang terbaek...
Betul2 u ua jadi sangat rindu...

Tiramisu Fatiema said...

sedap rambutan..huhu..lama pulak xmakan...

azieazah said...

Part air ujan kat pancuran tu yg tak tahan tuh.

Rasa nak terus jer pegi tadah kepala kat situ! Syokkkkk....!

KhaiRin said...

teringin nk mkn buah kopi tu tp kt kg da x tnm lg pokok nyer

Zaitun said...

Kalau sya panjat pokok rambutan kak Zai pula suka panjat pokok langsat,buah kegemaran.

Banyak memories indah kalau balik ke kampung kan.

wahida said...

saya tak berapa gemar mkn rambutan, kalau pulasan mmg saya laju...hehe...

Adry@Daun said...

As salam Sya, lama tak leh masuk sini sbb ada malware sblm ni. skrg browser saya kata dh ok..hehe.. Dh musim buah kat Johor ye. Kat sini, bln 5 hingga 7 br blh mkn buahan tmptn.

Zura said...

alahai syok nye ade kampung meriah mcm gitu, zura xde pon pengalaman nk panjat² pokok ke, mkn buah atas pokok ke, jeles ai!!!!

kasihibu said...

atuk
----
w.salam
sya berada di kampung masa tu, kalau dah di kampung nak balik semula, memang malas sesangat.

kasihibu said...

akak
-----
makan atas pokok baru puas kan kak, seronok
mandi hujan dulu dulu tak adalah sakit kepala ke demam, tp sekarang?

kasihibu said...

TF
--
sekarang dah musim, pergi mana mana pun ada je buah tu kan?

kasihibu said...

kak azie
--------
betul tu, bila tengok air turun dari atap tu memang meronta nak tadah kepala

kasihibu said...

kahirin
-------
tak pernah makan buah kopi, lain kali kalau balik memang nak cuba rasa (,")

kasihibu said...

kak zai
-------
sya pun suka panjat pokok langsat memang banyak memori duduk dikampung kan?

kasihibu said...

wahida
------
akak suka rambutan kunig sedap ranggup

kasihibu said...

adry
----
dekat sini sedang musim buah,rompin tu di n.sembilan, bukan rompin johor

kasihibu said...

adry
-----
dekat sana walaupun bukan musim buah tp banyak dari seberang kan? masa sya duduk di langkawi dulu, nak merasa makan buah petik dari pokok masa jabatan pertanian buat jualan buah rambutan, petik sendiri dari pokok tu seronok juga.

kasihibu said...

zura
----
nak ikut jom, hujung bulan ni akak cuti balik rehat rehat di kampung ;p

@cu SaYaNg said...

akak pun tak pegi gathering kat rumah uncle LF ke??

p/s::akak, jom join teka harga kasut kat blog acu :D

Acik Erna said...

sya..tak kesampaian lagi hajat kita nak berjumpa..sebab sya tak datang masa di BBB.
musim buah sekarang ni kan..memang seronok la sya balik kampung.

Cik SHiNJU said...

Dulu2 kat umah arwah aki yun ade gak pokok kopi...skang dah xde... :(