Wednesday, October 12, 2011 By: kasihibu

BELANJA MENGIKUT KEMAMPUAN.


41 belia muflis setiap hari gagal urus kewangan

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Seramai 41 belia Malaysia berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun dianggarkan menjadi muflis setiap hari akibat kurangnya pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan.
Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj berkata, belia merupakan golongan utama menghadapi masalah kewangan dan menjadi muflis berbanding orang dewasa akibat daripada perbelanjaan yang tidak terkawal.

"Antara punca utama adalah kerana urusan sewa beli seperti kereta, rumah dan penggunaan kad kredit.
"Apabila lebih 30 peratus daripada gaji bulanan digunakan untuk membayar hutang, seseorang itu sudah dikira mempunyai masalah kewangan.
"Ini menunjukkan betapa kurangnya kesedaran golongan muda berkaitan pengurusan kewangan mereka dan jika perkara ini dibiarkan, ia akan menjadi lebih teruk," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran program RINGGIT Pertama Saya di sini, hari ini.

Program RINGGIT Pertama Saya adalah kerjasama antara Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna Malaysia (ERA Consumer) dan Citibank Bhd. dalam usaha memupuk kesedaran kanak-kanak berhubung pentingnya pengurusan kewangan.
Program ini melibatkan 400 kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun dari 20 buah tadika di seluruh negara.
Paul menambah, FOMCA menggesa kerajaan untuk memasukkan pendidikan pengurusan kewangan di dalam sistem persekolahan untuk memberi ilmu bersesuaian kepada kanak-kanak.
"Kita harus mendidik generasi akan datang mengenai pentingnya pengurusan kewangan dan usaha ini sebaiknya dimulakan dari peringkat sekolah lagi," ujarnya.


Apa pendapat anda?

8 jeJari meNulis:

~ yus ~ said...

Teringat pada pepatah 'Biar Papa, Asal Bergaya'.

Ramai yang dah terikut tu lah kak..nak nampak bergaya, tapi tak sedar diri sendiri tak mampu sebenarnya kan....

Ukur baju di badan sendiri, baru bahagia hidup, takdelah terbeban dgn hutang kan..

Kakzakie said...

Bimbang bila melihat angka ini Sya. Masih belia dah muflis...

kasihibu said...

YUS
---
pepatah yg di cipta memang ada pengajaranya dan maknaya kan?

di sekeliling org2 yg kita kenali ada masalah macam ni yang merisaukan adalah golongan belia
macamana tu kalau golongan belia ni yg menjadi pemimpin negara kan?

kasihibu said...

kakzakie
--------
angka yg membimbangkan dan melibatkan golongan belia pemaju negara di masa akan datang

OmbakBaik said...

saya antara belia yg perlu sedar dr sekarang tentang pengurusan kewangan kan akak...semakin hari semakin byk benda2 yg teringin nak dimilikinye..kene plan baek2 nih... :D

Dr. Ben said...

kad kredit memang problemo!

Acik Erna said...

sya..memang menakutkan

akuzle said...

abeh, dah kalo dok jln2 kt pasaraya puok3 kad nehlaa dok menyerbu. tak cukup ngan itu, siap2 tipon2 lagik nak bagi kad pree lah bagai. salah rakyat ajer ker?