Dah masuk ramadhan yang ke- 25 kan?
Alhamdulillah sya dan keluarga tidak termasuk Nur atika
masih lagi bertarawih bersama sama walaupun kami hanya buat di rumah saja
maklumlah anak kecik berdua tu, bukan boleh duduk diam barang seminit dua
berjemaah di rumah pun kena ganggu jugak dengan enariq boleh dia kuda kudakan masa kita sedang sujud tu.
Malam tadi ayong ada terasa hati sikit pasal sya tegur dia selepas sembahyang isyak tu,
lepas tu dia terus masuk bilik
sya macam biasalah sambung jemaah bersama enpakwe
lepas tu dalam rakaat ke 16 ayong datang,
ayah nanti kalau nak sembahyang witir bagitahu ayong ye
sya tanya kenapa?
sebab ayong tak pandailah nak baca surah masa witir tu,
tadi dalam bilik ayong sembahyang tarawih sensorang guna buku ni
memang ada buku cara cara dan panduan sembahyang terawih tu serta bacaan surah surahnya
masa tu, sejuk rasa hati sya, ingat nak marah dia sebab merajuk lari masuk bilik bila di tegur, rupa rupa dia sembahyang sendiri.
Itu cerita pasal ayong, sekarang cerita pasal atika pulak
Dia ni tak boleh di tegur kasar kasar, nak tegur dia berlembut
masa hari lahir dia tu sya suruh orang kedai tu tulis dekat kek
" selamat hari lahir Nur Atika anak ibu yang baik...."
Ada petang tu, suruh dia sembahyang asar, dia macam ngelat ngelat sikit lepas tu dia tutup kepala dengan tuala
sya dah geram terus dalam nada gurau
Al-FATIHAH....
Lepas tu Atika terus kata
alaaaa......ibu nih....
haaaa...gelaklah sya dengan si ayong sekali.
Kadang kadang kena bergurau kasar jugak nak mengajar diorang ni kan?
Ada satu lagi cerita pasal anak anak kecik dan anak anak besar
kadang si ayong dan ika ni suka sangat sakat si kakak chantik
sampai nangis nangis KC dibuatnya
Sekali sya dah geram, sya cakap dengan ayong dan ika
Nnati kalau ibu dah meninggal dunia, adik adik kena sakat lagi macam ni,
ibu datang jadi hantu, semata mata nak marahkan ayong dan kak ngah
Nnak tahu apa jadi lepas tu
diorang gelak kan sya
bukan si anak anak je, enpakwe pun gelakkan jugak.
11 jeJari meNulis:
sentap atika ye....hehe...
Kerenah anak-anak selalu membuat kita senyum dan ada kala garu kepala juga kan sya...
mama zara
---------
mana tak nya tetiba ibu baca la fatihah, nasib tak baca yassin
kakzakie
--------
memang pun penghibur suka dan duka
kakzakie
--------
memang pun penghibur suka dan duka
kakzakie
--------
memang pun penghibur suka dan duka
Lain anak, lain perangainya kan :)
kalau boleh jangan sakat dengan hantu/tahyul. Akidah anak2 kita kena didik sis.
Salam Aidilfitri 1432H..Maaf zahir batin..Maaf dipinta andai komen dan pandangan saya sebelum ini telah mengguris perasaan sdri.. Semoga ikatan ukhwah sesame blogger kan semakin erat lagi di Syawal 1432H ini..
selamat hari raya untuk sya sekeluarga...maaf zahir batin
salam kemerdekaan..dan selamat hari raya..moga ceria2 selalu menyambut hari2 yg penting ini..amin
Post a Comment