Wednesday, November 10, 2010 By: kasihibu

KISAH MISTIK

Malam tadi sya tertengok cerita apa tah di tv 9
Lagu tema cerita tu Mayang diulik


Sebenarnya sya nak kongsi cerita yang agak mistik juga
Dan semenjak tu, sya mengakui memang ada makhluk lain ciptaaNya 
yang kita tidak boleh nampak
tetapi
boleh rasa kehadiranya

Ceritanya
Tahun 1999
sumber pakcik google

Lokasi Dungun Terengganu

Suatu petang sya balik ke rumah, diantara rumah tu ada satu laluan untuk ke tangga
Lepas tu sya perasan macam ada satu lintasan HITAM
Sya buat tak tahulah sbb mungkin mainan perasaan

Mungkin tak lama selepas tu sya berada di antara separuh sedar 
Tak pasti punca yang buat sya dirasuk oleh jiwa yang lain dalam badan ni
Kata jiran, masa di alam tidak sedar / separuh sedar tu sya adalah wakil dari salah seorang  keluarga puteri  7 dari pulau tenggol

Pulau tu memang cantik, jernih sesangat, sblm kejadian tu sya pun baru pergi snorkeling di pulau tu.

Nak jadi cerita tujuan puteri tu datang adalah untuk menuntut ‘barang’   yang telah di bawa keluar dari pulau tu oleh satu rombongan dari Kuala Lumpur, dan perlu di pulangkan semula sekurang kurangnya dalam minggu itu jugak.

Makanya pihak pihak yang berkenaan dah menguruskan untuk memulangkan semua karangan laut yg dah dibawa keluar dan tidak boleh tertinggal walaupun satu  supaya dapat di pulangkan semula.

Sehari lepas semua karangan tu di hantar ke pulau tenggol barulah semangat sya dapat dipulihkan sepenuhnya.

Kesimpulan dari pengalaman tu
Jaganlah kita sesenang ambil sesuatu yang menarik dan bukan milik kita
Kita boleh menghargai, menikmati keindahan alam semulajadi tu
Tp jangan sesekali kita cuba miliki
Hendaknya di tempat tempat yang macam tu.

Belajarlah hormati hak orang lain dan sedarlah bahawa makhluk Allah ni ada dalam berbagai2 bentuk.

Nak tahu diorang kata masa sya separa sedar tu, dialek sya adalah sangat pekat sebagai seorang dari pantai timur , dan ada sebahagian dari kata kata tu, orang pantai timur pun tak gunakan dialek tu, maknanya dialek sya berkomunikasi pantai timur lama / kuno

Lama jugak sya tak boleh mendengar lagu ulik mayang tu, sbb kalau sya dengar badan ni jadi semacam tak tahu nak di gambarkan macamana.

Makanya itulah pengalaman paling mistik dalam hidup sya.
Anda pula ada tak pengalaman macam tu? 


15 jeJari meNulis:

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..sy lum [ernah ada pengalaman cenggitu...seramnya...

Yunus Badawi said...

Nasib baca n3 ni siang. Kalau malam Jumaat kena pula tengah duduk sorang2, seram jugak.

Yunus Badawi said...

Anak saya Atikah pernah dirasuk makhluk halus semasa dia belajar di MRSM Trendak. Tempat tu memang keras kata org.

Satu malam tu semasa students tidur lewat kerana nak menghadapi peperiksaan, tiba2 langsir biliknya terselak mcm ditiup angin. Menurut Atikah dia terasa ada sesuatu masuk dlm tubuhnya. Kawan sebilik yg melihat kejadian itu melompat keluar utk mendapatkan pertolongan dari kawan2 di bilik lain. Mata Atikah masa tu dah jadi merah biji saga dan suara dah bertukar.

Alhamdulillah setelah diubatkan, makhluk itu keluar semula.

Rozali said...

Assalamualaikum Sayang Ibu

Alhamdulillah ibu tak apa2

terima kasih kongsi maklumat/pengalaman

Wassalam

Mya Elzara Batrisya said...

Pehhh seram jugak sy baca pengalaman akak nie..


Bila baca post akak nie saya teringat kat anak jiran kat rumah mak saya dulu...

kisah dia lebih kurang mcm akak jugak.. tp salah dia sendiri sbb dia yg ambik batu sungai kat air terjun masa pg berkelah ngan kawan2 dia.

balik dr berkelah dia kena gangguan. sampaikan ader org kampung nampak benda melayang2 atas bumbung umah dia.

benda tue datang sbb nak tuntut batu sungai yg dia ambik tue. teruk jugak budak tue kena hestiria. lepas dia letak semula batu sungai tue kat tempat yg dia ambik baru tak gangguan lagi.

kita kena selalu beringat, bila ader kat tempat orang kena jaga kelaku, tak leh buat benda sebarangan.

ibuintan said...

tak pernah alami, pernah nengok orang dirasuk adalah... takut juga

memang mkhluk halus ini juga wujud

kak Erna said...

salam sya..nasin baik juga sya dah sembuh sepenuhnya..
akak juga ada pengalaman,,memang seperti kata sya..suara kita jugak dah lain..masa tu akak dah kahwin..suami akak kata..rugi tak di rakam kan apa yang akak cakap katanya..

Mak Su said...

maksu penah gi tioman collected kulit2 siput kerang-kerangan kat tepi laut... bila lepak dan terlena sebentar, terus mimpi kena marah dan suruh pulangkan semula barang2 jangan amik satu apa pun..

so maksu immediately pulangkan ke laut kulit2 siput yang cantek2 tu

sayangsayangibu said...

Sahromnasrudin
--------------
Kadang bila kita baca macam tak percaya je kan?
tp itulah kenyataan.

sayangsayangibu said...

YB 1
----
Baca malam jumaat ke..tetengah malam ke
tak kira
mesti ada sedikit seram gak kan?



YB 2
----
Kesian atikah, mesti dia rasa sesangat penat dan nak bersendirian lepas tu, manyak takut..
memang takut
Alhamdulillah atikah pun sembuh sepenuhnya,sbb ada sesetengah orang tak sembuh juga dibuatnya kan?

sayangsayangibu said...

Atuk
----
w.salam
ialah berkongsi apa yg pernah di alami, tp itulah pengalaman paling mistik yg sya alami.

sayangsayangibu said...

Mya
---
Teringgat masa cuti sekolah dulu, kami berkelah di Sg Lembing, memang cantik cantik batu tu, sampaikan akak ingat nak ambik satu bawak balik, tp enpakwe x bagi
macam macam kan? perkara yg nak berlaku memang tak terjangka.

sayangsayangibu said...

ibu
---
tengok pun seram kan?

sayangsayangibu said...

kak erna
--------
agak agak kalau kita tengok balik, mesti nak suka pun ado..
sbb tak percayo ;p

sayangsayangibu said...

maksu
-----
itu yg terbaik..