Monday, July 26, 2010 By: kasihibu

TERUJA KE TAKUT

Enpakwe kata, kita kena masuk rumah tu sebelum puasa,
awal bulan Ogoslah maknanya tu...

Tp..................................


Sya tak bersedia lagi.

Takut pun ada, sebab tak ramai lagi yang berpindah masuk kesana,
kebanyakan rumah masih lagi belum berpenghuni

Tak pasti pun apa perasaan ni
teruja atau takut................


Yang ponting, tak kemas barang lagi
Sebab........................


Tak ada semangat

Rasa macam banyak sangat barang yang hendak di buang
Tapi sangat sayang.
Walaupun barang tu bukanlah apa pun
Cuma himpunan buku, majalah dan koleksi keratan suratkhabar yang menarik,
yang perlu dibaca dan disimpan
Habis camno?

Sesak sendat fikiran rasanya

Boleh bayangkan tak
Sya bagi gambaran sikit sikit ye...

Ada 5-10 kotak adalah buku, buku, majalah majalah dan keratan akhbar tu
Ada 4-5 kotak baju baju yang memang tak mahu dipakai lagi

Apa yang hendak dibuat ye?
Dari Terengganu, bawa ke Langkawi
Dari Langkawi bawa ke S.Alam
Dari S.Alam bawa ke TPG
Dari TPG..................... hendak dibuang sayang, hendak di simpan semak pulak...habis camno?

14 jeJari meNulis:

kakcik said...

Sedekah kepada yang memerlukan dan mana yang tak boleh disedekanh, agak2 taknak lagi.. jual kepada pembeli barangan lusuh atau 'paper lameeeeeee...' :)

Ibu n Abah said...

Sya,
samalah dilema sya dan akak...
suami akak pun jenis suka simpan, sayang nak buang...
desktop dah tak boleh pakai pun dia simpan... tp bila dia tak perasan, akak buangkan ajer... kat rumah kami ada satu bilik jadi setor simpan brg yg tak mahu pakai tapi tak mahu buang....

Sya Annur said...

baju tu, kok rajin n elok lg, sort out, hntar g rmh anak yatim ko, mano ko. buku2, decidela sndiri, jgn buang, jual kek old newspaper. hehehe... kdg2 ado bondo kito kono buang kak

Ibu Sayang said...

Salam Sya,

Kenapa pulak x ada semangat ni...Ibu kalau dapat rumah baru rasa x sabar nak terus duduk je.. heheh

Cara ibu kalau majalah @ buku lama pi hantar klinik-klinik berhampiran. Baju pulak senang ada tempat di belakang Mega Mall Kuantan tempat kumpul baju yg akan di bawa ke tempat2 tertentu.

Yunus Badawi said...

Kalau masih dalam kotak bawa ajelah pindah sekali dan simpan dlm setor. Mana tahu bila2 nak dirujuk di masa depan ada benda tu.

Kami pun dah banyak kali pindah. Banyak barang yg kami buang atau bagi org lain kerana tak pernah bukapun kotak setiap kali pindah. Maknanya barang2 tu tak perlulah sangat.

ayah,ummi, farish said...

biasalah....maya pun sama..kalu bab2 buku, majalah mmg sayang nk buang...sbb bg maya ttp berharga wapun dah lama...takper...kemas sikit2...bawak yg betul2 penting..malajah tu masuk dlm kotak kemas2..boleh bawak nnt

Jiejah @ Iza said...

k.eja
donate jekkk ..saya dulu b4 pindah mmg berkotak² saya dermakan. x sanggup lagi nak angkut sana sini.

aini aziz said...

pn tgh tggu nth bile nak dpt kunci..tunjuk la gmba umah..nak tgk..hahaha

Yasminhamid said...

masa pindah rumah dulu... dalam senyap2 husband buang banyak barang... masa nak kemas kat rumah baru saya perasan.. ada barang yg dah tak ada... redha jer la..

alfa juliet said...

buang ajo barang2 yg bleh dibuang tu sya...kang nak mengemas rumah baru tak lah pening sgt...

kalau ramai yg masih tak pindah, sy nasihatkan jgn pindah lagi..takut2 pencuri terjah time raya nanti,,hehe

penjejak maya said...

salam,

baju yang tak mau pakai tu sedekahkan je..

buku/majalah terkini tu boleh simpan lg..

yg majalah lama2 tu hantar je tempat kitar semula hehe..

sayangsayangibu said...

Kakcik
------
Majalah tu enpakwe yg subscribe PC, majalah berkaitan dgn IT bayangkan dah bertahun, last tahun lepas dah tak langgan dah
Sya cadang nak hantar libry sajo..


Akak
----
Enpakwe memang sayang harta, bayangkan kak masa dia belajar di ITM Segamat dulu, nota nota ke buku ke apa sajalah semua ada lagi, malahan surat chinta dari senior dia pun ado...hahahahahah....


Sya
---
Ada dalam kotak tak pernah keluarkan, kalau keluarkan ghaso sayang pulak, bayangkan yo..anak pempuan 3 orang, baju cantik cantik tak rosak, konon adik boleh pakai tp, si KC pun ado banyak baju sendiri, memang tak sompek nak ngulang baju kakak2 eh..
Nak hantar rumah anak yatim..malu pulak ghaso eh..



Ibu
---
Tak semangat sebab fikirkan pasal mengemas tenago sensorang, yg tolong menyibuk berorang orang..
Boleh hantar di klinik2 ye...


YB
---
samolah kito
ado kotak yang tak pernah dibuka sampai sekarang...nak dibuang sayang nak di simpan macam menyomak pulak.

sayangsayangibu said...

Maya
----
Sayangkan koleksi majalah Keluarga, majalah Citra sangggaaatttt...sayang!!!
masalahnya akak tak mahu ada satu pun kotak di dalam rumah tu, maksudnya kotak yang ada barang yg rasa macam tak mahu disimpan


Mommy adam
----------
Meman tak sanggup nak berhangkutlah nih....
mungkin bila dah diasingkan harus didermakan


aini aziz
---------
rumah biaso saja...


Min
---
Oklah tu dia tolong buangkan, yang akak nih..enpakwe yang terlobih sayang nak buang, habis camno?



alfa juliet said...

Ikutkan hati memang nak buang yo..
tak kuasa nak mengomeh sensorang
alahai dik..nasihat yang menakutkan.. harap haraplah tak ado si maling kek sano



penjejak maya
--------------
w.salam
Pilihan yang lebih baik ialah sedekahkan dari di buangkan?

Rozali said...

Assalamualaikum Sayang Ibu

buat satu bilik perpustakaan

pakaian.. bln puasa ni ramai ustaz yg cari baju terpakai

Wassalam