sumber pakcik google
Dulu masa sekolah suka sangat kalau dapat pergi rumah kawan yang dekat dengan laut...
sangat suka sebab boleh mandi laut, bermain main ditepi pantai, boleh memancing..
sangat seronok..........
sumber pakcik google
Tapi bila lalu di rumah yang dikelilingi sawah padi, menguning saujana mata memandang, teringin pulak nak merasa duduk di rumah yang macam tu, suasana yg damai sejuk.....
sumber pakcik google
Bila lalu di rumah yang berhampiran dengan masjid, dalam hati berkata
bertuah dapat rumah berhampiran masjid nak tinggal sembahyang
Sya selalu bayangkan dan berkata dalam hati, kalaulah dapat rumah dekat masjid, Insya'Allah dengan tulang yang berkerat ni, sya nak pergi bersihkan rumah Allah tu secara sukarela. Itu niat dalam hati, tp takut juga kalau tidak terbuat yelah bila si tanduk menghasut, manusia ni adakalanya tumbang juga dengan hasutan si tanduk tu..jahat betul si tanduk tu kan?
Apa kena mengena en3 ni dengn tajuk ye? heheheheheheheh
Adalah petang esok sya dan enpakwe akan mendapat kunci rumah...........
sumber pakcik google
Akhirnya..........Dapat juga duduk di rumah sendiri.......... ; ) Alhamdulillah....
rumah biasa saja cukuplah untuk kami berteduh,
tidak ada laut, tidak ada sawah dan beberapa km dari Masjid Sg Rambai tu.
Tp tak tahulah berapa lama boleh duduk di sini, andai enpakwe ditukarkan dimana mana, maka jadilah seperti rumah yg di S.Alam dan Bahau tu, rumah ado
Lepas tu duduklah di Qrts yang kerajaan sediakan, macam sekarang...
Lepas ni dah tak digunakan alamat Qrts PPK K.Langat ni lagi.
Bila nak pindah nampak gaya terpaksalah bertungkus lumus mengemas dan membuang apa yg patut dibuang
Tak ada lagi masa nak berjalan jalan di hari cuti
Ada sesiapa nak tolong mengemas dan angkat barang hehehehehehehe...... ; )
14 jeJari meNulis:
Salam Sya..
selamat menduduki rumah baru. Mestinya lebih bahagia di rumah sendiri, kan? :)
salam sya..
akak rasanya dah puas berpindah randah... sampaikan habis rosak sofa dan barang2 letrik... minta2lah inilah perhentian kami yang terakhir sebelum dipindahkan ke'sana' tempat tinggal yg kekal abadi....
Penat tau pindah2. Lepas tu nak mulakan mencari kawan baru... hisssshhhh dah tak larat dah....
Tahniah kak !!!
best duduk rumah sendiri ni ,nanti tepek² gmbr rumah baru tauuu :-D
duk PPK Kuala Langat ke?? ayam kampong cane gemok2 kan..sy pernah pi ldg kat batu laut tue...
sayangsayangibu..akak pindah ni la..yang palin merisaukan..bayangkan pertama kali pindah.selepas 18 tahun..dudok disana..bayangkan teroknya nak mengemas..kemudian pindah lagi..selepas 9 tahun..rasa tak mau pindah2 lagi dah..penat sunggoh pindah2 ni..
yeayyy!!!
boleh raya rumah baru!!!
:)
Salam SaYanGiBu
Alhamdulillah & tahniah bakal masuk rumah baru! Semoga bahagia para penghuninya. Pasti banyak fikirkan perkara2 yg nak dibuat. Insya Allah beres. Kalaulah rumah kita sekarang macam rumah orang dulu-dulu, boleh diusung ramai-ramai pindah tempat ... Ceria selalu!
paling tak larat nak mengemas bila berpiundah. nak keluar satu hal.. dah masuk rumah satu hal lagi.. penat kan??
kampung suami kat perlis betul2 tepi sawah, tapi memang tak menyempat nak berjalan2 di situ..takut org kata jakun pulak..haha
Akhirnya..........
Dapat juga duduk di rumah sendiri.......... ; ) Alhamdulillah....
rumah biasa saja cukuplah untuk kami berteduh,
TAHNIAH KERANA DAPAT DUDUK RUMAH SENDIRI. BOLEHLAH KALAU NAK BUAT TAMBAHAN DSB.
TAPI RUMAH TU ADA ATAP JER KE ? CUKUP UNTUK BERTEDUH SAHAJA ! HEHE
Dah tak larat rasa nak pindah. Harap saya lama di Putrajaya ni
saya nak tolong... Tolong tengok =)
kakcik
------
w.salam
terima kasih,gembira tak terkata tp poning gak nak tambah tolak duit
hehehhe.. ;p
Akak
----
W.salam kak, sebab tu kami limitkan barang perabot rumah, selagi kerja
ni, sbb memang sedia saje berpindah randah ni.
pindah2 adalah sangat bercinto...bab kemasmengemas dan sesuaikan diri kesian jugak anak nakteraksa berpindah sekolah.
mommy adam
----------
malu nak menepek rumah dik..
rumah biaso biaso saja..
shahrom
-------
ayam kampung tak tahulah pulak
sobab tu kawasan batu laut
kak erna
--------
bercinto nak berpindah randah ni kan? sya dah berpindah randah
tahun 2000 dari terengganu ke langkawi
tahun 2002 dari langkawi ke Shah Alam
tahun 2007
dari S.alam ke Kuala Langat.
lepas ni tak tahulah kemana pulak.
aduhai....sangat sangat penat :(
Doc
---
yeehaaa.....boleh lah buat rumah terbuka ;p
Cikgu
------
w.salam
terima kasih kena buat perlahan lahan faktor masa, kewangan kena jaga jugak...
kalau ikutkan hati semua nak di buat.Sya pernah tengok orang usung rumah beramai ramai di kampung masa kecik dulu.
Yasminhamid
-----------
Min
yang tu paling penattttt sesangat.
Alfa juliet
-----------
Rugilah dik tak hayati suasana tu..
buatlah ala la feeling drama Nur kasih.. ;p
Pak Ngah
--------
terima kasih
nasib baik atap dinding segalo dah ado
tp tak samolah dengan kawasan rumah pakngah diatas bulit senawang tu.. ;p
Pok Li
------
Putrajaya ?
sangat dekat dengan K.Langat nih
Sya selalu jugak sampai disana.
Asam pedas
----------
Boleh tolong tengok pun tak apo.. ;p
Post a Comment