Thursday, May 13, 2010 By: kasihibu

KUTUB UTARA DAN KUTUB SELATAN..

Sya orang n9 kan, enpakwe tu orang mana tah, MIL Kedah, FIL Peneng tp enpakwe lahir  dari perut kucing di Kuching membesar merata tempat dah anak askarkan...FIL bersara Peg.Waran tak silap, pastu beli rumah di Taman Jujur dekat Seremban tu.Makanya enpakwe banyak membesar di N9.

Yang nak dicerita ni pasal anak anak dara si ayong dan Ika.
Kadang sya cakap loghat negori dengan anak anak terutama bila sedang marah....
contoh
omak,dogil,maleh nak kawan...etc


Ayong: Ibu nape ibu cakap bahasa negeri?
Ibu: Ibu kan orang nogori, ibu cakaplah nogori..

Ayong: Tp dengan ayah ibu tak cakap negeri pun?
Ibu: Nanti ibu cakap dengan ayah ke anak anak ke..kang kok tak faham..
bila balik kampung ibu cakaplah negori sepueh hati ibu

Ayong: Ibu janganlah cakap negeri, ayong rasa P.E.L.I.K...lah....
Ibu: Pelik...alahai..anak..anak.... (sambil golak yolah....)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Samalah kalau bila dengan tok diorang ke atau balik ke Utara

Kisah - 1

Mak menakan  diorang tu umur tak silap 11 tahun kot, tak perasan pulak.
Diorang main main, lepas tu tetiba mak cik Anisa dia cakap:

Anisa: Kita lapaq ayaq...
Ayong: Lapar ayaq tu apa maksu?

Anisa: Hauslah nak minum ayaq
Ayong : oOoOoOooo....ayaq tu airlah kan...bukan lapar ayaqlah makcik nisa,
tapi dahaga air..nak minum.

Kisah-2

Tuk: Ika...ika...tolong tuk ambik ayaq...
Ika: ayaq tu apa?

Tok: Ayaq tu airlah cucu  bertuah  tok nih.... ( sambil gelak )
Ika: OooOOoOO...air..tok ni..... cakaplah nak air

Itu baru cakap loghat yang mudah mudah tu, buatnya cakap yang memang pure punya loghat harus menganggo kot..tak faham ;o

Kesimpulan yang tersimpul adalah..
Diorng ni orang Utara pun bukan Nogori pun bukan

lahir di Lembah Klang
membesar di Lembah Klang

Tapi sekarang ni duduk di K.Langat diorang sedang menjawakan bahasa dan loghat diorang
Si Kakak Chantik pun sleng dia ada jawajawa sikit dah..

Jd haruslah omak  tak faham...

3 jeJari meNulis:

Rozali said...

Assalamualaikum sayang ibu

kan sekarang dah 1 malaysia

he he ho ho

Wassalam

DrSinga said...

satu malaysia...
tapi tang Jawa tu ??? penangan Langat ek??

sayangsayangibu said...

Rozali
w.salam..
Ialah Malaysia yg 1 dan berbagai kaum didalamnya..


Dr
iolah..penagan Langat nih, ngomongan jawa seh..