Thursday, April 29, 2010 By: kasihibu

Telekong Ajaib dan duit terbang


sumber ehsan pakcik google...

Ibu: Ha.....dua dua tertinggal telekong!!
Sebabkan diorang berdua tu Sekolah Integrasi dari jam 7.40 hingga 4.30 selesai Iqra'
Jadual harian kecuali hari Jumaat  adalah

10 ++  sembahyang Duha
lepas makan tengahari masuk waktu Zohor, sembahyang jemaah pulak di surau.

Tp bila dah 2-2 tinggal telekong, nak sembahyang guna apa?Haruslah bakal di denda nanti.
Sya tidak lah salahkan cikgu dalam bab denda mendenda nih, biar diorang beringat sikit,
tp bila dah kerap kali dalam 3-4  kali jugak tinggal benda yang sama, sah sah omak nih panas hati.

Sya dah sediakan 3 pasang telekong setiap sorang
sepasang untuk sekolah
sepasang lagi untuk rumah
dan sepasang lagi untuk travel kemana mana.

Tp..............
Balik Kuantan, tinggal sepasang di sana
Balik Utara, tinggal lagi sepasang di sana
habis camno?

Teringgat masa kecik kecik dulu, kami adik beradik main kain pelekat ayah atau kain batik mak
ikat di kepala lepas tu, tinggal nampak mato je,
takkan nak buat g2 pulak, untuk gantikan telekong bila sembahyang kot?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tertinggal duit belanja sekolah

Yang ini pun satu lagi
Haruslah ada hari hari memang tak sempat nak bersarapan

Kalau jam dah bunyi, tapi letak bantal di telinga haruslah sambung tidur balik ( anak anaklah tu )
tidak pun dah bangun awal tp leka termenung sana termenung sini
bergaguh dulu, bergurau dulu. atau main main dulu....

Alahai pitam omak, sosak nafas nih
Bila enpakwe dah keluar jam 7.15 untuk hantar diorang sekolah dan dia akan terus pergi ke tempat  kerja

Sya  masuk bilik diorang tengok atas meja ada duit belanja
Omak ni bebel bebel marahkan meja..opsss marah anak anak,
macam anak tu boleh dengar pulak.

Maka walaupun mak marah, tetap jugak lajakan sejauh 7km dari tempat mak  kerja semata mata nak hantar duit sekolah anak
Itulah kisah  anak anak....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tujuan en3 ini di tulis adalah
supaya ayong dan kak ngah tahu itulah perangai anak anak bertuah ibu
dan baca serta kenangkan semula ye

Teringgat mak sya pernah sebut

Bonda: Kau tak ado anak lagi, sok sok dah ado anak kau tahulah

errrppp....mak
alang dah tahu dah maksud yg mak cakap tu

tentang kerisauan
tentang didikan
dan segala-galanya tentang anak anak.....

8 jeJari meNulis:

Pok Li said...

Semakin tuo kita semakin banyak pesako yang dimiliki oleh orang tua kita dahului kita miliki. Bukan rambut yang putih, gigi yang longgar, mata yang kabur , tetapi juga memendam rasa dengan perangai anak-anak.

Yunus Badawi said...

Dalam berleter tu emak tetap sayangkan anak. Lebih dari seorg ayah sayangkan anak kerana emaklah yg mengandungkan dan menyusukan anak itu. Ayah tau buat aje ish taklah dia pun tolong jugak hehehe

Yunus Badawi said...

biasalah budak2 ni kalau dah kelam kabut sebelum pergi sekolah tu ada ajelah yg tertinggal.

Haikal tu kadang2 sampai aje sekolah telefon kata buku kerja tertinggal. Terpaksalah pergi hantar (sia2 aje naikkan van sekolah huhuhu).

Nasib satu kilometer aje bukan 7 km mcm Eja.

azhariahzuber said...

selalu je ibu bapa dtg sekolah sbb anak tertinggal duit atau buku....budak2 pun mcm org tua, kuat nyanyuk juga..hehe

Dr Singa said...

yang omaknya tertinggal dua-dua telekung tu...siapa pulak nak denta tu???!!!
:)

kasihibu said...

pok li
betul tu, mewarisi segala terutama bab
memendam rasa dengan perangai anak anak

kasihibu said...

YB
itulah kasih sayang seorang ibu dan bapa
tp apa pun lebih ibu lagi yg kesian dan tidak sampai hati

YB
lagi,
kalau dari TPG, sekolah diorang adalah 15 km
memang kesian sangat sangat dengan diorang dari pagi sampai ke petang di sekolah.

Alfa
kadang naik malu dengan cikgu
w/pun bukan selalu.
budak2 nih main lebih tu yg jadi gitu kot?

Dr singa
Omak eh dah siapkan 3 pasang sorang, tp 2 dah ditinggalkan dimerata tempat,
nantilah omak eh g Mydin kena beli 6 pasang sorang kot
lopeh tu boleh bukak kedai jual telekung
boleh g2?

ckLah @xiiinam said...

Selamat bersilat dengan anak-anak...


He..he..


(Sokong cakap ibu tu...dah dapa anak sok, baru ekau tau!)


Samalah kita!