Friday, April 30, 2010 By: kasihibu

Borak borak anak beranak



Dimeja makan malam tadi

Atika: Ibu...mamalia tu dari jenis haiwan bertelur ye bu
Ayong : Tak bukan kan bu, mamalia tu haiwan beranak

Atika: Alaaa.......ayong nih, td kak ngah tersilap cakaplah....

tiba tiba



Kakak Chantik: Ibu...M.A.M.A L.I.A tu cantik tak?

heheheheee....
adik...... adik....
mesti dia ingat mama tu ;p

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ibu: Subhanallah.......
cantiknya bulan tu

KC:Subhanallah, kenapa bu
Ibu:Ialah, kalau kita tengok kejadian Allah kita kena cakap macam tu

KC: Sebab.......
Ibu: Sebab cuba tengok cantikkan bulan tu

KC: Kenapa cantik bulan tu bu.....
Ibu: Sebab Allah  yang buat
KC: Sebab............

Itulah dia sikap si KC,  dah agak dah, dia akan bertanya dan bertanya dan terus bertanya
kalau kita tak jawab dia akan terus bertanya dan sampai menangis sebab tak terjawab

hellooo......ada sesiapa yang hendak melayan si KC dan menjawab apa yang dia tanya?
omak dah tak larat nak cari jawapan dah.

Umur KC tu baru nak masuk 3 tahun tp dia adalah sangat banyak bertanya, bercakap dan berfikir

errpppp..masa sya mengandung sya buat apa ye?
lufer pulak.......................

------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayong: Ibu babun.........
Ibu: Ha..apa? ayong kata ibu babun  ( marah gak masa nih )

Ayong: Bukanlah bu...ayong tak habis cakap lagi, ayong nak tanya
ibu babun tu bahasa arab apa maknanya bu?

Ibu: ibu tak tahulah, tak belajar  tak ingat nak belajar pun.....

Ayong: Apalah ibu nih, ayong bagitahu ye
semua rumah mesti ada babun tempat kita masuk...

Ibu: Apa ye? ntahlah ayong apa dia ye?
Ayong: Alah apalah ibu ni, babun tu pintulah

Ibu: ooOOOOoooo...pintu, ibu ingatkan yang macam beruk tu.

hehehehee...

itulah kan ibu sapolah yang copek nak melatah nih ;p
------------------------------------------------------------------------------------------------

Atika: Ibu,tengok ni esok kak ngah ada persembahan
Ibu: ok buatlah ibu nak tengok

The cat on the farm
miau..miau..miau....
bla...bla...bla....

Atika: Ibu ok tak bu?
Ibu: ok, tapi kak ngah buatlah sesungguh masa aksi kucing, lembu dengan itik tu

Atika: Alaaa... kak ngah malu
Ibu: Apa nak malu, ibu suka sangat dapat naik pentas, ibu tak nak turun kalau dapat naik pentas tau.

Ayong: Ibu, ayong pulak
Ibu: Ok..ibu nak tengok

Ayong: You are the sunshine
 bla...bla..bla.....

Ayong: Ok tak bu?
Ibu: Ayong pun sama, kenalah buat aksi tu bebetul, kalau macam sambil lewa aje, tak seronoklah


tiba tiba..........


KC: Adik pulak

Ibu ibu bapak bapak
siapa yang..
bla..bla...bla..

hahahahahaa.....dia nak jugak !!!

------------------------------------------------------------------------------------

Ayong: Ibu, jangan marah ye ayong nak tanya
Ibu: Apa dia

Ayong: Ibu, nape ibu gemuk dari ayah?
Atika: Ialah bu, kenapa ibu gemuk?
( sesiapa ada anak dara tahulah ye, memang ginilah komen diorang...)

Ibu: Ayah kurus, jd biarlah ibu gemuk sbb nanti ibu boleh angkat ayah
kalau ibu kurus ayah gemuk camne ibu nak angkat ayah?
( sebenarnya tak ada jawapan pun )

Enpakwe: Hrrrrummm....... boleh angkat i ke?
Ibu: boleh...nape tak percaya

Enpakwe: mesti tak larat......
Ibu:Jangan cabar....
hehehehehe........

Mungkin suatu hari nanti sya akan cuba angkat epakwe 
agak agak berjaya tak? ;o

2 jeJari meNulis:

Sya Annur said...

rasa2 leh berjaya. hahaha... larikkk!!!
kdg tu xsampai hatikan kalau xjawab soalan diorg. kalau jwb salah pun xboleh gak. pressure tau!

sayangsayangibu said...

sya bukan boleh lagi
memang berjaya pun
tp sangat sakit buah pinggang, tulang bosi tui, nampak je kurus...
mengekek ketawo anak anak

adakah anak dara atau si bujang sya pun menyentuh penampilan anda? heheheheee.... ;p