Friday, April 30, 2010 By: kasihibu

Sesopit lawan raksaksa Jopun...

Taraaa....omak masak kotam campur belimbing buluh  ayong adolah suko...;o



Kacang buncis campur tempe Atika adolah suko ;o


Ontah mengapa...
harus kucuba...
memujuk hati...
ku ini....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

opssss ternayanyi pulak lagu Hattan Biso Bonar.... samo tag  dengan Pok Li...

Bila angin rajin datang, nasi ayam pun boleh aje buat, tapi dengan syaratlah bahan bahan dah disediakan awal sebelum nak masak.

Petang semalam  terajin masak lemak ketam, ayong sangat suka makan encik kotam  nih..


Masa sya bertungkus lumus buang taring taring kotam dengan  menggunakan cutter, ayong dah seronok dah siap cakap, terima kasih bu...masakan makanan kegemaran ayong....... ; )

Memang macam tulah diorang nih, kalau tengok omak eh masak makanan kegemaran, buat kue ke, donut ke, kek ke yg memang diorang suka, memang tak tinggal terima kasih dari diorang tu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Nak resepi:
hehehehehe... sya adolah sangat nak semua benda adalah mesti mudah untuk disediakan....bukan malas.. tp tidak sempat dan nak cepat.

santan - guna santan kotak cap ayam ( ada banyak stok )
cili api - siap boli 2 bulan lepas di pasar tani Batu Kikir jambatan bosi 
 ada yg dah siap di campur dengan kunyit
sangat sonang, ambik sebanyak hujung sudu, masukan dalam kuali atau periuk tambah santan kotak setengah tambah air supaya tidak pekat

bahan lain:-

belimbing buluh 10  buah
daun kunyit- sehelai
dan kotam 4 ekor potong 2 jadi 8 potong ( ado tinggal lagi sepotong dlm peti ais )

bila dah mengeleggak santan yg ada cili api dan daun kunyit  masukan en kotam dalam kuali, dan masukan belimbing buluh dan garam secukup rasa
tunggu sampai masak dalam 15 minit kot
lopeh tu siap untuk di hidang.

sangat senangkan?

untuk tempe goreng buncis pulak
resepi eh ada disini.....

terima kasih pada Dalila beri resepi dlm en3 tu.. ;o
sedap dan sangat sedap cuma sya sudah campur 3 ulas cili api yang di ketuk2 sikit
namo eh dah tekak orang N9 kan? semua nak terasa pedas ....

Wah,,hari ni terajin sangat pulak post  sampai  2 en3....

Oklah....nak permisi dulu, mungkin tengahahri baru sempat menjengok blog kekangkawan..... ;o

Selamat menjamu mata........ 


8 jeJari meNulis:

dalila said...

orang nogori ko? arwah abah den pon org nogori..gulai kotam org nogori mmg terangkat..malatop..

bestkan kacang goreng tempe..bagi peminat tempe lah..kalo can hubby ngan anak2 saya tklayan tempe tu..huhuhu

ikan emas said...

salam kenal,

den nompang dok negori..

sayangsayangibu said...

dalila
io...orang nogori betulll punyo!!!
hehehehehe.....
tempe tu adolah sodap, tp x boleh makan bebanyak

sayangsayangibu said...

ikan emas
tp kalau nogori ikan omeh.. ;p

salam kenalan juga
n9 menumpang di mano?mana tahu tersempak pulak boleh bagi ikan makan ;p

Pok Li said...

Saya suka kotam yang dimasak oleh mak mertua saya. Masak ketam garing dengan lada kering. Rasa sedikit manis. Tapi tak ada lagi yang mewarisi resepi tu. Hu hu huk

CRAZYBEAUTIFUL88 said...

ketam tu favorite laki kita tuh

alfa juliet said...

terliur tgk ketam tu..bukan ayong je suka, saya pun suka tau

Catwoman said...

Sodap la lauk pauk tu.....
Ado laie ko?

:)

Hihihihi....