Sunday, March 21, 2010 By: kasihibu

Pergi tak kembali lagi...


Al fatihah buat arwah achik dan takziah kepada keluarga semua diatas kembalinya arwah menemui penciptaNya jam lebih kurang 7.30 pagi 17hb mac 2010.

Arwah telah lama menghidap penyakit barah, masa mula mula dulu bengkak di sekitar muka dan hidung berair dan menyebabkan arwah kehilangan penglihatan.Sesungguhnya segala yang kita miliki ini hanyalah pinjaman sahaja dari Nya yang Esa

Seminggu sebelum itu mak kata arwah telah sihat dan ada selera untuk makan serta boleh bercakap seperti biasa, tp cuma seketika beberapa hari selepas itu arwah kembali kepada asal dan telah di masukkan ke dalam wad selama beberapa hari sebelum di arahkan pulang oleh doktor.

Sangat sebak rasa di dada bila pagi tu mak dalam nada sebak berkata,
"mak dah tak ada abang sorang, achik kau dah meninggal....... :( :(

Sambil urut belakang mak sya minta mak bersabar dan redhakan pemergian achik, kerana arwah sudah terlalu lama menderita kesakitan dan keluar masuk hospital.

Semasa di rumah arwah sya memang sebak melihat saat saat akhir semasa hendak di kafankan, adalah paling sebak dan sayu kerana sya teringgatkan arwah atok yang meninggal dunia pada 16 hb June 1996 :( :(

Paling sebak bila saat adik beradik mak, ulung adalah abang mak yang sulung dan mak ngah serta mak mencium jenazah buat kali terakhir, memang wajah arwah telah menjadi seiras wajah arwah atok.
Sekarang mereka hanya tinggal 3 beradik sahaja.

Semoga roh arwah di rahmati.dan di tempatkan di kalangan orang orang yang mukmin soleh dan solehah Amin......

2 jeJari meNulis:

Ibu n Abah said...

Sya,
baru kini dpt post komen...
takziah buat sya yg baru kehilangan bapa saudara. Al-Fatihah buat sya sekeluarga.

kasihibu said...

terima kasih akak
yang baru saya tahu rupa rupanya arwah adalah kawan baik ayah saya semasa muda2 dulu, patutlah sya tengok diorang memang rapat dan mesra.