Wednesday, March 10, 2010 By: kasihibu

Kongsi bersama......

Sekarang ini terlalu banyak kisah kejadian aib yang melibatkan suami atau isteri orang.
Menakutkan, mengecewakan, tidak tergambar perasaan dengan kata kata. 
Mari kita bersama kenalpasti sebahagian daripada kesalahan2 yang sering terjadi samada disedari atau tidak disedari oleh kita.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
alangkah bahagianya memiliki keluarga yang sempurna

 setiap percintaan memang ingin diakhiri dengan pernikahan.....


saat yang bahagia.......


Parihal aib suami haram dijaja didepan lelaki lain, begitu jua aib isteri jangan di dedah kesana sini. Melainkan untuk mencari nasihat kepada orang yang beramanah, berilmu dan akhlaknya terpuji bukan untuk mengambil peluang mencari kesempatan keatas suami atau isteri orang.

1-     Perkongsian maklumat sulit yang perlu disimpan dalam kisah peribadi rumah tangga suami isteri. Tidak puashati terhadapap pasangan jangan dedahkan sembarangan, apatah lagi kepada  lelaki / suami orang

2-     Pergaulan yang berlebihan akan merobohkan pagar pemisah diantara suami dan isteri orang.

3-     Hati akan cepat tersentuh jika merasa  ada  orang lain yang mahu menemani, berkongsi  dan berbahagi  suka duka bersama.Di sinilah berpuncanya cinta haram berputik, kawan rapat bertukar menjadi  kekasih gelap.

JANGAN BUKA PELUANG menjerumus diri kearah perbuatan mungkar.Ianya tidak akan terjadi tanpa sebarang permulaan.

Mula mula sentuhan hati, kemudian sentuhan kulit, akhirnya jasad maka terjadilah kemungkaran.

Terdapat beberapa jalan supaya dapat menjauhi daripada perbuatan mungkar

  1. Pakaian
Aurat merupakan satu tarikan yang merangsang berahi.Hanya orang bodoh yang menyatakan pakaian tiada kaitan langsung dengan jiwa dan nafsu seseorangSesungguhnya pakaian menunjukkan maruah seorang manusia.

  1. Pandangan
Dari mata turun kehati.Jaga panahan syaitan jangan sampai tembus ke jantung hati anda.Tunduk bukan bererti mata lihat kebawah sahaja, tp pandang tanpa syahwat dan jika dating berahi cepat lari dari sesuatu yang dipandang.

  1. Perhiasan
Gaya berhias boleh memikat seseorang yang bersama anda.Jangan berlebihan bagai hendak menarik perhatian kepada bukan pasangan anda.

  1. Perkataan
Yang manis, halus, lembut berinti pujuk rayu hanya milik  suami / isteri anda seorang.Bukan untuk orang lain.

  1. Wangian
Sekadar  menghilang bau badan ,jika berlebihan seorang isteri takan mencium bau syurga.



Jika lelaki dan wanita boleh mengelakan dari lima jalan syaitan ini, takakan mungkin mereka terlibat dalam kekejian kemungkaran .


bersamalah kita berdoa semoga kebahagian menjadi milk kita bersama....


E3 ini adalah untuk renungan bersama……….
Bersamalah kita saling ingat mengingati.

2 jeJari meNulis:

Yunus Badawi said...

Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Blogging pun kalau tak kena gaya boleh jadi bahaya .....

kasihibu said...

yup, betul tu YB tp yang penting adalah
>JANGAN BUKA PELUANG menjerumus diri kearah perbuatan mungkar.Ianya tidak akan terjadi tanpa sebarang permulaan.