Sunday, February 21, 2010 By: kasihibu

Sebeday enariq




 Tahun lepas hari Sabtu jam lebih 9.13 pagi enariq lahir setelah 9 bulan ++ aku usung dia dalam perut ku ini..
shahdunya nak tulis en3 nih
sebab masa enariq lahir, adalah enpakwe tiada disisi aku :( :(

sepatutnya enariq lahir 27hb Febuari 2009, tp adalah beliau sudah tidak sabar nak melihat alam semesta ni

kronologi kelahirran enariq adalah

malam tu 20hb kami sekeluarga mengikut enpakwe ada game antara jabatan permainan dart di Sek 7 S.Alam.
aku tak ada rasa apa apa tanda ke atau sakit2 masa disana, adalah dalam jam 1++ pagi baru kami sampai di TPG, dan pagi tu sepatutnya kami semua anak beranak pergi kesana lagi untuk jd pompom girl untuk sokongan enpakwe.
tp dalam jam 4++ perut aku adalah sakit, sakit sesangat mengulas2...
dan aku dah tidak boleh tidur lena sebab asyik2 nak ke bilik air, aku ingat salah makan ke sebab malam tu kami makan mee hoon goreng.Pastu aku kejut enpakwe, kata perut adalah sangat sakit dan pinggang rasa macam mahu patah saje

enpakwe urut2 sikit pastu terleno sekejab, pastu sakit datang lagi, aku bangun masuk bilik air lagi
dalam hati berkata isshh..ni tanda2 nak bersalin ke nih
kejut enpakwe dalam jam 5++ kata dengan dia sakit sangat perut ni dari tadi on-off
pastu enpakwe kata nak bersalin dah kot?

walaupun ini kelahiran yg-4 tapi aku adalah bengap pasal tanda2 nih sebab kakak2 dia adalah lahir secara induce kira doktor bagi tarikh sekian2 masa untuk bersalin dan akan dimasukan ubat untuk melahirkan.

sambung cerita, dalam jam 5++ lepas bangun, dalam sakit sakit tu aku jalankan mesin basuh baju2 kotor, sidai, kejut anak anak, mandi dan lepas sembahyang subuh berjemaah anak beranak, aku telefon mama si kakak chantik,kata aku dah sakit dan nak hantar Athirah ke rumahnya.Dalam jam 7.30 pagi baru kami gerak dari rumah hantar si KC dan dalam perjalanan tu, aku memang x tertahan menahan sakit, ada air selusuh tu, aku terus  minum sampai habis mulut baca doa

 (لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ) [الأنبياء: 87]
 
Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya/kezaliman , tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya/menzalimi diri sendiri


dalam 8.00++ sampai di Hospital Banting, terus kena tolak di dalam labour room sebab bukaan adalah 3++
aku rasa sakit sesangat, lebih daripada bersalinkan kakak2 enariq

aku redha enpakwe pergi aje game dia untuk pagi tu, sebab mungkin lambat lagi bersalin nih, pengalaman sebelum nih, walau sakit cammane pun mesti makan berjam2 jugak baru bersalin,
tp tidak disangka pulak enariq ni memang nak keluar jugak pagi tu, makanya tiadalah enpakwe disisi semasa aku melahirkan en ariq... :( :(

apa pun yang penting semuanya sudah selamat dan aku sangat bersyukur kerana hero yang aku nanti nanti berada di dalam dakapanku... :)

ps: huhuhu panjangnya en3 nih.....:p 

0 jeJari meNulis: