macam biasa hari yg kelam kelibut dan paling bz sudah bermula..
Aku dan enpakwe dah berbincang pasal anak anak nih, mereka tu bukan ketegori sederhana pandai atau bukan tidak pandai,
tp mereka adalah bijak dan cerdik..(mmm..siapa lg nak puji anak sendirikan?)
Tp itulah kenyataan
masa ayong tahun satu di S.K.K.B dia adalah mendapat anugerah pelajar harapan tahun satu di kelas yang pertama daripada 7 buah kelas semuanya...
tp..adalah sangat mengecewakan bila aku tukarkan dia di sekolah baru, pelajaranya adalah sedikit merosot.
Mungkin dia baru hendak menyesuaikan diri, atau adikberadik tu penat kerana sessi persekolahan adalah dari jam 7.30 hingga 4.30
Aku sebenarnya sungguh kesian dengan mereka, sudahlah jarak dari rumah ke sekolah adalah lebih kurang 17 km.
Apa yg aku buat untuk persekolahan?
- perbelanjaan adalah aku tambah +50sen
-setiap sorang ada dibekalkan colonge dan bedak talkum untuk wangian
-setiap sorang ada 2 pasang kasut sekolah berwarna hitam dan 4 pasang stokin ( adalah aku terkejut kerana saiz kaki mereka ber2 adalah 34 !!! )
-setiap sorang dapat telekung baru
-setiap sorang dapat baju sekolah 4 pasang
n bla....bla..bla
maksudnya semua adalah baru.
kenapa aku tambah perbelanjaan +50 sen?
sbb...aku takut diorang akan berlapar sebelum masuk waktu makan tengahari di sekolah, jd aku memang suruh diorang belanja bila waktu rehat
tp... adalah mereka jarang2 sekali membeli sbb aku dah sediakan bekal serta mereka adlah bersarapan sebelum kesekolah, cuma ada kala x sempat gak bersarapan.
Waktu makan tengahari adalah jam 1300-1330
lepas makan semua murid ke surau untuk solat dan akan sambung belajar semula jam 1400 hrs.- 1600 hrs
dan Iqra' jam 1600 - 1630.
Begitulah jadual mereka setiap hari persekolahan
penatkan?..memang penat
kesian anak2....
Tp aku dah kata dengan diorang, hanya orang yg berilmu sahaja akan berjaya percayalah..
oh...enpakwe ada mencadangkan kami belajar semula, sebagai peneman dan sebagai memberi mereka perangsang untuk berjaya.Cadangan adalah menarik dan aku sedang berkira2 untuk belajar semula..
mmmmm...sebelum diorang masuk kereta di hantar oleh enpakwe, aku bertanya soklan yg sama aku tanya pada diorang
Ibu: Apa tujuan ke sekolah yep?
anak2: Belajar, cari ilmu..
ibu: main2 ok x?
anak2: x nanti baju kotor, badan penat bau busuk
ibu: haa.... tahu pun..sbb tu ibu beli colonge dan bedak wangi tu, sbb ibu nak tahu anak2 ibu yg mana satu main bila pergi kesekolah,
main boleh tp, berpada2lah ok..
anak2: Ok bu.. sambil cium tangan aku.
tp..balik nanti tak tahulah keadaan diorang tu, terutama si Nur Atika...
0 jeJari meNulis:
Post a Comment