Saturday, October 24, 2009 By: kasihibu

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI....


Ibadat haji punyai sejarah dan simbolik perjalanan hidup manusia

"AKU menyahutMu wahai Tuhanku! Aku menyahutMu! Tiada sekutu bagiMu, aku menyahutMu! Sesungguhnya kepujian dan kenikmatan itu bagiMu, juga kerajaan tiada sekutu bagiMu! Aku menyahutMu dengan haji yang benar-benar penuh dengan ibadat dan perhambaan!"

Laungan syahdu 'talbiah' bergema di seluruh pelusuk kota Makkah setiap kali kedatangan Zulhijjah. Jemaah memenuhi kota Makkah bersama niat tulus ingin melengkapkan rukun Islam kelima, menunaikan ibadat haji.

Hati mereka bercampur baur - diasak sayu, insaf dengan kekhilafan diri, kagum dengan kebesaran Tuhan dan sebak gembira menjadi tetamu jemputan Allah SWT untuk menunaikan ibadat haji di kota suci-Nya.

Demikianlah antara rentetan ibadat haji, ibadat terakhir yang melengkapi empat rukun Islam yang terdahulu iaitu mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu sehari semalam, berpuasa pada Ramadan dan menunaikan zakat.


en3 ni adalah yang sepatutnya aku masukan selepas aku bercoti dari pada berblog,adalah kemalasan telah menutupi jiwa blog aku..

hari ini adalah hari akan berlepasnya kawan bekas sepejabat en pakwe ke TANAH SUCI MEKKAH
semoga semua insan yang terpilih dan istimewa yang dapat menjadi TETAMU ALLAH akan dapat menunaikan fardhu HAJI yang diterima oleh Allah.

Apa harapan en pakwe terhadap Fardhu Haji ini?

- En pakwe harap dapat menghantar abah, mak (Alhamdulillah sudah menjadi tetamu Allah tahun 2004), bonda dan ayah (Insya'Allah senarai menunggu untuk di panggil oleh LTH)

- En pakwe berharap semoga kami pasangan suami isteri ini , akan dapat menunaikan fardhu haji ini semasa berumur 40 tahun. Insya'Allah

Doakan kami semoga dapat mencapai impian ini yang menjadi impian utama umat ISLAM di seluruh dunia.
Amin.

0 jeJari meNulis: