Sunday, August 30, 2009 By: kasihibu

Memandu jauh

Semenjak kemalangan lepas, aku boleh mengira dengan jari berapa kali memandu kereta.Percaya tidak aku lebih rela membawa motosikal( merempittt.......)uikss tidak aku cuba membawa secara berhemah.

Minggu lepas aku ke Shah Alam untuk menguruskan hal rumah di Seksyen 18 ,penyewa rumah tu hendak keluar dan pindah ke rumah mereka yang baru di beli di Puchong, jadi hendak tidak aku terpaksa memandu kesana untuk menguruskan hal tersebut.

Aku pergi dengan ayong dan kak ngah, masa dalam perjalanan bila selisih dengan lori dan adik beradik lori tu, ayong asyik sebut takut teringatkan kemalangan tu.Aku pesan dengan ayong dan kak ngah, tolong ingatkan ibu, tolong perhatikan ibu bila memandu.

Sepanjang perjalanan tu aku dan anak anak asyik berzikir dan selawat.Seronok gak...aku buka saluran IKIM.fm. Bagus saluran tu dan yang pasti setiap kali aku berhenti dan turun kenderaan, bila kami masuk aje dalam kereta ayong dan kak ngah terus baca doa menaiki kenderaan dan aku pun turut membaca dengan diorang.

Apa yang aku ingin sampaikan adalah, secara jujur aku ingin berkongsi, selepas kemalangan aku lebih berhati hati .

Aku teringat kata2 MIL semasa dia berada di jalanraya mulutnya tidak berhenti berzikir dan dia rasa perjalanannya lebih seronok dan selamat.Sekarang aku cuba praktik apa yang dia pernah kata, dan sememangnya amat menyeronokkan.

Sampai sekarang kereta aku belum siap, kalau hendak kemana mana memang aku terpaksa meminjam kereta en pakwe ku, nasiblah budak2 ni cuti sekolah lagi, minggu depan susah dah nak pinjam kereta sebab en.pakwe pergi pejabat dan hantar anak anak kesekolah dengan kereta.

Amatlah pendek langkah kaki ku ini bila aku tiada kereta ....
sobar ajolah...... ;~

0 jeJari meNulis: