Thursday, October 25, 2012 By: kasihibu

lLabaik Allah! Hearing the Call of Allah......


Mendengar  slot debaran  haji mabrur dari ikim fm  membuatkan sya bergenang airmata
terasa sangat terkesan , sangat  menyusuk  dihati

sya membayangkan keindahan  kemanisan lambaian Kaabah itu
w/pun sya belum lagi menjejaki kaki ke sana, masih sempatkah?
Masih ada peluangkah?
Layak kah?
Tertanya tanya di dalam hati

Selepas  sambutan hari raya kita akan  tertunggu tunggu kepulangan jemaah haji  
Yang berada di sini tertunggu tunggu kepulangan  insan insan  kesayangan
dan  tentunya tidak sabar untuk memeluk dan mengucup mereka

Yang berada di tanah suci yang indah itu pula  berbelah bagi di dalam  hati ,antara  berat hati meninggalkan tanah suci dan mungkin juga tidak sabar untuk berjumpa ahlli keluarga yang telah di tinggalkan 

Mungkin juga ada jemaah yang terpaksa  pulang  bersendirian  kerana chinta hati pasangan sehati sejiwa di jemput Ilahi di tanah suci
Mungkin juga keluarga disini akan terasa sebu di hati kerana tidak dapat lagi berjumpa menatap dan memeluk kesayangan mereka yang telah bersemadi di tanah suci

Hanya doa ,hanya kiriman Al-Fatihah sebagai pengubat rindu
Pada yang pernah mengalaminya
Bersabarlah, bertabah lah, berdoalah
  
Anggaplah satu keistimewaan , satu ganjaran kepada insan yang terpilih itu

Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan
Adalah pengorbanan yang membawa seribu rahmat dan kebaikan 

Dan di kesempatan ini sya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha

berhati hati di jalan raya semoga selamat sampai bersama keluarga.



6 jeJari meNulis:

ibuintan said...

slamat hari raya sya n famili... moga hajat kita dikesampaianNya untuk ke sana

Azhariah Zuber said...

Teringin ke sn

Cho Zila said...

semoga kita juga akan dapat ke sana juga nanti... Insyaallah...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Teringin nak pegi ke sana juga.. Jom join segmen saya.

makchaq said...

Pergi bercuti ke Sya? lama tak update.

wisata outboundmalang said...



kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)