Monday, December 5, 2011 By: kasihibu

DI LEMA LAGI

hari minggu lepas, masa sya dalam perjalanan untuk balik ke kampung sya luahkan pada enpakwe 
tentang ketidak selesaan sya  tinggal berasingan dengan enpakwe
tentang pengurusan anak anak
persekolahan anak anak
semua yang bermain di fikiran sya luahkan

berbincang, mencari penyelesaian, memberi pandangan cadangan
memang agenda utama sepanjang perjalanan tu

yang sya tak boleh lupa 
enpakwe cakap
sebenarnya sya tak perlu bekerja dan  dia tak menyuruh pun sya bekerja

sya tahu itu, tapi sya belum bersedia untuk menjadi suri rumah sepenuh masa
sya ada sasaran umur untuk menjadi suri rumah sepenuh masa
tapi makan bertahun juga 

walaupun adakalanya keinginan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa tu membuak buak jugak
bila teringgatkan anak anak yang terpaksa berkorban masa untuk bersama ibu bapa
terpaksa mencari penyesuaian diri di tempat baru
 
di lema jugak eh......




10 jeJari meNulis:

Ibu n Abah said...

Sya..
nak masuk campur pun tidak..
nak menyibuk pun tidak...
saja nak tulis coret2 jer kat sini...
boleh terima, terimalah..
tak boleh tak apa...
Jika en pakwe dah cakap macamtu.. eloklah sya pikir sebaik2nya...
Umur hayat kita tak tentu....
Buruk baiknya Sya boleh fikir sendiri bila berjauhan dengan suami.
Wassallam.

Acik Erna said...

Assalam sya..keputusan ditangan sya.insyaallah

Dinas Aldi said...

Susah jugak gitu ya..pasti akan dapat capai kata sepakat nanti, insyaallah.

kasihibu said...

akak
----
terima kasih di atas nasihat dan pandangan akak, sebenarnya banyak yang sya nak kena uruskan sebelum nekad untuk berhenti kerja, sya perlu selesaikan pinjaman perumahan di s.alam dan bahau tu, sbb sya tak mahu en pakwe menanggung perbelanjaan yang banyak seorang diri.
sya hargai dan insya'allah mungkin akan menjadi panduan juga.

kasihibu said...

acik erna
---------
w.salam semoga urusan kami di permudahkan juga.

kasihibu said...

dinas
-----
mudah mudahan...

kasihibu said...

dinas
-----
mudah mudahan...

Hajjah Noraini @Nanie said...

Memang susah nak buat keputusan..

akuzle ayu said...

hmmm...

Zaitun said...

Kak Zai dah biasa ditinggal,semua urusan anak sendiri lakukan tapi bila umur dah bertambah memang tak sanggup lagi berjauhan. Itu sebabnya hubby membuat keputusan balik semula bersama.

Di n3 yang lepas ada kak Zai coretkan.