Sunday, July 4, 2010 By: kasihibu

Macam tu lah ayah.......

Sebelum balik salam salam  cium cium mak dan ayah
Sya pesan dengan mak...

Mak jangan risau risau sangat nanti mak pulak yang sakit
Mak: mano tak risau, lain pulak jadi eh, datang sini nak tolong hantar anak cucu ke sekolah
lain pulak jadi eh..

Sebabkan along masih dalam pantang lagi, dan BIL dah habis bercuti untuk urusan hantar dan ambil anak balik sekolah dekat Bukit Bandaraya tu, mako eh ayah dah mengoferkan diri untuk menghantar anak cucunya ke sekolah sampai along habis pantang tengah bulan nih.

Tengokkan betapa pengorbanan seorang ayah tu, tidak habis pada anak saja, cucu pun macam tu
kata orang kasih sayang atok ni pada cuuc lagi lebih pada kasih sayang pada anak.

Bila sya pesan dengan ayah pulak
Ayah jangan risau risau, jaga kesihatan tu..makan ubat tu...
Nak tahu ayah jawab apa?

v

v

v

v

Ayah: tak ado risau risau pun, risau kan tak poie ke kobun yo..............tak dapek nak motong

aduhaiii......itulah ayah...............

Ayah keluar wad hari ni juga tp masih guna tiub untuk buang air .Esok ayah ada temujanji dengan doktor di PPUM

Ayah kena guna tiub tu selama 2 minggu. Biasalah baru hari ni dah mulo gelisah
Ayah kata esok nak mintak pada doktor guna tiub tu selama seminggu saja.

Kata ayah duduk macam tu lagi bertambah sakit
habis camno?

13 jeJari meNulis:

Rozali said...

Assalamualaikum Sayangibu

Allah permdahkan segala urusan keluarga sayangibu ni
amin

Wassalam

rynas said...

ehhmm..samalah semua org tua gitu dlm sakit2 pun masih ingat kebun, bendang, ayam, itik. tak boleh berpisah lama-lama sikit dengan rumah kt kampung. harap ayah awak sihat sepenuhnya ya..AMIn

kakcikseroja said...

Salam Sya..

moga ayah Sya akan segera pulih. Ayah kakcik pun dulu pakai tiub.. aduh... kesian tengok dia meraung kesakitan.

kak Erna said...

alhamdulillah..dah keluar wad..sekurang kurangnya mak sya..tak lah runsing sangat..dulu..abang akak yang ketiga pernah guna tiub macam tu..last sekali dia buat..cara laser tu..alhamdulillah..hingga sekarang..dah 7 tahun..sembuh sepenuhnya...

Ibu n Abah said...

sya..
jika dah jadi datuk dan nenek.. mungkin kita akan dapat rasa macamana kasihnya atuk dan nenek pd cucu... syukurlah, ayah sya dah semakin sihat dan tak perlu ditahan di wad lagi... semuga lebih sihat...

Yunus Badawi said...

Ibubapa ini lebih risau tentang anak2 dan cucu2 dari diri mereka. Begitulah kasih sayang dan pengorbanan mereka.

Jgn lupa kita balas jasa mereka semampu kita.

alfa juliet said...

hopefully ayah sya cepat sembuh....tak la mak tu susah hati

sahromnasrudin said...

orang tua memang begitu..mulia sungguh hati mereka..asyik memikirkan ahli keluarga yang lain sahja

penjejak maya said...

salam,

teringat juga kat ayah saya bila dah pencen suruh duduk umah saje tapi tak selesa duduk diam nasib baik ada tanah kat belakang umah bole la dia berkebun..

Aida Ali said...

Ayah dan ibu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kita
Dapat melihat bulan dan matahari.....

DrSinga said...

harap cepat sombuh...

Yunus Badawi said...

Salam Eja.

Komen saya semalam hilang terus rupanya. Ingat hari ni timbul balik huhuhu

MummyAju said...

syahdu lak rasa baca entry ni..semoga atuk nenek ibu anak² semua la sihat² belaka,insyallah