Tuesday, May 11, 2010 By: kasihibu

Sangat sangat penat........

Ahad pagi tu dalam jam 8.20 tak silap enpon enpakwe berbunyi,
rupanya MIL yang telefon maklum arwah tok wan dah tenat,
mereka dah 2 hari berturut turut membaca Yasin dan Ayat Kursi serta bergilir gilir menjaga tok wan

Enpakwe tengok kalendar, dah 2 minggu  tok wan sakit
lepas  enpakwe tengok kelendar tu hati sya dah terdetik tentang ajal tok wan

Masa sya sibuk sibuk di dapur nak buat sarapan tetiba enpon sya berbunyi mesej
hati ni terdetik lagi mungkin tok wan dah meninggal

Tak lama tu enpon enpakwe pun dapat mesej
Sya pergi baca mesej terima dari adik ipar bgtahu tok wan dah meninggal


Enpakwe ada dalam bilik masa tu terus bagi dia baca mesej tefon dia
mesej yang sama juga

Lepas tu kami pun bersiap siap tuk balik ke Sg Petani.

Gadebak gedebuk sampai di SP dah petang, terus pergi ke kubur tok wan

Urusan kebumi lepas zohor, semuanya sangat dipermudahkan
Mak cerita masa 2 hari sebelum tu hinggalah  keakhir hayat  di mulut arwah tok wan hanya sebutan  kalimah Allah tanpa henti henti.Syukur Alhamdulillah.....

-----------------------------------------------------------------------------------

uikss...pedihnyo matooo.... 


Hari yang sama dalam  jam 9.30 malam kami bergerak balik ke TPG
Yang ni nak cerita sangat nih
Memula enpakwe bawak kereta dari SP sampai lepas tol Juru

Enpakwe dah mengantuk, sya pulak bawak kereta
Enpakwe kata  u bawak lah memula 80, lepas tu 100 pastu 120.....

Tp nak tahu sya bawak berapa
140-160kmj
Boleh bayangkan melayangnya kereta tu....
kereta buatan M'sia..

Memang gilo.....rasa nak cepat sampai dan nak tidur baring badan yang  dah tersangat penat ni,
kesian anak anak juga .... anak anak lagilah tersangat penat.....


Memang ngantuk giler gilerlah kami sebenarnya masa tu
Masa bawak kereta tu dah ghalit juga rasanya
lepas tu segar balik, kata  dalam hati nanti jumpa hentian memana berentilah nak tidur ngantuk sangat dah nih

Enpakwe dah tidur sambil peluk enariq, kesian pulak nak kejut dia,
Sampai hentian Behrang barulah sya berenti niat hati nak tidur
Tp enpakwe dah bangun dia kata nak makan meehon yang MIL bekalkan

Sudah siap makan semua, pastu baru dia sambung memandu, masa tu sya layan lagilah dia berbual,
tp mata adalah sangat sangat pedih dan mengantuk sesangat
jadinya cakap pun macam merapu

enpakwe kata tidurlah
kita ni kesian kan nak biar dia memandu sensorang
Dalam kesian tu terleno jugak lepas dia susur masuk ke lebuhraya Guthree

Terjaga je tanya 'sayang kita dimana nih?'
Shah Alam kata enpakwe, gagahkan buka mata tapi dah tak terdaya
Sambung leno lagik
pastu tanya lagi, gitulah sampai TPG

Kami  sampai lebih kurang dalam jam 3++
Siap angkat semua barang dan kejut anak anak dara
barulah sambung tidur leno sampai ke 6.30
kunci jam sampai 4 buah h.phone

Sesunggut...opsss sesangat penat perjalanan yang jauh dan singkat hanya balik hari
huhuhuu..sangat penatttt.....

Dan hasilnya ayat enpakwe pagi tadi..


U kena periksa saman kereta ni, takut ada speed trap  ;o

lalalalalalaaa........
Bini sapolah yang memecut laju tu.......

Nak salahkan siapa?
Sila salahkan mata ye, sebab mata yang mengantuk tu menghasut sya supaya bawak laju,
cepat sampai, boleh tidur dengan selesa
Alhamdulillah sampai juga kami dengan selamatnya
Lain kali tak buat lagi
janji............

8 jeJari meNulis:

Dr Singa said...

yuppp...
sila...sila....
:)
Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728

atuk said...

Assalamualaikum SaYanGiBu

Alhamdulillah
selamat

Wassalam

kasihibu said...

dr..
belum sempat lagi, takut nak tahu
harap harap tak ado ;p

kasihibu said...

Rozali
w.salam..
Alhamdulillah sesangat...

tunbegia said...

sungguh laju kanns,

salamm,

azhariahzuber said...

bahayanya bawa laj2u2...dah la skang ni zaman speed trap

rynas said...

uitss..lajunya bawa kete. kena cek speed trap tu hehhehe

mamawana said...

Salam sayang ibu...

Dah besa pecut eh....