“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Ar Ruum:41)
gambar adalah ehsan pakcik google
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semenjak semenjak ni terlalu banyak cerita pembuangan janin atau bayi samaada yang masih hidup atau telah meninggal dunia :( :(
Aku sebenarnya hendak berkongsi tentang betapa aku takut sekiranya terlanggar bungkusan bungkusan yang berisi janin atau bayi yang di buang ditengah tengah jalanraya/ laluan jalanraya.
Sungguh sungguh aku takut...
Bila aku memandu walaupun seekor katak melintas atau apa saja objek yang ada di laluan tu, seboleh bolehnya aku hendak mengelak daripada melanggar.
Aku tidak tahu bagaimana hendak meluahkan apa yang terbuku di dalam hati ni, apa yang aku hendak kongsi ialah, betapa hancurnya hati, betapa luluh....betapa tak terkata.....
Oh...betapa kejamnya insan yang bergelar MANUSIA, diberi akal dan fikiran yang sempurna,namun tidak boleh menggunakan sewajarnya akal dan fikiran itu
Oh...tidak terusikah perasaan KASIHSAYANG yang wujud di dalam jiwa mereka sebagai seorang manusia?
3 jeJari meNulis:
Masa buat kerja terkutuk tu tak ingat. Bila dah mengandung dan melahirkan anak tahu malu kat org sekeliling. Itu yg dibuangnya bayi yg tak berdosa tu.
Semoga kita dan keluarga dipelihara Allah dari perkara2 terkutuk ni.
binatang pun sayang anak.
salam..
:)
YB
itulah, bila dah jd gitu tak ingat lagi dosa pahala, baik buruknya.Semoga mereka diberi peluang unuk bertaubat dan tidak mengulanglagi perbuatan buruk tu.
Drsinga
salam dan terima kasih
yup betul tu,lagikan binatang senajis2 binatang pun sayangkan anak,inikan manusia semulia mulia umat.
Post a Comment