Sunday, March 7, 2010 By: kasihibu

Malam tadi dan tengahari tadi

Hari sabtu kelas senamrobik adalah 8.30 malam, jadinya aku terpaksa menyuruk2 dan lari lari anak daripada si Kakak Chantik dan si enariq, sbb..diaorang adalah mahu mengikut.

Ambil kunci kereta sbb kasut memang s/by dalam kereta , amik kunci rumah, lepas tu bawak diorang berdua tu ke bilik belakang, umpan benda2.. pastu lari2 s/by buka pintu.Dah lepas keluar rumah, kakak chantik pulak menangis sambil buka cermin tingkap,
KC: ibu nak ikut..nak ikut, adik nak ikut... :(  sambil nangis2...

Kesian jugak, tp aku malas nak bawak, sbb aku nak jalan kaki aje cros jalanraya depan rumah aku tu punyalah sibuk.
Lepas cros lot kedai sampai disimpang ada seorang lelaki bangsa I***a layang layang kertas a4, biasalah aku dah faham dah tu, kertas keputusan nomborlah tu, pastu ada sebuah motor berhenti beli kertas a4 tu, aku pandang ajelah, dan aku pandang pandang lagi dan semestilah seorang lelaki bangsa adalah M****u :( :(

Tp yang buat aku pandang pandang tu bukan disebabkan bangsanya ,atau wajah dia ke
yang aku pandang2 tu adalah di poket baju orang tu pakai, ada sesuatu yang menarik mata aku untuk pandang pandang kesitu....
nak tahu apa dia?


v
  
v

v

betapa sama bentuk kopiah ni dengan yang dalam poket orang tu. Aku tertanya tanya betullah kenapalah diorang nih, banyak cara lain lagi nak kaya pun.........:(

Aku ada beberapa pengalaman dengan orang2 yang beli keputusan nombor nih, ada sekali masa tu aku sedang memandu, lepas tu ada sebuah kereta dah berhenti beli kertas a4 tu, pastu dia terus bergerak masuk ke jalan besar  tanpa singnal, dan yang penting bila aku toleh  mata sedang  mengadap kertas, tangan pegang stereng ...tak ke bahaya tu..? tak pasal pasal BGK aku menjerit, memang aku geram sangat2...aku tak dulik...

Itu kisah malam tadi, yang dibawah ni kisah tengahari tadi pulak.

Pagi ni enpakwe ada mesyuarat agong unit di Lebohan Dagang, dan enpakwe kena jemput Tuan pengerusi beliau dulu sebelum bergerak ke tempat tu, jauhnya adalah lebih kurang 45 minit dari rumah ni,maknanya memang kena gerak awal selepas subuh, kiranya dalam 6.30 tu dah cantiklah untuk gerak x perlu lelaju sangat, tp nak jadi cerita jam 6.21 baru tersedar..hehehehe..( malu..nyuruk...) jam lah tu x bunyi kot  :p.
 Lepas mesyuarat dalam jam 1200 t.hari enpakwe dah sampai dirumah, kami bersiap2 nak pergi kenduri di rumah ahli unit PPK di Banting, sampai disana dalam 1.30 lebih kurang, makan2, salam2 balik tp dalam masa kami nak balik tu, keluarga pihak pengantin perempuan nak balik dah, aku terpandang mak pengantin, sedih2 menangis sbb nak tinggalkan anak perempuanya pada keluarga sebelah lelaki, tiba2 aku teringat nostalgia yang sama berlaku pada aku kira2 10 tahun yang lalu pada aku....

waaaakkkkkkk.......memang shahdu sesangat :( :( :(
 tp ialah tak kan selamanya duduk di bawah ketiak ibubapa kan? ;p

apa apa pun selamat pengantin baru terhadap semua pasangan pengantin dan semoga kekal hingga ke akhir hayat, hidup bersama kena pakat2..
itulah pesanan dari ayah aku dulu, yang takkan dilupa hingga akhir hayat.. Insya'Allah...
Oh ya, minggu depan enpakwe dapat jemputan lagi dari ahli unit PPK jugak di Pulau Carrey,
aku suka sbb tak pernah sampai lagi di sana walaupun sudah hampir 3 tahun duduk di Kuala Langat nih... tp enpakwe kata lokasi adalah jauh...
Cuti sekolah ni memang jenuh undanganlah dari ahli PPK, jd jenuh jugak kami kena sediakan hadiah atau pun $$....hehehehee... ;p 

0 jeJari meNulis: